KATA
SENDI NAMA
PENGGUNAAN KATA SENDI
KATA SENDI |
PENGGUNAANNYA |
AYAT CONTOH |
di |
·
Digunakan untuk tempat. |
1.
Pertandingan itu diadakan di Taiping. |
ke |
·
Digunakan untuk tempat,
masa dan benda konkrit tidak bernyawa. |
1.
Mereka akan ke Ipoh esok. |
dari |
· Digunakan untuk tempat, arah atau masa. |
1.
Bola itu ditendang dari penjuru padang. |
daripada |
· Digunakan untuk orang, perbandingan, asal kejadian, benda abstrak, pertentangan, dan untuk menunjukkan keanggotaan. |
1.
Surat itu saya terima daripada Yatie. |
Kepada/ akan/terhadap |
Digunakan selepas kata adjektif yang menyatakan perasaan atau sikap. |
1.
Devi suka akan rambutan. |
KATA SENDI |
PENGGUNAANNYA |
AYAT CONTOH |
bagi/untuk |
· Digunakan untuk menentukan sesuatu yang dibezakan daripada yang lain. |
1. Derma
untuk / bagi mangsa banjir sedang
dipungut. |
pada |
· Digunakan untuk masa, manusia, binatang, benda abstrak, dan benda konkrit tertentu. |
1.
Peah tiba pada pukul lapan malam. |
demi |
· Digunakan dihadapan jkata nama atau frasa nama yang membawa maksud tujuan |
1.Rakyat
Malaysia mesti bersatu demi
kesejahteraan negara. |
tentang |
· Digunakan untuk menyatakan makna berkenaan dengan |
1. Menteri-menteri itu berbincang tentang masalah negara. |
seperti/ |
· Digunakan untuk membawa maksud perbandingan atau makna persamaan dengan yang lain. |
1.Pemuda itu berlagak seperti/ umpama/ laksana/bagai
orang berada. |
dengan |
· Digunakan untuk menyatakan maksud bersama-sama atau serta, bandingan setara, keterangan cara, dan penggunaan sesuatu sebagai alat. |
1. Izzat bermain dengan Hazwan. |
sejak/semenjak |
· Digunakan untuk membawa maksud penanda waktu atau masa. |
1. Milah sentiasa gembira sejak/semenjak suaminya pulang dari perantauan. |
oleh |
· Digunakan selepas kata kerja pasif yang berawalan di- dan ter- |
1. Kuih ini dibuat oleh Nadiah. 2. Anggota kumpulan itu terpengaruh oleh kata-kata ketua mereka. |
hingga/ sampai |
· Digunakan untuk menyatakan had masa, waktu atau tempat tertentu. |
1. Anggota-anggota polis berkawal hingga/
sampai larut malam. |
dalam/ antara |
Digunakan untuk menyatakan pengertian tempat yang tidak mempunyai ruang atau jarak. |
1. Dalam hal ini, kita semua setuju. |