Make your own free website on Tripod.com

Kata Sendi

 
1.         Kata sendi adalah kata yang digunakan untuk menyambungkan frasa nama dengan kata atau frasa-frasa dalam ayat.
2.         Yang berikut ini adalah panduan tentang penggunaan kata sendi dalam ayat.
Kata Sendi
Penggunaannya
Ayat Contoh
akan/ kepada/ terhadap untuk menunjukkan emosi dan sikap

1. Adik sayang akan kucing.

2. Ya Allah, kepadaMu, aku berserah.

3. Dia mengambil berat terhadap pelajaran.

bagi/untuk untuk menentukan sesuatu yang dibezakan daripada yang lain
  1. Pen itu dibeli untuk anaknya.
  2. Jamuan itu bagi guru-guru baru.
dari untuk menunjukkan tempat dan masa
  1. Mereka baru pulang dari Johor.
  2. Dia tidak sedar diri dari pagi tadi.
daripada untuk orang, perbandingan, asal kejadian, dan menunjukkan keanggotaan

1. Pasukan Kedah lebih hebat daripada pasukan Johor.

2. Kuih itu dibuat daripada tepung sagu.

3. Anggota pancaragam itu terdiri daripada muridmurid sekolah.

di untuk tempat Di dalam dompet itu ada wang.
dengan

untuk menyatakan makna bersama-lama, bandingan setara, keterangan cara, dan penggunaan sesuatu sebagai alat

1. Mak Jah ke klinik dengan anaknya.

2. Dia dapat melepaskan diri dengan bersusah payah.

3. Adik menulis dengan pensel.

4. Markah saya sama dengan markahnya.

hingga/

sampai

untuk menunjukkan peringkat masa, tempat, dan had tertentu

1. Dia bekerja hingga malam.

2. Dia berjalan kaki sampai Ipoh.

ke

untuk tempat dan benda konkrit

1. Kereta api menuju ke Padang Besar.

2. Cawan itu terhempas ke batu.

kepada

untuk menunjukkan orang atau kata ganti diri

Kes itu diserahkan kepada pihak polis.

oleh

untuk menunjukkan perlakuan pasif yang berawalan di- dan ter-

1. Buku itu dibaca oleh Salmi.

2. Bukit yang tinggi itu terdaki olehnya.

pada

untuk menunjukkan masa dan tempat, manusia, binatang, benda abstrak, dan benda konkrit tertentu

1. Kereta api tiba pada pukul lima petang.

2. Novel itu ada pada Rahim.

3. Perkara itu benar pada pandangan saya.

4. Serikaya itu disapukan pada roti.

sejak

untuk menyatakan makna suatu jangka masa

Dia tidak makan sejak semalam.

seperti/

umpama/bak

untuk menunjukkan persamaan dengan yang lain

1. Suasana dalam kelas itu bising seperti keadaan di pasar.

2. Badannya besar umpama ahli gusti.

3. Hidungnya mancung bak seludang.

tentang

untuk menyatakan makna mengenai sesuatu

Beliau berucap tentang masalah penagihan dadah.