|
-
Kata
Nafi

-
- Kata
nafi ialah perkataan yang digunakan untuk menafikan sesuatu pernyataan.
- Terdapat
dua kata nafi, iaitu bukan dan tidak.
- Kata
nafi bukan digunakan untuk menafikan frasa nama dan frasa sendi
nama.
- Contoh
ayat
- Lelaki
yang berbaju merah itu bukan ayah saya.
- Baju
ini bukan untuk Suzi, tetapi untuk adiknya.
- Kata
nafi tidak digunakan untuk menafikan frasa kerja dan frasa adjektif.
- Contoh
ayat
- Melepak
di pusat membeli-belah tidak memberikan sebarang faedah.
- Sungai
di belakang rumah saya tidak dalam sangat.
- Kata
nafi bukan boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif
jika ayat itu tidak setara.
- Budak
itu bukan pandai sangat tetapi dia rajin belajar.
- Anjing
itu bukan garang tetapi suka bermanja.
-
|
|
|