Syair Syair Syair Syair Syair 

 
*Rima bermaksud "Suku Kata terakhir dalam sesuatu baris.

 

Contoh Syair :

  Seri Negeri gelaran diberi.
  Sebuah pulau cantik berseri;
  Bernaung dibawah sebuah negeri,
  Raja berdaulat Paduka Seri. .......( rangkap pertama)

                           Lautnya biru pantainya indah,
                           Makam Mahsuri lagenda sejarah;
                           Puteri Melayu tak mudah menyerah,
                           Tujuh keturunan dimakan sumpah. ...(rangkap kedua)

                                                           Pulau lagenda dimakan sumpah,
                                                           Tujuh keturunan tamatlah sudah;
                                                           Kini makmur melimpah ruah,
                                                           Semua penghuni tersenyum megah.
....(rangkap ketiga)

 

 


 Rima Syair pula ialah"sama dalam setiap baris dalam rangkap tersebut".

 Baris dalam setiap rangkap ialah empat.

 

Catatan:

Berdasarkan puisi ini, Rima akhir dalam baris pertama , rangkap pertama ialah "ri",
baris kedua ialah "ri",
baris ketiga dan keempat juga "ri". 
Semua Rima akhir dalam setiap baris dalam rangkap ini ialah "ri".

Puisi ini juga mempunyai empat baris dalam satu rangkap
Oleh itu, kita dapat membuat kesimpulan bahawa puisi ini ialah syair.

Bincangkan rima akhir dalam rangkap kedua dan ketiga....

 

   [Puisi]