KESALAHAN
UMUM TATABAHASA

1.
Kesalahan dari Segi Kata
Kata
Ganti Diri
1.
Kata beliau, dia, ia, kami, kita, dan mereka
sering digunakan dengan salah.
2.
Kata beliau tidak harus digunakan untuk orang yang tidak
dihormati atau kanak-kanak dan binatang. Contoh:
- Firdaus
dihukum. Beliau ponteng sekolah. ( salah )
- Firdaus
dihukum. Dia ponteng sekolah. ( betul )
- Anjing
itu garang. Beliau terpaksa dikurung. ( salah )
- Anjing
itu garang. Anjing itu terpaksa dikurung. ( betul )
3.
Kata dia dan ia tidak boleh digunakan untuk
binatang dan benda.
- Baju
ini mahal. Ia diimport dari Itali. ( salah )
- Baju
ini mahal. Baju ini diimport dari Itali. ( betul )
- Beruang
ini sakit. Ia perlu dirawat. ( salah )
- Beruang
ini sakit. Beruang ini perlu dirawat. ( betul )
4.
Kata kami bererti “ saya dengan dia”. Orang yang diajak
bercakap tidak disertakan. Kita bererti “anda dengan saya”
atau “anda dengan kami”. Orang yang diajak bercakap disertakan.
- “Kami
mesti memenangi perlawanan ini,” kata Anas kepada Nazrul. ( salah
)
- “Kita
mesti memenangi perlawanan ini,” kata Anas kepada Nazrul. ( betul
)
- “Kita
akan ke rumah awak,” kata Ayu dan Tina kepada Suzie. ( salah
)
- “Kami
akan ke rumah awak,” kata Ayu dan Tina kepada Suzie. ( betul
)
5.
Kata mereka tidak boleh digunakan untuk benda dan
binatang.
- Ayam-ayam
itu dikurung. Mereka akan disembelih. ( salah )
- Ayam-ayam
itu dikurung. Ayam-ayam itu akan disembelih. ( betul )
- Buku-buku
ini tebal. Mereka Syimir baca. ( salah )
- Buku-buku
ini tebal. Buku-buku ini Syimir baca. ( betul )
6.
Kata mereka tidak boleh diulang.
- Mereka-mereka
yang ditawan berada dalam keadaan selamat. ( salah )
- Mereka
yang ditawan berada dalam keadaan selamat. ( betul )
7.
Kata ganti ia dan nya tidak boleh digabungkan.
- Kalau
tidak dirawat mungkin ianya akan lumpuh. ( salah )
- Kalau
tidak dirawat mungkin ia/ dia akan lumpuh. ( betul )
- Kucing
itu mati kerana ianya dilanggar kereta. ( salah )
- Kucing
itu mati kerana dilanggar kereta. ( betul )
Kata
Bilangan
1.
Terdapat 6 jenis kata bilangan:
- Kata
bilangan tentu seperti satu, seratus, sejuta dan sebagainya.
- Kata
bilangan tak tentu seperti beberapa, para, semua, setengah-setengah,
dan sebagainya.
- Kata
bilangan pecahan seperti setengah, suku, dan sebagainya.
- Kata
bilangan pisahan seperti masing-masing, dan setiap.
- Kata
bilangan himpunan seperti berbagai-bagai, kedua-dua, dan
sebagainya.
- Kata
bilangan tingkat seperti pertama, kedua, keenam dan sebagainya.
2.
Kata bilangan seperti setengah-setengah, tiap-tiap, berbagai-bagai
dan kedua-dua tidak boleh disingkatkan.
salah
a.
setengah orang
b. tiap murid
c. berbagai warna
d. kedua mempelai
betul
a. setengah-setengah orang
b. tiap-tiap murid
c. berbagai-bagai warna
d. kedua-dua mempelai
3.
Kata para tidak boleh diulang.
- Para-para
penduduk perlu bekerjasama. ( salah )
- Para
penduduk perlu bekerjasama. ( betul )
4.
Kata bilangan tentu seperti satu, dua, tiga dan seterusnya
tidak boleh didekatkan dengan kata bilangan pecahan seperti suku
dan setengah untuk penghitungan.
- dua
setengah meter ( salah )
- dua
suku jam ( salah )
- tiga
setengah ringgit ( salah )
- dua
meter setengah ( betul )
- dua
jam suku ( betul )
- tiga
ringgit setengah ( betul )
Penjodoh
Bilangan
1.
Penjodoh bilangan biasanya digunakan dengan kata bilangan.
2.
Tetapi, ada kalanya penjodoh bilangan tidak perlu digunakan.
SALAH
|
BETUL
|
setiap
orang murid
semua
orang pekerja
seluruh
buah kampung
segala
ekor binatang
sekalian orang peserta
para orang guru
|
setiap
murid
semua
pekerja
seluruh
kampung
segala
binatang
sekalian
peserta
para
guru
|
3.
Penjodoh bilangan tidak juga diperlukan untuk menghitung
kata nama abstrak.
SALAH
|
BETUL
|
beberapa
buah usul
kedua-dua
bentuk sifat
setiap
buah sumbangan
semua
buah pendapat
segala
butir cadangan
tiap-tiap
bentuk kenangan
pelbagai
bentuk teguran
|
beberapa
usul
kedua-dua
sifat
setiap
sumbangan
semua
pendapat
segala
cadangan
tiap-tiap
kenangan
pelbagai
teguran
|
Kata
Sendi
1.Kata
sendi yang sering digunakan dengan salah ialah dari dan daripada;
di dan pada;
ke dan kepada .
2.
Kata dari digunakan untuk tempat dan waktu. Kata daripada
digunakan untuk orang,
perbandingan, asal kejadian, benda abstrak, dan untuk menunjukkan
keanggotaan.
SALAH
|
BETUL
|
Devi
datang daripada Batu Kurau.
Saya
menunggu Yatie daripada pukul dua.
Ely
terima surat dari Elyas
Saya
mendapat pengetahuan yang banyak dari buku yang saya
baca.
Baju
yang dipakai oleh Nadia dibuat dari sutera.
Dari 5 ekor anak ayam, hanya seekor yang hidup
|
Devi
datang dari Batu Kurau.
Saya
menunggu Yatie dari pukul dua.
Ely
menerima surat daripada Elyas.
Saya
mendapat pengetahuan yang banyak daripada buku yang
saya baca.
Baju
yang dipakai oleh Nadia dibuat daripada sutera.
Daripada 5 ekor anak ayam, hanya seekor yang hidup.
|
3.
Kata di digunakan untuk tempat sahaja. Kata pada
digunakan untuk masa, orang, binatang, benda abstrak,
dan benda konkrit tertentu.
Contoh:
a. Di musim durian, Zainal mendapat banyak wang. ( salah
)
~ Pada musim durian, Zainal mendapat banyak wang. ( betul
)
b. Ayu berkebun pada belakang rumah. ( salah )
~ Ayu berkebun di belakang rumah ( betul )
c. Dengan pendapat saya, kerja itu perlu dibereskan. ( salah
)
~ Pada pendapat saya, kerja itu perlu dibereskan. ( betul )
d. Buku cerita itu ada dengan Suzie. ( salah )
~ Buku itu ada pada Suzie. ( betul )
4.
Kata ke digunakan untuk tempat, masa, dan
benda konkrit tidak bernyawa. Kata
kepada
pula digunakan untuk benda bernyawa.
Contoh:
a. Wang itu diberikan ke Rahmah. ( salah )
- Wang itu diberikan kepada Rahmah. ( betul )
b. Ibu pergi kepada pasar setiap hari. ( salah )
- Ibu pergi ke pasar setiap hari ( betul )
c. Latihan itu akan diadakan dari semasa kepada semasa. (
salah )
- Latihan itu akan diadakan dari semasa ke semasa. ( betul
)
Kata
Kerja
1.
Ada dua jenis kata kerja:
a. kata kerja transitif
b. kata kerja intransitif atau tak taransitif
2.
Kata kerja transitif terbahagi kepada:
- kata
kerja yang berawalan men- ( melukis, membaca, mencari dsb.
)
- kata
kerja yang berapitan men…..kan ( menyanyikan, membesarkan
dsb.)
- kata
kerja yang berawalan meng…i ( membanjiri, menghadiahi dsb.)
- kata
kerja yang berawalan rangkap memper …. ( memperdaya, memperoleh)
- kata
kerja yang berapitan memper….kan ( memperhatikan, mempergunakan).
- Kata
kerja yang berapitan memper….i ( mempelajari, mempersentai
dsb.)
3.
Semua kata kerja transitif ( kecuali makan, minum, minta
dan mohon) mesti
berawalan men-
a. buang sampah ( salah )
membuang sampah ( betul )
b. goring ikan ( salah )
menggoreng ikan ( betul )
4.
Kata kerja transitif yang berapitan men…kan dan men…i
berbagai-bagai maknanya
dan mesti digunakan dengan berhati-hati.
Contoh:
SALAH
|
BETUL
|
Hafizuddin
memberikan Seha sekuntum bunga.
Hanim
mengambilkan segelas air untuk Ishak.
Baginda mengurniakan beliau bintang kebesaran.
Hakim menjatuhkan pencuri itu sebulan penjara.
Sampah sarap mengotorkan Taman Tasik Taiping.
Yatie menasihatkan saya agar rajin belajar. |
Hafizuddin
memberi Seha sekuntum bunga.
Hanim mengambilkan Ishak segelas air.
Baginda mengurniai beliau bintang kebesaran.
Hakim menjatuhi pencuri sebulan penjara.
Sampah sarap mengotori Taman Tasik Taiping.
Yatie menasihati saya agar rajin belajar. |
5.
Kata kerja intarnsitif terbahagi kepada:
- Kata
kerja asal seperti ada, bangun, duduk, dan sebaginya.
- Kata
kerja yang berawalan ber- ( beradu, beroda, belajar dsb.)
- Kata
kerja yang berapitan ber…an ( berdekatan, berguguran )
- Kata
kerja yang berapitan ber…kan ( berpandukan, berlandaskan dsb.)
- Kata
kerja yang berawalan men- ( melompat, mendarat, membesar dsb.)
- Kata
kerja yang berawalan ter- ( tertidur, terjatuh, terjumpa dsb.)
6.
Kata kerja intransitif yang berawalan ber-, men-, dan ter-
tidak boleh ditiadakan awalannya. Contoh:
- tanya kepada Hamidah ( salah )
bertanya kepada Hamidah ( betul )
- jangan lompat ( salah )
jangan melompat ( betul )
- senyum kepada Kartina ( salah )
tersenyum kepada Kartina ( betul )
Kata
Hubung
1.
Ada 3 jenis kata hubung iaitu:
- Kata
hubung gabungan seperti atau, dan, lalu, maka, serta,
dan tetapi.
- Kata
hubung pancangan seperti agar, bahawa, apabila, hingga,
jika, dsb.
- Kata
hubung berpasangan seperti baik…ataupun, baik…mahupun.
Bukan saja….tetapi juga dan sebaginya.
2.
Kata hubung sering digunakan salah sebagai akibat tidak memahami
cara menggu-
nakan
kata-kata hubung tersebut. Contoh:
Nazrul
bangun tetapi memberikan jawapan.
Budak
itu cantik kecuali sombong.
Budin
akan tidur di rumah Seha dan di hotel.
Agar
segalanya berjalan lancar, usaha kita akan berjaya.
Sedangkan
merokok membahayakan kesihatan, tambahan pula banyak
orang yang tidak peduli.
3.
Kata hubung apabila selalu ditulis sebagai bila
sedangkan kata bila itu merupakan kata tanya.
Contoh:
·
Midah termenung bila menerima berita itu. (
salah )
·
Din terkejut bila Seha menjerit. ( salah )
·
Pandai-pandailah menjaga diri bila berada di
negeri orang. ( salah )
·
Minumlah ubat ini bila terasa sakit. ( salah
)
·
Bila mendengar berita itu, Ayu terus pengsan.
( salah )
Penggunaan
Kata Yang Tidak Tepat
1.
adakah dan apakah: Adakah digunakan
untuk mendapat jawapan ya atau tidak.
Apakah digunakan untuk mendapat jawapan tentang nama binatang,
benda dan
perbuatan.
SALAH
|
BETUL
|
Apakah
benar kata-katamu itu?
Apakah
dia menangis?
Apakah
aku bersalah?
|
Adakah
benar kata-katamu itu?
Adakah
dia menangis?
Adakah
aku bersalah?
|
2.
boleh dan dapat : Boleh lebih tepat digunakan
dalam hubungan dengan keizinan.
Dapat lebih sesuai digunakan dalam hubungan dengan keupayaan
atau kemampuan.
SALAH
|
BETUL
|
Syimir
sudah boleh menunggang kuda.
Mazni
tidak boleh pergi kerana demam.
Kami
tidak boleh datang kerana hujan.
|
Syimir
sudah dapat menunggang kuda.
Mazni
tidak dapat pergi kerana demam.
Kami
tidak dapat datang kerana hujan.
|
- Frasa
kerja intransitif mesti diikuti frasa sendi apabila frasa
kerja intransitif itu diperluas. Contoh:
|
|
Kakak
tidak mahu tidur sini.
Beliau
akan datang kampung ini.
Nani
ingin berjumpa cikgu.
Saya
ingin bertemu gadis itu.
Kami
ternampak Cikgu Nora di perhentian bas Pudu Raya.
|
Kamu
mesti ingat akan janji-janjimu.
Kakak
tidak mahu tidur di sini.
Beliau
akan datang ke kampung ini.
Nani
ingin berjumpa dengan cikgu.
Saya
ingin bertemu dengan gadis itu.
Kami
ternampak akan Cikgu Nora di perhentian bas Pudu Raya.
|
Frasa
Kerja Transitif
- Frasa
kerja transitif ialah frasa kerja yang terdiri daripada kata
kerja transitif serta frasa nama sebagai objek kepada
kata kerja transitif itu.
- Di
antara kata kerja transitif dengan frasa nama sebagai
objek itu, kata-kata lain tidak boleh disisipkan.
SALAH
|
BETUL
|
Beliau
turut menyentuh tentang perkata itu.
Nora
tidak mengetahui akan hal itu.
Kami
membincangkan tentang masalah itu.
Mereka
melebarkan lagi jalan itu.
Nani
menceritakan tentang pengalamannya semasa menuntut
di luar negara.
Cerpen
ini mengisahkan tentang perjuangan menentang penjajah.
|
Beliau
turut menyentuh perkara itu.
Nora
tidak mengetahui hal itu.
Kami
membincangkan masalah itu.
Mereka
melebarkan jalan itu lagi.
Nani
menceritakan pengalamannya semasa menuntut di luar
negara.
Cerpen
ini mengisahkan perjuangan menentang penjajah.
|
|