B. Kata Kerja
Tak Transitif ( Perbuatan tidak Melampau )
A. Kata Kerja Transitif
1. Kata Kerja
Transitf ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada
benda lain.Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut ( objek
).
2. Ayat ini
mesti ada peyambutnya ( objek )
3. Kata kerja
ini biasanya mempunyai imbuhan me- sama ada sebagai awalan
atau sebahagian
daripada imbuhan contohnya mengambil, mendermakan, membacakan, menduduki,
mempersilakan.
1.
Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti disertai oleh objek,
iaitu kata nama.
Contohnya: Atan
mendengar radio.
mendengar ialah kata kerja
transitif
radio ialah objek (kata nama)
Kata kerja transitif
menggunakan imbuhan men, men ...i, men ...kan, memper, memper...i, dan memper...kan.
Contohnya:
Contoh ayat
:
1. Kucing itu
menangkap seekor burung.
2. perempuan
itu menjual sayur.
3. Bapa sedang
menulis surat.
Dalam ayat pertama
Kucing ialah pembuat, menangkap ialah perbuatan melampau dan seekor
burung ialah benda yang kena buat atau penyambut.
Dalam ayat kedua
Perempuan ialah pembuat, menjual ialah perbuatan melampau dan sayur
ialah benda yang kena buat atau penyambut.
Dalam ayat ketiga
Bapa ialah pembuat, menulis ialah perbuatan melampau dan surat
ialah benda yang kena buat
atau penyambut.
(a)
Pak Abu menjala ikan.
(b)
Orang ramai diminta menjauhi kawasan itu.
(c)
"Kita tidak harus membiarkan perkara ini berterusan," kata ketua
kampung.
(d)
Jangan suka memperdaya orang yang bodoh.
(e)
Untuk memperbaiki mutu lakon­an anda perlu selalu berlatih.
(f)
Pihak polls mempertemukan ibu itu dengan anaknya.
Subjek ( pembuat )
Kata kerja transitif
penyambut ( Objek )
Dia suka
membaca
buku
Jamilah
memukul
seekor ular
Abidin
menjual
kuih-muih
Ramli
berjalan
ke sekolah
Kereta itu
melanggar
seekor lembu
B. Kata Kerja
Tak Transitif
Kata kerja tak
transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat
itu sendiri kepada
diri pembuat itu sendiri, tidak kepada benda atau orang lain. Oleh itu ia
tidak mempunyai penyambut.
Contohnya ::
1. Mereka berjalan
pada hari cuti.
2. Anjing itu
sedang tidur.
3. Hujan turun
dengan lebatnya semalam.
Dalam ayat pertama
Mereka melakukan berjalan, tidak kepada benda lain.
Dalam ayat kedua
Anjing melakukan tidur, tidak kepada benda lain.
Dalam ayat ketiga
Hujan melakukan turun, tidak kepada benda lain.
Subjek ( pembuat )
Kata kerja tak Transitif
keterangan
Kami
mandi
di tasek itu.
Dia
senyum
semasa berjalan
Saya
menyanyi
dengan kuat
Hassan
berjalan
ke sekolah
7.1 Kata
Kerja Tak Transitif
1.
Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat berdiri sendiri
dalam ayat, yakni tidak memerlukan objek lagi.
2.
Kata kerja tak transitif ada yang berbentuk asal dan ada yang berimbuhan
ber, men, ter, ber... an,
dan ber...kan.
Contohnya: (a) Ravi belum datang lagi. (b) Muridmurid sedang belajar. (c)
Sungai itu mengalir deras.
Peringatan
Tiap-tiap kata
kerja tak transitif boleh dijadikan kata kerja transitif dengan menambah kan
atau I
di hujungnya.
Contoh ayat:
1. Mereka menjalankan
jentera itu.
2. Emak sedang
menidurkan adik.
3. Pekerja itu
menurunkan barang-barang dari atas lori.
4. Halim mengikuti
perbualan mereka.
5. Saya sudahi
syarahan saya ini dengan ucapan salam.
7.3 Kata
Kerja Pasif
1.
Kata kerja pasif ialah kata kerja yang berasal daripada kata kerja transitif
tetapi yang tidak berawalan men.
Contohnya: angkat,
atasi, berikan, percepat, pelajari, persilakan, dan sebagainya.
2.
Ada tiga jenis kata kerja pasif. (a) kata kerja pasif diri pertama (b) kata
kerja pasif diri kedua (c) kata kerja pasif diri ketiga
3.
Kata kerja pasif diri pertama ialah kata kerja pasif yang berimbuhan ku-.
Contohnya: kuangkat,
kuatasi, kuberikan, kupercepat, kupelajari, dan kupersilakan.
4.
Kata kerja pasif diri kedua ialah yang berimbuhan ka-.
Contohnya: kauangkat,
kauatasi, kauberikan, kaupercepat, kaupelajari, dan kaupersilakan.
5
Kata kerja pasif diri ketiga ialah yang berimbuhan di-.
Contohnya: diangkat,
diatasi, diberikan, dipercepat, dipelajari, dan dipersilakan