{ruangkiri} |
KATA
SENDI

- Kata sendi
bertugas sebagai kata yang merangkaikan frasa nama dengan kata-kata
atau frasa-farasa yang lain.
- Kata sendi
memerlukan farasa nama untuk membentuk frasa sendi supaya dapat
bertugas sebagai predikat ayat.
- Antara kata
sendi yang lazim digunakan dalam Bahasa Melayu ialah seperti :
di, ke, dari, daripada, kepada, pada, bagi, demi, tentang,
seperti, bagai, umpama, sejak, terhadap, akan, oleh, hingga, sampai,
antara, untuk, dengan, dalam, dan sebagainya.
PENGGUNAAN
KATA SENDI
KATA SENDI
|
PENGGUNAANNYA
|
AYAT CONTOH
|
di
|
·
Digunakan untuk
tempat.
·
Dieja terpisah
daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya.
|
1.
Pertandingan itu diadakan di Taiping.
2.
Cikgu Nadia bekerja di sekolah itu.
|
ke
|
·
Digunakan untuk
tempat, masa dan benda konkrit tidak bernyawa.
·
Dieja terpisah
daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya.
·
Tidak boleh
digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk
manusia atau binatang.
|
1.
Mereka akan ke Ipoh esok.
2.
Din menunggu Siha dari pagi hingga ke
petang.
3.
Pinggan itu dihempaskannya ke lantai.
4.
Cik Bedah ke surau.
|
dari
|
·
Digunakan untuk
tempat, arah atau masa.
|
1.
Bola itu ditendang dari penjuru padang.
2.
Kami menunggu dari pukul 8.00 pagi.
3.
Ely datang dari Kelantan.
|
daripada
|
·
Digunakan untuk
orang, perbandingan, asal kejadian, benda abstrak, pertentangan,
dan untuk menunjukkan keanggotaan.
|
1.
Surat itu saya terima daripada Yatie.
2. Pensel
ini lebih panjang daripada pensel
pensel itu.
3.
Ukiran itu diperbuat daripada perak.
4.
Kami memperoleh manfaat daripada
5. Yang
dikatakannya berbeza daripada
yang diamalkan.
6. Kumpulan
perompak senjata api itu terdiri daripada enam belas
orang anggota.
|
Kepada/
akan/terhadap
|
Digunakan
selepas kata adjektif yang menyatakan perasaan atau sikap.
|
1.
Devi suka akan rambutan.
2.
Hanim amat sayang akan/kepada ibunya.
3. Kita
mesti hormat akan/kepada/terhadap
ibu bapa.
|
KATA SENDI
|
PENGGUNAANNYA
|
AYAT CONTOH
|
bagi/untuk
|
·
Digunakan untuk
menentukan sesuatu yang dibezakan
daripada yang lain.
|
1. Derma
untuk / bagi mangsa banjir sedang
dipungut.
2.
Hadiah ini untukmu.
|
pada
|
·
Digunakan untuk
masa, manusia, binatang, benda abstrak, dan
benda konkrit tertentu.
|
1.
Peah tiba pada pukul lapan malam.
2.
Tiket bas itu ada pada Hanim.
3.
Pada pendapat saya, cerita itu benar.
|
demi
|
·
Digunakan dihadapan
jkata nama atau frasa nama yang membawa maksud tujuan
|
1.Rakyat
Malaysia mesti bersatu demi
kesejahteraan negara.
2.
Demi kepentingan bersama, marilah kita
berdamai.
|
tentang
|
·
Digunakan untuk
menyatakan makna berkenaan dengan
|
1. Menteri-menteri itu berbincang tentang
masalah negara.
|
seperti/
umpama/
laksana
bagai
|
·
Digunakan untuk
membawa maksud perbandingan atau makna persamaan
dengan yang lain.
|
1. Pemuda itu berlagak seperti/umpama/
laksana/bagai orang berada.
2.
Suaranya merdu seperti/umpama/
laksana/bagai buluh perindu.
|
dengan
|
·
Digunakan untuk
menyatakan maksud bersama-sama atau serta, bandingan
setara, keterangan cara, dan penggunaan sesuatu sebagai
alat.
|
1. Izzat bermain dengan Hazwan.
2 Hasilnya tidak setimpal dengan usahanya.
3. Nani belajar dengan tekun.
4. Nora menulis dengan pensel.
|
sejak/semenjak
|
·
Digunakan untuk
membawa maksud penanda waktu atau masa.
|
1. Milah sentiasa gembira sejak/semenjak
suaminya pulang dari perantauan.
|
oleh
|
·
Digunakan selepas
kata kerja pasif yang berawalan di- dan ter-
|
1. Kuih ini dibuat oleh Nadiah.
2. Anggota kumpulan itu terpengaruh oleh
kata-kata ketua mereka.
|
hingga/
sampai
|
·
Digunakan untuk
menyatakan had masa, waktu atau tempat tertentu.
|
1. Anggota-anggota polis berkawal hingga/
sampai larut malam.
2. Midah belajar hingga/sampai peringkat
universiti.
|
dalam/
antara
|
Digunakan
untuk menyatakan pengertian tempat yang tidak mempunyai
ruang atau jarak.
|
1. Dalam hal ini, kita semua setuju.
2. Mereka berbincang antara adik- beradik
|
|