Kata Keterangan

 
1. Perkataan yang digunakan untuk menerangkan sesuatu perbuatan.
2. Kata keterangan juga ialah kata yang menerangkan kata kerja dan kata adjektif. Contohnya:
(a)   Adik belum mandi lagi. (Kata keterangan belum menerangkan kata kerja mandi)
(b)  Sayursayuran di kebun itu sangat subur. (Kata keterangan sangat menerangkan kata adjektif subur.)
2.       Kata keterangan terdiri daripada beberapa jenis. Perhatikan jenis-jenis kata keterangan tersebut, penggunaannya, serta ayat contohnya di bawah ini.
Contoh
cara / gaya begitu, begini, demikian, perlahan, cepat-cepat, lena,

1.Berjalanlah dengan perlahan-lahan supaya tidak terjatuh.

2. Munah pergi ke pasar dengan bas.

Masa / waktu akan, sedang, belum, telah, sekarang, sebentar, semalam

1.Saya benar-benar terasa lapar sekarang.

2. Dia berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanannya.

Nafi bukan, tidak, kecuali

1. Orang itu tidak tinggal di sini.

2. Anak kecil ini bukan anaknya.

Tanya mengapa, bagaimana, bila

1. Mengapakah kamu tidak lulus ujian itu ?

2. Bagaimanakah terjadinya perlanggaran antara kedua-dua kereta itu ?

tidak tentu /ragam mungkin, agaknya, barangkali, pasti, tentu

1. Kalau Ahmad terus belajar dan berusaha pasti ia akan berjaya.

2. Barangkali dia belum cukup wang untuk membayat hutang.

Darjah / kata penguat amat, sungguh, sangat, terlalu,paling, sekali, terlampau

1. Hadiah yang kecil itu amat berharga buat dirinya.

2. Semua peminat sungguh terharu di atas kematian seniman itu.

Aspek belum, sudah, selalu, kadang-kadang, acapkali, sesekali

1. Pembinaan bangunan itu belum dimulakan lagi.

2. Keluarga Halim selalu pulang ke kampung.

Jenis Kata Keterangan

Penggunaan dan Contohnya

Ayat Contoh

Kata Keterangan Cara

untuk menerangkan cara

Contoh: begini, begitu,betapa, demikian, dan sebagainya

1. Tidak dapat digambarkan betapa gembiranya ibu melihat kejayaan abang.

2. Janganlah bercakap begitu kepada anak-anak.

Kata Keterangan Bantu

untuk menerangkan sikap pada sesuatu pelakuan atau perasaan

Contoh: akan, belum, kelak, masih, sedang, sebentar, dan sebagainya

1. Adik belum tidur walau hari sudah larut malam.

2. Abang masih menuntut di Universiti Malaysia Sarawak.

Kata Keterangan Masa

untuk menerangkan masa

Contoh: belum, kelak, sekarang, semalam, lusa, kadang-kadang, masih, pernah, sedang, sebentar, sejurus, selalu, seketika sentiasa, sudah, dan sebagainya

1. Saya harus pergi sekarang.

2. Encik Gan akan bertolak esok.

Kata Keterangan Tanya

untuk menerangkan cara, keadaan, masa, dan sebab

Contoh: bagaimana, bila, dan sebagainya

1. Bilakah majlis perkahwinan itu akan diadakan?

2. Bagaimanakah cara membuat kuih itu?

3. Mengapakah ayah lambat pulang?

Kata Keterangan Darjah

untuk menerangkan darjah kata adjektif

Contoh: agak, amat, nian, paling, sangat, dan sebagainya

1. Kelakuan budak itu agak ganjil.

2. Sedap betul masakan di restoran itu.

3. Menara Kembar Petronas adalah bangunan yang paling tinggi di Malaysia.

Kata Keterangan Nafi

untuk menafikan atau menyangkal

Contoh: bukan, tak, atau tidak

1. Dia bukan orang kampung itu.

2. Teksi itu tidak bergerak sejak semalam.

Kata Keterangan Tak Tentu

untuk menerangkan sesuatu yang belum pasti

Contoh: agaknya, barangkali, entah-entah, mungkin, dan sebagainya

1. Hingga kini rombongan itu belum tiba, entah-entah tersesat.

2. Pengemis itu barangkali telah ditangkap oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat.

kata Keterangan Penegas

untuk menyatakan penegasan

Contoh: hanya, jua

Dia hanya membeli sebuku roti.

Kata

Keterangan

Kekerapan

untuk menyatakan kekerapan berlakunya peristiwa Contoh: sering, selalu, dan sebagainya
  1. Dia selalu berkunjung ke rumah neneknya.
  2. Kami sentiasa mendoakan kesejahteraan kamu.

Kata Keterangan Umum

untuk menyatakan sesuatu secara umum Contoh: nyaris, langsung Pasu bunga itu nyaris terlepas daripada genggamannya.