Karangan Fakta / Perbincangan / Rencana / Penerangan

Setiap pelajar pasti ingin kejayaan cemerlang. Apakah langkah-langkah yang perlu untuk memastikan kita berjaya di dalam pelajaran ?

setiap pelajar pasti ingin kejayaan cemerlang

berbagai-bagai cara untuk mendapat kecemerlangan

setiap murid mempunyai cita-cita menjawat jawatan tinggi

bergantung kepada individu sendiri dan lain-lain faktor

i.        tumpuan terhadap pelajaran - menelaah pelajaran - membuat rujukan

ii.      menyediakan jadual waktu peribadi yang teratur - patuh kepada jadual waktu tersebut

iii.     rajin bertanya kepada guru - jika timbul masalah - perbincangan dengan rakan-rakan

iv.     sediakan buku-buku rujukan secukupnya

v.       ikuti kelas tambahan - di sekolah / tempat lain

vi.     banyakkan latihan tambahan

vii.    tidak ponteng kelas / sekolah

viii.   tidak tinggal sembahyang dan sentiasa berdoa

ix.    banyak membaca bahan-bahan tambahan

x.      sikap tidak berputus asa - tekun tanpa mengenal jemu

mencermin diri sendiri - berazam - mencapai kejayaan

kesedaran perlu untuk mendapat kecemerlangan dalam pelajaran

Masalah disiplin murid-murid sekolah hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini. Bincangkan langkah-langkah untuk mengatasinya.

Pengertian disiplin - peraturan yang ditetapkan dan mesti diikuti

contoh pelanggaran disiplin di sekolah - ponteng sekolah, hisap rokok, ugutan, melawan guru, berpakaian tidak seperti yang dikehendaki, buang sampah merata-rata dan lain-lain.

Isi-isi

Langkah-langkah mengatasi masalah disiplin murid-murid

i.        memberikan kesedaran kepada murid-murid melalui penerapan nilai-nilai murni dan ceramah-ceramah kesedaran daripada pihak-pihak tertentu

ii.      ibu bapa haruslah memberikan pelajaran agama yang secukupnya kepada anak-anak mereka

iii.     pihak sekolah haruslah tegas dalam menangani masalah ini dengan mengenakan denda yang sepatutnya agar menjadi teladan kepada murid-murid.

iv.     piak sekolah haruslah sentiasa mengadakan perjumpaan dengan ibu bapa untuk membincangkan masalah murid-murid

v.       pengawas-pengawas sekolah hendaklah memainkan peranan dengan berkesan - mengawasi tingkah laku, menasihati dan melaporkan kepada guru disiplin / pihak sekolah berkenaan masalah salah laku murid.

Penutup

masalah disiplin tidak akan berjaya jika satu pihak saja yang berusaha tanpa kerjasama semua pihak.

Semua pihak bertanggungjawab dalam menangani masalah disiplin - Kementerian Pendidikan, pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat.

Ikan air tawar banyak khasiatnya. Tuliskan cara-cara untuk menggalakkan orang ramai makan ikan air tawar.

i.        Ikan air tawar sedap dan banyak khasiatnya

ii.      ikan air tawar terdapat di sungai, tasik, sawah dan dipelihara di kolam

iii.     contoh ikan air tawar - lampan Jawa, keli, sepat, haruan, tilapia, patin dan lain-lain

cara-cara menggalakkan orang ramai makan ikan air tawar :

i.        kempen memakan ikan air tawar dijalankan dari masa ke semasa

ii.      cara-cara memasak ikan air tawar hendaklah diberitahu kepada orang ramai supaya mereka benar-benar dapat merasai kelazatannya

iii.     harga ikan air tawar hendaklah dikawal supaya ianya tidaklah terlalu mahal agar orang ramai dapat membelinya

iv.     galakkan orang ramai menternak ikan air tawar supaya ikan air tawar mudah diperolehi

v.       gerai-gerai makan hendaklah menyediakan menu masakan ikan air tawar sebagai salah satu daripada lauk pilihan

vi.     pihak kesihatan / perikanan hendaklah selalu memberi penerangan tentang khasiat memakan ikan tawar kepada orang ramai.

Semua pihak harus mengambil bahagian bagi menggalakkan orang ramai memakan ikan air tawar.

soalan 0

Pendidikan tadika yang ada pada masa ini amat memberi faedah kepada anak-anak kita apabila menjejakkan kaki ke alam persekolahan. Bincangkan.

1. PENDAHULUAN :

Pendahuluan :   Apakah ia pendidikan tadika

                                    - memberi manfaat kepada kanak-kanak

Isi- isi penting :  a] berumur antara 4 hingga 6 tahun

                                    b] mendedahkan kanak-kanak ke alam persekolahan

                                    c] dapat bergaul dengan kanak-kanak yang sebaya dengan mereka

                                    - mengelakkan kanak-kanak daripada bosan duduk di rumah

                                    d] kanak-kanak sudah biasa dengan alam persekolahan dan

tidak kekok

Penutup :                      Lebih banyak penubuhan kelas tadika lebih baik

soalan 1

Buah-buahan tempatan memang berkhasiat dan lazat untuk dimakan. Nyatakan langkah-langkah untuk menggalakkan orang ramai memakan buah-buahan tempatan.

Pendahuluan :   Jenis buah-buahan tempatan ada dua jenis - jenis bermusim

- tidak  bermusim - contoh buah bermusim - contoh buah tidak bermusim

isi

kempen memakan buah-buahan oleh kerajaan

adakan promosi jualan murah

peranan media massa - sebarkan tentang kelebihan memakan buah tempatan

kurangkan import buah-buahan dari luar

tegaskan peranan dan kelebihan buah-buahan tempatan - kepada kesihatan

soalan 2

Nyatakan langkah-langkah untuk menggalakkan lebih ramai pelancong datang ke negara kita.

Pendahuluan :   banyak tempat menarik di Malaysia - contoh tempat

isi

penerangan meluas mengenai tempat - pemandu pelancong yang cekap

kemudahan pengangkutan - contoh

peranan kerajaan di luar negara - membuat promosi mengenai Malaysia.

membina kemudahan seperti hotel dan sebagainya.

memulihara kawasan yang menjadi tumpuan dan mencari serta memperkenalkan kawasan berpotensi.

pelancongan membawa keuntungan kepada negara. Langkah-langkah yang perlu mesti diambil bagi menggalakkan lebih rami pelancong datang ke Malaysia.

soalan 3

Membaca merupakan satu amalan yang mulia. Nyatakan cara-cara untuk memupuk minat membaca di kalangan murid-murid sekolah.

Pendahuluan :   Membaca secara berterusan - memperoleh ilmu pengetahuan.

isi

kempen membaca - peringkat sekolah , negeri dan kebangsaan - adakan pertandingan

bahan yang bermutu tinggi disediakan serta menarik.

galakan daripada ibu bapa - kemudahan tempat membaca dan bahan.

membaca jambatan ilmu.

soalan 4

Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk “ Pentingnya Air Kepada Kita “

Pendahuluan :   Sumber-sumber air - contoh

sumber terpenting - keperluan untuk hidup - minuman

untuk penjanaan kuasa elektrik

membersih pakaian - diri - elak penyakit

untuk pertanian - tiada air tanaman dan haiwan ternakan akan mati.

Jimat penggunaan air - jangan membazir

soalan 5

Kemalangan jalan raya sering berlaku di negara kita. Ianya disebabkan oleh beberapa faktor. Namun begitu kemalangan jalan raya boleh dielakkan. Nyatakan cadangan-cadangan anda , langkah-langkah untuk menggelakkan berlakunya kemalangan jalan raya.

Pendahuluan :   Kemalangan jalan raya selalu saja berlaku. Dalam setiap kemalangan ada saja tercedera dan ada juga melibatkan kematian. Kemalangan sebenarnya boleh dielakkan dengan berbagai cara.

a. Pemandu hendaklah mematuhi peraturan dan undang-undang semasa memandu - memandu tidak melebihi had laju yang ditetapkan.

b. Pemandu hendaklah memastikan kenderaan mereka selamat untuk dipandu - lampu , brek berfungsi dengan baik.

c. Kenakan hukuman berat kepada pemandu yang memandu dalam keadaan merbahaya - melanggar undang-undang - denda dan penjara.

d. adakan kempen keselamatan jalan raya yang berterusan

Kemalangan berlaku akibat sikap cuai pengguna jalan raya.

soalan 6

Kerajaan menggalakkan rakyat negara kita memakan buah-buah tempatan. Apakah faedah yang akan kita perolehi apabila memakan buah-buahan tempatan.

Pendahuluan :

Buah-buahan tempatan ada dua jenis - bermusim - contoh - buah-buahan tidak bermusim - contoh

isi

a. rasanya amat lazat - tambahan pula - berkhasiat

b. lebih segar mutu lebih baik untuk kesihatan

c. tidak diletakkan bahan pengawet - baik untuk kesihatan

mesti digalakkan memakan buah-buahan tempatan

soalan 7

Pentingnya semangat kejiranan di kalangan kita. Tulis sebuah karangan mengapa pentingnya semangat kejiranan.

Pendahuluan :   Jiran adalah orang yang tinggal berhampiran dengan rumah

kita sama ada yang tinggal di sebelah - menyebelah di hadapan atau di belakang.

a. sekiranya ditimpa kesusahan - jiran akan menolong .

ini bukti jiran adalah penting kepada kita - mesti saling bantu membantu - berat sama dipikul ringan sama dijinjing.

b. diamal tanpa mengira kaum, agama dan bangsa

-masyarakat akan hidup dengan aman.

perpaduan akan menjadi kukuh.

c. mengeratkan perhubungan antara satu sama lain.

kunjung mengunjungi semasa perayaan - memupuk semangat muhibah di antara pelbagai kaum.

kita perlu memupuk semangat kejiranan antara kita - perselisihan kaum akan dapat dielakkan. negara akan menjadi lebih kuat dan disegani oleh musuh.

soalan 8

Kepentingan Perpustakaan dan faedah-faedahnya.

Pendahuluan :  

Tempat letak perpustakaan / Jenis perpustakaan / Huraian perpustakaan

Perpustakaan adalah gedung ilmu. banyak bahan bacaan yang dikumpulkan dan disimpan. Diantaranya termasuklah bahan rujukan, buku cerita , buku panduan. Ini semua adalah untuk kemudahan pelajar.

i.        tempat membaca dan menelaah yang selesa - terdapat kemudahan disediakan

ii.      terdapat berbagai sumber rujukan - buku - majalah - akhbar dan lain-lain

iii.     tempat belajar yang sesuai - buat kerja yang diberi oleh guru

iv.     perpustakaan sebagai pusat ilmu pengetahuan - penting untuk pelajar - membaca jambatan ilmu - dapat memahami pelajaran  dengan lebih berkesan lagi.

v.       pinjam buku untuk membuat rujukan dan mengulang kaji - tidak perlu membeli buku yang dikehendaki - jimat perbelanjaan

vi.     boleh mengisi masa lapang dengan berfaedah  - tidak terlibat dengan unsur negatif

vii.    melatih diri menggunakan bahan dengan baik - persediaan untuk masa hadapan

viii.   tidak boleh bergantung kepada guru-guru semata-mata - meningkatkan tahap pencapaian dalam semua hal.

pelajar  sepatutnya selalu mengunjungi perpustakaan pada setiap masa demi untuk kejayaan masa depan / mengemukakan cadangan membaiki perkhidmatan perpustakaan / menyatakan penghargaan kepada sesiapa yang berkenaan . Membaca jambatan ilmu.

soalan 9

Rakan sebaya adalah orang yang penting dalam kehidupan kita. Apakah peranan yang dapat diberikan oleh rakan sebaya dalam kehidupan kita.

Pendahuluan :

Rakan sebaya ialah rakan yang seusia dengan kita dan mempunyai kegemaran yang hampir sama.

mempengaruhi perwatakan seseorang

- baik - mempengaruhi untuk menjadi baik

- jahat - akan mempengaruhi menjadi jahat

Rakan adalah tempat kita mencurah segala masalah yang kita hadapi - orang yang boleh dipercayai.

sentiasa saling bantu-membantu , bekerjasama antara satu sama lain.

membantu dalam meningkatkan prestasi pelajaran.

rakan sebaya - berperanan penting - bijak memilih kawan.

soalan 10

Tulis sebuah karangan yang bertajuk “ Kepentingan Kenderaan Kepada Kita”.

Pendahuluan :   Ada berbagai jenis kenderaan - darat - contoh - air - contoh -

udara - contoh

a penting - dapat ke sesuatu tempat dengan cepat selamat

b. membawa penumpang yang ramai dan juga boleh memuatkan barang dengan banyak

penting dalam pembangunan ekonomi

- buat kenderaan dan dijual - dapat keuntungan

- wujud bandar dan kota besar

C. peluang pekerjaan di kilang membuat kenderaan.

soalan 11

Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk “ Kepentingan Pelajar menyertai aktiviti ko kurikulum “.

Pendahuluan :   Ko kurikulum ialah aktiviti selepas sekolah iaitu aktiviti persatuan

unit beruniform dan sukan.

A. melatih murid menjadi pemimpin - sifat kepimpinan dalam aktiviti.

B. melatih murid untuk berdikari sendiri - contoh dalam perkhemahan tahunan - masak sendiri dan aktiviti dalam perkhemahan.

C. melatih murid mematuhi disiplin dan arahan ketua.

- penting untuk keutuhan sesuatu organisasi atau negara. Semangat kerjasama - berat sama dipikul dan ringan sama dijinjing.

D. Menambah ilmu pengetahuan tambahan - cara membuat pertolongan cemas.

E. untuk kesihatan diri - aktiviti sukan dan permainan

- badan sihat - otak cergas

Murid patut menyertai aktiviti ko kurikulum untuk memperolehi berbagai faedah untuk diri.

Kegiatan kokurikulum boleh merapatkan hubungan di antara murid-murid dan guru-guru. Berikan sebab-sebabnya.

Pengertian kokurikulum - kegiatan luar bilik darjah - untuk bantu pembelajaran di bilik darjah

contoh ; sukan dan permainan , unit beruniform, kelab dan persatuan

boleh merapatkan hubungan di antara murid-murid dan guru-guru

i.        dalam aktiviti sukan dan permainan - murid-murid akan bekerjasama dan bantu-membantu bagi mencapai kemenangan - tidak secara langsung dapat merapatkan hubungan sesama  mereka.

ii.      dalam aktiviti unit beruniform - dapat berbincang . ikut arahan ketua, disiplin / riadah - dapat merapatkan hubungan sesama murid

iii.     dalam aktiviti kelab dan persatuan - berbalas pantun , kuiz, syarahan dan lain-lain memerlukan kerjasama dan muafakat - dapat eratkan hubungan

iv.     pertandingan / perlawanan sukan dan aktiviti kokurikulum dengan sekolah lain pula dapat rapatkan hubungan di antara murid-murid dan guru-guru sekolah berkenaan

hubungan yang rapat dan baik penting bagi menjamin keharmonian sesebuah sekolah dan masyarakat

kejayaan dalam pendidikan / pelajaran.

soalan 12

soalan : Kerja rumah sangat baik untuk murid-murid sekolah. Tuliskan sebuah karangan berkenaan dengannya.

Pendahuluan :   Kerja rumah ialah kerja sekolah yang diberi oleh guru

untuk disiapkan di rumah.

A. melahirkan murid dengan kemahiran yang telah diajar

- sebagai latihan tambahan

- murid menjadi lebih mahir lagi.

B. sebagai latihan mengulang kaji pelajaran di rumah

- berusaha dengan membuat rujukan

- berbincang dengan rakan-rakan

C. mengelakkan murid daripada membuang masa dengan sia-sia di rumah - mengisi masa lapang dengan betul.

Siapkan tugasan yang diberi meningkatkan prestasi pelajar - keputusan yang baik dalam peperiksaan.

soalan 13

Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk “ Faedah membaca buku “

Pendahuluan :   Membaca sebagai hobi yang baik. Berbagai bahan yang

boleh dibaca seperti akhbar, majalah, buku dan sebagainya.

a. mendapat pengetahuan tambahan

b. dapat membaiki penguasaan bahasa

- membantu dalam membina karangan - menambah perbendaharaan kata - memperolehi ejaan betul

c. mengisi masa lapang dengan berfaedah - menggelakkan diri daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah.

d. boleh dijadikan panduan hidup dalam penyelesaian masalah.

membaca jambatan ilmu.

Soalan22:

Kemajuan sains banyak membantu manusia dalam semua hal. Bina sebuah karangan mengenai baik dan buruk kemajuan sains.

Pendahuluan:    Sains amat penting kepada manusia. Kemajuan sains membawa perubahan kepada kehidupan manusia. Berbagai faedah diperolehi daripada kemajuan sains sekarang.

            Kebaikan

a) Dalam bidang komunikasi‑telefon‑televisyen dan radio.

b) Dalam bidang perhubungan‑pembinaan jalan raya bertar

‑pembinaan kenderaan darat,air dan udara.

‑manusia dapat bergerak pantas dari satu tempat ke

satu tempat ‑ penerokaan angkasa lepas.

C) Untuk pertahanan negara‑membina alatan perang

‑senjata ‑ kereta kebal dan sebagainya

‑negara menjadi lebih selamat.

Keburukan

a) Mengancam keselamatan manusia dan dunia

‑Bom atom‑Jepun‑ramai terbunuh

‑Gas sarin

Bom nuklear

b) Robot dicipta ‑ kereta di kilang

‑peluang kerja manusia terbatas.

Penutup :

Sains membawa kebaikan dan juga keburukan kepada

kehidupan manusia. Oleh itu kita seharusnya berhati‑hati

menggunakan kemajuan sains hanya untuk kebaikan.

Soalan23 :

Bina sebuah karangan tentang baik dan buruknya menonton televisyen .Bincangkan

Pendahuluan:    ‑  Televisyen merupakan satu media elektrik yang paling

popular di negara kita. Boleh dikatakan setiap rumah di negara kita mempunyai sebuah peti televisyen.

            Isi :

Kebaikan

a)     Mengetahui perkembangan semasa ‑ berita

b)     Mendapat pengetahuan tambahan ‑ Majalah 3, Info Sains

c)     Mendapat pengetahuan agama ‑ Ehwal Islam

d)     Mengeratkan hubungan kekeluargaan

e)     Isi masa lapang dengan baik. 

Keburukan bagi pelajar

a)     Menonton terlalu lama‑membazir masa

b)     Ada rancangan‑rancangan yang tidak sesuai ditonton.

Penutup : Menonton televisyen memberi faedah kepada pelajar. Namun pelajar seharusnya pandai memilih rancangan yang sesuai dan tidak mengabaikan pelajaran.

Soalan 24:

Tinggal di asrama lebih baik daripada tinggal di rumah .Bincangkan.

Pendahuluan:    Asrama adalah tempat penempatan untuk pelajar‑pelajar

di sekolah. Kerajaan menyediakan asrama‑asrama ini untuk kemudahan pelajar‑pelajar belajar dengan lebih sistematik.

Isi

a) Pelajar berpeluang untuk belajar dengan lebih baik

‑mempunyai jadual ‑ patuh pada jadual ‑ bermain dan sebagainya diatur dengan baik.

b) Dapat dilatih untuk hidup bekerjasama‑bagai "Aur dengan Tebing", ‑ saling bantu membantu.

c) Dapat dilatih untuk hidup berdikari ‑di sini pelajar tidak bergantung kepada ibu bapa sematamata.

d) Dapat belajar secara berkumpulan. banyak faedah yang di perolehi.

Keburukan

a) bebanan yuran bulanan kepada keluarga miskin

b)Jumlah murid adalah ramai‑pengawasan tidak dapat diberikan oleh pihak asrama secara berkesan.

Penutup :

Tinggal di asrama ada kebaikan dan ada juga keburukan.