Keputusan dan Komen poll yang lepas.
Patutkah guru naik gaji jika ada sijil ICT ?
Sangat tidak setuju
339 (27%)
Tidak Setuju 179 (14%)
Setuju 82 (6%)
Sangat Setuju 652 (52%)
1. Memang patut
guru naik gaji dengan cara itu secara tidak langsung menggalakkan guru memahirkan
diri dalam semua bidang.
2. guru mempunyai hak untuk dinaikkan gaji,kerana merekalah yang merupakan pembentuk
generasi akan datang.
3. Kena la setuju. Kalau tidak takde la perangsang buat guru2 hok gi kerusus
tuh. Abih pitih cari ilmu untuk tingkatkan mutu, takkan tak boleh berikan sedikit
sumbangan.
4. Setuju bebenor..ini merupakan satu motivasi kepada kaum guru untuk mempersiapkan
diri dengan ilmu ict..tak adalah nanti guru besar, para gpk yang buta ict..barulah
kerja boleh sama-sama buat ini tak main arah saja alasannya tak tahu komputer
kata nak advan..betul tak.
5. kerana guru memegang tanggungjawab yang berat dalam melahirkan insan yang
beguna kepada negara.
6. Takkan ada sijil tu pun nak naik gaji. Macammana guru yang lain , yang mempunyai
anak ramai. Sekarang ramai guru muda yang ada sijil tu. Mereka tidak mempunyai
anak ramai. Masa dulu-dulu guru tak ada duit untuk belajar. Sekarang ada bantuan
kewangan,biasiswa dan macam-macam lagi. saya bantah cadangan ini.
7. dulu lain, sekarang lain. sijil itu merupakan satu galakan kepada para guru
untuk menguasai kemahiran ICT
8. Saya menyokong 100%, guru kelepasan ICT patut di naikkan gaji .
9. sudah sampai masanya kerajaan menaikkan gaji guru setaraf dengan taraf sosial
masa kini.
10. Penguasaan ICT, merupakan ciri profesional.Profesional sewajarnya dibayar
gaji yang tinggi. Bukan semua orang boleh mencapai status profesional terutamanya
dalam bidang ICT.Hanya yang berusaha akan mencapainya.
11. Jangan .jadikan kemahiran ICT semata-mata sebagai faktor kenaikan gaji guru.
Ada banyak lagi faktor yang perlu dipertimbangkan untuk kenaikan gaji. Apa yang
penting kemahiran yang dimiliki oleh guru benar-benar dimanfaatkan untuk para
pelajar. Ada saja kemahiran tetapi tidak membantu proses P&P dan bermanfaat
untuk pelajar tiada guna juga.
12. Penguasaan ICT merupakan satu indikator yang mempunyai keesahan dan kebolehpercayaan
yang tinggi untuk menaikkan gaji guru. Mereka yang berilmu perlu dihargai.
13. Tentu sahaja sewajarnya mereka yang cekap menggunakan medium pengajaran
seperti power point, flash dan interaksi maya menerusi web, e-mel dan bulletin
board secara real time atau delay time dibayar gaji yang lebih berbanding mereka
yang hanya menggunakan OHP.
14. Sekarang kita berada di zaman ICT. Kenaikan gaji sedikit sebanyak memberi
motivasi kepada para guru untuk mendalami bidang ICT.
15. TIDAK SETUJU KERANA ICT IALAH KEMAJUAN YANG PERLU KITA KUASAI. MENJADI TANGGUNGJAWAB
GURU ITU UNTUK MENGUASAI TEKNOLOGI. MUNGKIN DIMASA DEPAN ADA TEKNOLOGI BARU
SEBAGAI GURU MEREKA PERLU MENGHADAPI PERUBAHAN TEKNOLOGI . MUNGKIN KEMENTERIAN
PENDIDIKAN BOLEH MEMBERI KEMUDAHAN KEPADA GURU-GURU UNTUK MENGUASAI TEKNOLOGI
INI
16. come on... perbelanjaan hidup hari ni bukannya murah. guru merupakan titik
permulaan kejayaan seseorang. tanpa mu guru tiada peguam menang bicara, tanpa
mu guru tiada penulis terkemuka. think about it. sampai masanya kerjaya guru
dimartabatkan semula.
17. Saya sangat setuju supaya guru yang memiliki sijil ICT diberi kenaikan gaji.
Tetapi pelbagai masalah akan timbul. Sebagai contoh guru yang meminati ICT tetapi
tidak diberi peluang berkursus akan kecil hati. Untuk mengatasi masalah tersebut,
jalan yang paling mudah ialah wajibkan semua guru mengikuti kursus ICT. Mereka
yang lulus diberi kenaikan gaji. Ini lebih adil. Selain itu, wajibkan semua
PK dan GB mempunyai pengetahuan ICT dan tidak mengharapkan kerani atau setiausaha
semata-mata untuk dokumentasi.
18. Saya sangat setuju supaya guru yang memiliki sijil ICT diberi kenaikan gaji.
Tetapi pelbagai masalah akan timbul. Sebagai contoh guru yang meminati ICT tetapi
tidak diberi peluang berkursus akan kecil hati. Untuk mengatasi masalah tersebut,
jalan yang paling mudah ialah wajibkan semua guru mengikuti kursus ICT. Mereka
yang lulus diberi kenaikan gaji. Ini lebih adil. Selain itu, wajibkan semua
PK dan GB mempunyai pengetahuan ICT dan tidak mengharapkan kerani atau setiausaha
semata-mata untuk dokumentasi. Walau bagaimanapun, kemampuan di bidang ICT tidak
begitu diiktiraf. Bayangkan untuk menggunakan OHP masih perlu mengemis dan berebut-rebut,
inikan pula menggunakan ICT. Kementerian perlu lebih realistik dalam menangani
hal ini.
19. zaman sekarang ni kiranya tidak ambil peduli dengan ICT bermakna mereka
bukanlah terdiri daripada warga pendidik yang cemerlang
20. Kita haruslah mengikut peredaran masa yang berlaku agar kita sebagai pendidik
tidak dikatakan oleh masyarakat sebagai pendidik tidak cemerlang.
21. Bukan guru tidak diberi peluang, guru itu sendiri yang tidak mahu merebut
peluang. Kenaikan gaji adalah sangat wajar bagi guru ICT kerana dalam setahun
mereka terpaksa menguasai segala pengetahuan berkaitan perkomputeran. Hai...kementerian
kan bagi makmal kat sekolah, sapa lagi yang nak jaga kalau tak kelulusan ICT
?
22. Kalau nak naik gaji, naik gaji untuk semua ler. Bukan semua kerja cikgu
guna ICT. Takkan nak main sukan dalam komputer kot? Nak bertanding bahas pun
nak pakai komputer?
23. kite pun nak naik gaji juge le.
24. Betul juga sekurang kurang nya dapat juga ganjaran untuk masa dan wang ringgit
yang banyak dihabiskan untuk belajar
25. bayangkan orang yg tidak menpunyai ICT tetapi meniliki sijil tertinggi yg
bukan untuk menjadi pengajar menjadi cigku sudah tentu guru yg memiliki ICT
kena potong gajinya untuk menbayar gaji mereka(Non ICT)
26. Mengajarlah dengan penuh keikhlasan, penuh taqwa, penuh redha...semuanya
kerana Allah. Kita ada ICT peringkat Ph.D pun kalau tak ikhlas mengajar, tak
berkat gaji berjuta-enam pun!
27. cikgu adalah segalanya.oleh itu berilah dianaik gaji
28. guru adalah pendidik anak bangsa.Mereka perlu dibei ganjaran yang setimpal.
29. Takkan guru yang ada ICT peringkat Phd.D je yang naik gaji kot.... Guru
lain yang mengajar dengan penuh ikhlas tuuuuu apa cerita????? Yang memang nak
gaji tu lain cerita laaaa... SELAMAT HARI GURU 16 MEI 2002
30. tak semestinya guru yang mempunyai sijil ICT perlu naik gaji asalkan ikhlas
hati
31. saya tidak sangat setuju kerana kalau guru itu berlagak dapat sijil ICT
macam mana??siapa nak jawab kalau bukan aku juga
32. saya tidak sangat setuju kerana kalau guru itu berlagak dapat sijil ICT
macam mana??siapa nak jawab kalau bukan aku juga
33. saya rasa guru patut diberi layanan yang setimpal kerana tak semestinya
guru ada sijil ict tu dapat mengajar dengan baik.
34. because hey pay for it
35. because they sengaja go for the course
36. kalau guru tak nak ajar siapa lagi nak ajar kita kat sekolah saya memang
setuju
37. saya setuju kerana guru adalah pembimbing kita. Walaupun asyik kena marah
and kena pukul tapi sebenarnya guru menyayangi kita
38. buang masa dan duit sahaja
39. Bukan semua guru yang mempunyai sijil ICI, oleh itu guru yang mempunyainya
adalah satu kelebihan dan patut diiktiraf dengan menaikkan gajinya
40. saya sangat setuju guru dinaikkan kerana guru adalah pembimbing kita. Walaupun
guru memberi kita banyak homework..
41. tidak semua guru yang mengajar mempunyai sijil ICT jadi saya sangat bersetuju
agar gaji para guru dinaikkan sebagai satu tanda pengiktirafan kepada mereka,para
guru barisan pendidik.
42. saya sangat setuju jika gaji guru dinaikkan kerana guru adalah pebimbing
kita . Guru juga membantu di atas segala kejayaan kita. Guru adalah ibu bapa
kita di sekolah. Tanpa guru siapalah kita di sekolah.
43. Cikgu yang mempunyai sijil ICT patut dinaikkan gaji kerana mereka lebih
berpengetahuan berbanding dengan guru yang tiada sijil ICT
44. Walaupun mempunyai sijil guru juga perlu terus menambahkan ilmu melalui
pembacaan supaya lebih berketrampilan dalam pelbagai bidang dan tidak jumud
dengan satu bidang sahaja.
45. Walaupun mempunyai sijil, guru juga perlu terus menambahkan ilmu melalui
pembacaan supaya lebih berketrampilan dalam pelbagai bidang dan tidak jumud
dengan satu bidang sahaja.
46. saya sangat setuju guru seharusnya dinaikkan lagi gaji mereka.ini kerana
mereka telah memberikan ilmu yang baik kepada kita dan sanggup mengorbankan
nmasa,tenaga dan diri mereka semata-mata untuk mendidik kita menjadi insan yang
berguna kepada masyarakat dan negara.namun begitu ,guru perlu maenambahkan lagi
ilmu mereka dan melengkapkan diri dengan ilmu yang canggih untuk menghjadapi
cabaran wawasan 2020.lagipun guru yang mempunyai sijil ICT lebih wajar diberikan
gaji yang setimpal dengan kelaytakam mereka.
47. saya tidak setuju kerana dengan memiliki sijil guru akan dinaikkan gaji.
Bagaimana dengan kemahiran yang diperolehi. Jika sijil itu betul betul membuktikan
kemampuan seseorang guru dalam bidang ICT, saya akan sokong 100 % tetapi jika
sijil itu hanya sekeping kertas yang menyatakan kehadiran tanpa penilaian daripada
pihak kementerian sendiri, saya bangkang sepenuhnya.Mungkin pendapat saya tidak
berasas tetapi sijil itu tidak sepatutnya dijadikan perkara utama dalam kenaikan
gaji tetapi kemahiran yang penting. tiada sebab untuk menaikkan gaji guru dengan
adanya sekeping sijil kemahiran sedangkan guru-guru sepatutnya bersedia dengan
perkembangan ICT tersebut. Guru-guru sekalian, tepuk dada, tanya selera....jangan
mementing gaji semata-mata......
48. Saya tidak setuju dengan cadangan di atas kerana guru asyik cerita pasal
naik gaji sahaja takan adakah cerita lain. misalnya cerita bagaimana cara hendak
mengajar murid supaya cepat pandai belajar bahasa Inggeris supaya murid terutamanya
pelajar melayu tidak menghadapi masalah dengan b. inggeris. ini asyik cerita
pasal gaji sahaja, mana boleh ' lain jabatan pun nak naik gaji juga .
49. Saya tidak setuju dengan cadangan di atas kerana guru asyik cerita pasal
naik gaji sahaja tak ada adakah cerita lain. misalnya cerita bagaimana cara
hendak mengajar murid supaya cepat pandai belajar bahasa Inggeris supaya murid
terutamanya pelajar melayu tidak menghadapi masalah dengan bahasa inggeris.
ini asyik cerita pasal naik gaji sahaja, mana boleh ' lain jabatan pun nak naik
gaji juga, tak kiralah ada sijil ke tak ada sijil.saya rasa kerajaan ini terlalu
memnjakan sangat dengan tuntutan dari guru, ini tidak adil, memang tidak adil,
cuba fikir sikit bik
50. guru ialah pekerjaan untuk mengajar bukan untuk gaji . Guru sepatutnya mencurahkan
ilmu kepada anak murid mereka.
51. Kenaikan gaji merupakan motivasi kepada guru untuk terus menuntut ilmu dan
mengikuti perkembangan terkini. Jika tidak guru tidak bersemangat untuk mencuba
sesuatu yang baru dan mengaplikasikan kepada anak didiknya. Walaupun guru perlu
ikhlas untuk menyampaikan sesuatu ilmu, namun adakah ilmunya mencukupi untuk
didedahkan jika tidak tahu mengenai IT.
52. sepatutnya guru telah mahir dan tidak memerlukan sijil lain kerana kerjayanya
datang dalam satu package dan jika diambil kira kerjaya lain , sentiasa mengambill
pelbagai kursus tanpa kenaikan gaji, shats so special about teachers
53. Teachers please, stop thinking about pay increase every time you learn something
new, others go to courses, attend training in IT did not get pay inc. or anything
still we manage to do our work well and committed. Shame on you, knowledge is
something you cannot value in RM ..... it is something you carry along with
you for the rest of you life. Do not bargain knowledge with money, you should
know better.
Terima kasih di
atas respon pengunjung,
Webmaster