-
Kata
pemeri
-
- Kata pemeri
ialah perkataan yang menghubungkan subjek dengan frasa-frasa utama dalam prediket.
- Terdapat dua
kata pemeri, iaitu ialah dan adalah.
- Kata pemeri
ialah diletakkan di hadapan kata nama atau frasa nama.
- Kata pemeri
adalah diletakkan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.
- Contoh ayat
- Perempuan yang
berambut panjang itu ialah kakak saya.
- Haiza adalah
antara pelajar yang cemerlang di sekolah itu.
- Rojak ialah
makanan kegemaran saya.
- Tarikh tutup
peraduan itu adalah pada hari Isnin.
-