KESALAHAN UMUM TATABAHASA
1. Kesalahan dari Segi Kata
1.
Kata beliau, dia, ia, kami, kita, dan mereka sering digunakan
dengan salah.
2.
Kata beliau tidaak harus digunakan untuk orang yang tidak dihormati atau
kanak-kanak dan binatang. Contoh:
3. Kata dia dan ia tidak boleh digunakan untuk binatang dan benda.
4. Kata kami bererti “ saya dengan dia”. Orang yang diajak bercakap tidak disertakan. Kita bererti “anda dengan saya” atau “anda dengan kami”. Orang yang diajak bercakap disertakan.
5. Kata mereka tidak boleh digunakan untuk benda dan binatang.
6. Kata mereka tidak boleh diulang.
7. Kata ganti ia dan nya tidak boleh digabungkan.
1. Terdapat 6 jenis kata bilangan:
2. Kata bilangan seperti setengah-setengah, tiap-tiap, berbagai-bagai dan kedua-dua tidak boleh disingkatkan.
salah
a. setengah
orang
b. tiap
murid
c. berbagai
warna
d. kedua
mempelai
betul
a. setengah-setengah orang
b.
tiap-tiap murid
c.
berbagai-bagai warna
d.
kedua-dua mempelai
3. Kata para tidak boleh diulang.
4. Kata bilangan tentu seperti satu, dua, tiga dan seterusnya tidak boleh didekatkan dengan kata bilangan pecahan seperti suku dan setengah untuk penghitungan.
1.
Penjodoh bilangan biasanya digunakan dengan kata bilangan.
2.
Tetapi, ada kalanya penjodoh bilangan tidak perlu digunakan.
SALAH |
BETUL |
setiap orang murid semua orang pekerja seluruh buah kampung segala ekor binatang sekalian orang peserta para orang guru |
setiap murid semua pekerja seluruh kampung segala binatang sekalian peserta para guru |
3. Penjodoh bilangan tidak juga diperlukan untuk menghitung kata nama abstrak.
SALAH |
BETUL |
beberapa buah usul kedua-dua bentuk sifat setiap buah sumbangan semua buah pendapat segala butir cadangan tiap-tiap bentuk kenangan pelbagai bentuk teguran |
beberapa usul kedua-dua sifat setiap sumbangan semua pendapat segala cadangan tiap-tiap kenangan pelbagai teguran |
1.Kata sendi yang sering digunakan dengan salah ialah dari dan daripada; di dan pada;
ke dan kepada .
2. Kata dari digunakan untuk tempat dan waktu. Kata daripada digunakan untuk orang,
perbandingan, asal kejadian, benda abstrak, dan untuk menunjukkan keanggotaan.
SALAH |
BETUL |
Devi datang daripada Batu Kurau. Saya menunggu Yatie daripada pukul dua. Ely terima surat dari Elyas Saya mendapat pengetahuan yang banyak dari buku yang saya baca. Baju yang dipakai oleh Nadia dibuat dari sutera. Dari 5 ekor anak ayam, hanya seekor yang hidup |
Devi datang dari Batu Kurau. Saya menunggu Yatie dari pukul dua. Ely menerima surat daripada Elyas. Saya mendapat pengetahuan yang banyak daripada buku yang saya baca. Baju yang dipakai oleh Nadia dibuat daripada sutera. Daripada 5 ekor anak ayam, hanya seekor yang hidup. |
3. Kata di digunakan untuk tempat sahaja. Kata pada digunakan untuk masa, orang, binatang, benda abstrak, dan benda konkrit tertentu.
Contoh:
a. Di musim durian, Zainal mendapat banyak wang. ( salah )
~ Pada
musim durian, Zainal mendapat banyak wang. ( betul )
b. Ayu berkebun
pada belakang rumah. ( salah )
~ Ayu
berkebun di belakang rumah ( betul )
c. Dengan
pendapat saya, kerja itu perlu dibereskan. ( salah )
~
Pada pendapat saya, kerja itu perlu dibereskan. ( betul )
d. Buku cerita
itu ada dengan Suzie. ( salah )
~ Buku
itu ada pada Suzie. ( betul )
4. Kata ke digunakan untuk tempat, masa, dan benda konkrit tidak bernyawa. Kata kepada pula digunakan untuk benda bernyawa.
Contoh:
a. Wang itu
diberikan ke Rahmah. ( salah )
-
Wang itu diberikan kepada Rahmah. ( betul )
b. Ibu pergi
kepada pasar setiap hari. ( salah )
-
Ibu pergi ke pasar setiap hari ( betul )
c. Latihan
itu akan diadakan dari semasa kepada semasa. ( salah )
-
Latihan itu akan diadakan dari semasa ke semasa. ( betul )
1. Ada dua jenis kata kerja:
a. kata kerja
transitif
b. kata
kerja intransitif atau tak taransitif
2. Kata kerja transitif terbahagi kepada:
3. Semua kata kerja transitif ( kecuali makan, minum, minta dan mohon) mesti berawalan men-
a. buang sampah
( salah )
membuang
sampah ( betul )
b. goring ikan
( salah )
menggoreng
ikan ( betul )
4. Kata kerja transitif yang berapitan men…kan dan men…i berbagai-bagai maknanya dan mesti digunakan dengan berhati-hati.
Contoh:
SALAH |
BETUL |
Hafizuddin memberikan Seha sekuntum bunga. Hanim mengambilkan segelas air untuk Ishak. Baginda mengurniakan beliau bintang kebesaran. Hakim menjatuhkan pencuri itu sebulan penjara. Sampah sarap mengotorkan Taman Tasik Taiping. Yatie menasihatkan saya agar rajin belajar. |
Hafizuddin memberi Seha sekuntum bunga. Hanim mengambilkan Ishak segelas air. Baginda mengurniai beliau bintang kebesaran. Hakim menjatuhi pencuri sebulan penjara. Sampah sarap mengotori Taman Tasik Taiping. Yatie menasihati saya agar rajin belajar. |
5. Kata kerja intarnsitif terbahagi kepada:
6. Kata kerja intransitif yang berawalan ber-, men-, dan ter- tidak boleh ditiadakan awalannya. Contoh:
- tanya
kepada Hamidah ( salah )
bertanya kepada Hamidah ( betul )
- jangan
lompat ( salah )
jangan melompat ( betul )
- senyum
kepada Kartina ( salah )
tersenyum kepada Kartina ( betul )
1. Ada 3 jenis kata hubung iaitu:
2. Kata hubung sering digunakan salah sebagai akibat tidak memahami cara menggunakan kata-kata hubung tersebut. Contoh:
Nazrul bangun tetapi memberikan jawapan.
Budak itu cantik kecuali sombong.
Budin akan tidur di rumah Seha dan di hotel.
Agar segalanya berjalan lancar, usaha kita akan berjaya.
Sedangkan merokok membahayakan kesihatan, tambahan pula banyak orang yang tidak peduli.
3. Kata hubung apabila selalu ditulis sebagai bila sedangkan kata bila itu merupakan kata tanya.
Contoh:
·
Midah termenung bila menerima berita itu. ( salah )
·
Din terkejut bila Seha menjerit. ( salah )
·
Pandai-pandailah menjaga diri bila berada di negeri orang.
( salah )
·
Minumlah ubat ini bila terasa sakit. ( salah )
·
Bila mendengar berita itu, Ayu terus pengsan. ( salah )
1. adakah dan apakah: Adakah digunakan untuk mendapat jawapan ya atau tidak.
Apakah digunakan untuk mendapat jawapan tentang nama binatang, benda dan perbuatan.
SALAH |
BETUL |
Apakah benar kata-katamu itu? Apakah dia menangis? Apakah aku bersalah? |
Adakah benar kata-katamu itu? Adakah dia menangis? Adakah aku bersalah? |
2. boleh dan dapat : Boleh lebih tepat digunakan dalam hubungan dengan keizinan.
Dapat lebih sesuai digunakan dalam hubungan dengan keupayaan atau kemampuan.
SALAH |
BETUL |
Syimir sudah boleh menunggang kuda. Mazni tidak boleh pergi kerana demam. Kami tidak boleh datang kerana hujan. |
Syimir sudah dapat menunggang kuda. Mazni tidak dapat pergi kerana demam. Kami tidak dapat datang kerana hujan. |
Kakak tidak mahu tidur sini. Beliau akan datang kampung ini. Nani ingin berjumpa cikgu. Saya ingin bertemu gadis itu. Kami ternampak Cikgu Nora di perhentian bas Pudu Raya. |
Kamu mesti ingat akan janji-janjimu. Kakak tidak mahu tidur di sini. Beliau akan datang ke kampung ini. Nani ingin berjumpa dengan cikgu. Saya ingin bertemu dengan gadis itu. Kami ternampak akan Cikgu Nora di perhentian bas Pudu Raya. |
SALAH |
BETUL |
Beliau turut menyentuh tentang perkata itu. Nora tidak mengetahui akan hal itu. Kami membincangkan tentang masalah itu. Mereka melebarkan lagi jalan itu. Nani menceritakan tentang pengalamannya semasa menuntut di luar negara. Cerpen ini mengisahkan tentang perjuangan menentang penjajah. |
Beliau turut menyentuh perkara itu. Nora tidak mengetahui hal itu. Kami membincangkan masalah itu. Mereka melebarkan jalan itu lagi. Nani menceritakan pengalamannya semasa menuntut di luar negara. Cerpen ini mengisahkan perjuangan menentang penjajah. |