PENGENALAN KARANGAN ( PENULISAN )

1.      Lazimnya , dalam ujian penulisan Bahasa Melayu adik-adik dikehendaki menulis dua buah karangan, iaitu soalan satu dan soalan dua.

2.      Dalam soalan 1, adik-adik diberi dua tajuk karangan , oleh itu pilihlah salah satu daripada dua tajuk tersebut sama ada soalan 1 (a) atau soalan 1 (b). Soalan 2 tiada pilihan dan merupakan soalan wajib.

3.      Masa yang diperuntukkan untuk menjawab kedua-dua soalan itu ialah satu jam.

4.      Bagi tiap-tiap soalan, panjang karangan mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan dan tidak melebihi 120 patah perkataan.

& Jenis-Jenis Karangan :

A. Karangan Berformat

1.      Jenis Surat Kiriman Rasmi

2.      Jenis Surat Kiriman Tidak Rasmi

3.      Karangan jenis Ucapan

4.      Karangan jenis Syarahan

5.      Karangan jenis Dialog / Temuramah / Perbualan / Wawancara

6.      Karangan jenis Berita

7.      Karangan jenis Catatan Diari

8.      Karangan jenis Laporan

9.      Karangan jenis Perbahasan

10.  Kad Jemputan

B. Karangan Tidak Berformat

1.      Karangan Rangsangan Bergambar / Rangsangan Kata

2.      Karangan Jenis Pengalaman / Cerita / Gambaran / Situasi

3.      Karangan Jenis Fakta / Penerangan

4.      Karangan Jenis Perbincangan

5.      Karangan Jenis Melengkapkan Cerita

6.      Karangan Jenis Autobiografi / Biografi

7.      Karangan Jenis Peribahasa

& TUJUAN ANDA MENGARANG

1.      menguji kefahaman anda mengenai tajuk karangan itu.

2.      menguji kebolehan, kemahiran dan keupayaan anda menarik minat pembaca.

3.      menguji fikiran, pendapat, dan idea-idea anda.

4.      menguji tentang sejauh mana pembacaan anda.