KATA SENDI NAMA

  1. Kata sendi nama merupakan kata depan kepada kata nama.
  2. Kata sendi bertugas sebagai kata yang merangkaikan frasa nama dengan kata-kata atau frasa-frasa yang lain.
  3. Kata sendi memerlukan frasa nama untuk membentuk frasa sendi supaya dapat bertugas sebagai predikat ayat.
  4. Antara kata sendi yang lazim digunakan dalam Bahasa Melayu ialah seperti : di, ke, dari, daripada, kepada, pada, bagi, demi, tentang, seperti, bagai, umpama, sejak, terhadap, akan, oleh, hingga, sampai, antara, untuk, dengan, dalam, dan sebagainya.

PENGGUNAAN KATA SENDI

KATA SENDI

PENGGUNAANNYA

AYAT CONTOH

di

·         Digunakan untuk tempat.
·         Dieja terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya.

1. Pertandingan itu diadakan di Taiping.
2. Cikgu Nadia bekerja di sekolah itu.

ke

·         Digunakan untuk tempat, masa dan benda konkrit tidak bernyawa.
·         Dieja terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya.
·         Tidak boleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia atau binatang.

1. Mereka akan ke Ipoh esok.
2. Din menunggu Siha dari pagi hingga ke    petang.
3. Pinggan itu dihempaskannya ke lantai.
4. Cik Bedah ke surau.

dari

·         Digunakan untuk tempat, arah atau masa.

1. Bola itu ditendang dari penjuru padang.
2. Kami menunggu dari pukul 8.00 pagi.
3. Ely datang dari Kelantan.

daripada

·         Digunakan untuk orang, perbandingan, asal kejadian, benda abstrak, pertentangan, dan untuk menunjukkan keanggotaan.

1. Surat itu saya terima daripada Yatie.
2. Pensel ini lebih panjang daripada pensel itu.
3. Ukiran itu diperbuat daripada perak.
4. Kami memperoleh manfaat daripada
5. Yang dikatakannya berbeza daripada      yang diamalkan.
6. Kumpulan perompak senjata api itu terdiri   daripada enam belas orang anggota.

Kepada/ akan/terhadap

Digunakan selepas kata  adjektif yang menyatakan perasaan atau sikap.

1. Devi suka akan rambutan.
2. Hanim amat sayang akan/kepada ibunya.
3. Kita mesti hormat akan/kepada/terhadap  ibu bapa.

 

KATA SENDI

PENGGUNAANNYA

AYAT CONTOH

bagi/untuk

·         Digunakan untuk menentukan sesuatu yang dibezakan daripada yang lain.

1. Derma untuk / bagi mangsa banjir sedang      dipungut.
2. Hadiah ini untukmu.

pada

·         Digunakan untuk masa, manusia, binatang, benda abstrak, dan benda konkrit tertentu.

1. Peah tiba pada pukul lapan malam.
2. Tiket bas itu ada pada Hanim.
3. Pada pendapat saya, cerita itu benar.

demi

·         Digunakan dihadapan jkata nama atau frasa nama yang membawa maksud tujuan

1.Rakyat Malaysia mesti bersatu demi    kesejahteraan negara. 
2. Demi kepentingan bersama, marilah kita    berdamai.

 tentang

·         Digunakan untuk menyatakan makna berkenaan dengan

1. Menteri-menteri itu berbincang tentang     masalah negara.

seperti/
umpama/
laksanabagai

·         Digunakan untuk membawa maksud perbandingan atau makna persamaan dengan yang lain.

1.Pemuda itu berlagak seperti/ umpama/ laksana/bagai  orang berada.
2. Suaranya merdu  seperti/umpama/    laksana/bagai  buluh perindu.

dengan

·         Digunakan untuk menyatakan maksud bersama-sama atau serta, bandingan setara, keterangan cara, dan penggunaan sesuatu sebagai alat.

1. Izzat bermain dengan Hazwan.
2 Hasilnya tidak setimpal dengan usahanya.
3. Nani belajar dengan tekun.
4. Nora menulis dengan pensel.

sejak/semenjak

·         Digunakan untuk membawa maksud penanda waktu atau masa.

1. Milah sentiasa gembira sejak/semenjak

    suaminya pulang dari perantauan.

oleh

·         Digunakan selepas kata kerja pasif yang berawalan di- dan ter-

1. Kuih ini dibuat oleh Nadiah.

2. Anggota kumpulan itu terpengaruh oleh

    kata-kata ketua mereka.

hingga/

sampai

·         Digunakan untuk menyatakan had masa, waktu atau tempat tertentu.

1. Anggota-anggota polis berkawal hingga/    sampai  larut malam.
2. Midah belajar hingga/sampai peringkat    universiti.

dalam/

antara

Digunakan untuk menyatakan pengertian tempat yang tidak mempunyai ruang atau jarak.

1. Dalam hal ini, kita semua setuju.
2. Mereka berbincang antara adik- beradik