Keputusan dan Komen poll yang lepas.

Patutkah guru naik gaji jika ada sijil ICT ?

Sangat tidak setuju 339 (27%)
Tidak Setuju 179 (14%)
Setuju 82 (6%)
Sangat Setuju 652 (52%)

1. Memang patut guru naik gaji dengan cara itu secara tidak langsung menggalakkan guru memahirkan diri dalam semua bidang.
2. guru mempunyai hak untuk dinaikkan gaji,kerana merekalah yang merupakan pembentuk generasi akan datang.
3. Kena la setuju. Kalau tidak takde la perangsang buat guru2 hok gi kerusus tuh. Abih pitih cari ilmu untuk tingkatkan mutu, takkan tak boleh berikan sedikit sumbangan.
4. Setuju bebenor..ini merupakan satu motivasi kepada kaum guru untuk mempersiapkan diri dengan ilmu ict..tak adalah nanti guru besar, para gpk yang buta ict..barulah kerja boleh sama-sama buat ini tak main arah saja alasannya tak tahu komputer kata nak advan..betul tak.
5. kerana guru memegang tanggungjawab yang berat dalam melahirkan insan yang beguna kepada negara.
6. Takkan ada sijil tu pun nak naik gaji. Macammana guru yang lain , yang mempunyai anak ramai. Sekarang ramai guru muda yang ada sijil tu. Mereka tidak mempunyai anak ramai. Masa dulu-dulu guru tak ada duit untuk belajar. Sekarang ada bantuan kewangan,biasiswa dan macam-macam lagi. saya bantah cadangan ini.
7. dulu lain, sekarang lain. sijil itu merupakan satu galakan kepada para guru untuk menguasai kemahiran ICT
8. Saya menyokong 100%, guru kelepasan ICT patut di naikkan gaji .
9. sudah sampai masanya kerajaan menaikkan gaji guru setaraf dengan taraf sosial masa kini.
10. Penguasaan ICT, merupakan ciri profesional.Profesional sewajarnya dibayar gaji yang tinggi. Bukan semua orang boleh mencapai status profesional terutamanya dalam bidang ICT.Hanya yang berusaha akan mencapainya.
11. Jangan .jadikan kemahiran ICT semata-mata sebagai faktor kenaikan gaji guru. Ada banyak lagi faktor yang perlu dipertimbangkan untuk kenaikan gaji. Apa yang penting kemahiran yang dimiliki oleh guru benar-benar dimanfaatkan untuk para pelajar. Ada saja kemahiran tetapi tidak membantu proses P&P dan bermanfaat untuk pelajar tiada guna juga.
12. Penguasaan ICT merupakan satu indikator yang mempunyai keesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi untuk menaikkan gaji guru. Mereka yang berilmu perlu dihargai.
13. Tentu sahaja sewajarnya mereka yang cekap menggunakan medium pengajaran seperti power point, flash dan interaksi maya menerusi web, e-mel dan bulletin board secara real time atau delay time dibayar gaji yang lebih berbanding mereka yang hanya menggunakan OHP.
14. Sekarang kita berada di zaman ICT. Kenaikan gaji sedikit sebanyak memberi motivasi kepada para guru untuk mendalami bidang ICT.
15. TIDAK SETUJU KERANA ICT IALAH KEMAJUAN YANG PERLU KITA KUASAI. MENJADI TANGGUNGJAWAB GURU ITU UNTUK MENGUASAI TEKNOLOGI. MUNGKIN DIMASA DEPAN ADA TEKNOLOGI BARU SEBAGAI GURU MEREKA PERLU MENGHADAPI PERUBAHAN TEKNOLOGI . MUNGKIN KEMENTERIAN PENDIDIKAN BOLEH MEMBERI KEMUDAHAN KEPADA GURU-GURU UNTUK MENGUASAI TEKNOLOGI INI
16. come on... perbelanjaan hidup hari ni bukannya murah. guru merupakan titik permulaan kejayaan seseorang. tanpa mu guru tiada peguam menang bicara, tanpa mu guru tiada penulis terkemuka. think about it. sampai masanya kerjaya guru dimartabatkan semula.
17. Saya sangat setuju supaya guru yang memiliki sijil ICT diberi kenaikan gaji. Tetapi pelbagai masalah akan timbul. Sebagai contoh guru yang meminati ICT tetapi tidak diberi peluang berkursus akan kecil hati. Untuk mengatasi masalah tersebut, jalan yang paling mudah ialah wajibkan semua guru mengikuti kursus ICT. Mereka yang lulus diberi kenaikan gaji. Ini lebih adil. Selain itu, wajibkan semua PK dan GB mempunyai pengetahuan ICT dan tidak mengharapkan kerani atau setiausaha semata-mata untuk dokumentasi.
18. Saya sangat setuju supaya guru yang memiliki sijil ICT diberi kenaikan gaji. Tetapi pelbagai masalah akan timbul. Sebagai contoh guru yang meminati ICT tetapi tidak diberi peluang berkursus akan kecil hati. Untuk mengatasi masalah tersebut, jalan yang paling mudah ialah wajibkan semua guru mengikuti kursus ICT. Mereka yang lulus diberi kenaikan gaji. Ini lebih adil. Selain itu, wajibkan semua PK dan GB mempunyai pengetahuan ICT dan tidak mengharapkan kerani atau setiausaha semata-mata untuk dokumentasi. Walau bagaimanapun, kemampuan di bidang ICT tidak begitu diiktiraf. Bayangkan untuk menggunakan OHP masih perlu mengemis dan berebut-rebut, inikan pula menggunakan ICT. Kementerian perlu lebih realistik dalam menangani hal ini.
19. zaman sekarang ni kiranya tidak ambil peduli dengan ICT bermakna mereka bukanlah terdiri daripada warga pendidik yang cemerlang
20. Kita haruslah mengikut peredaran masa yang berlaku agar kita sebagai pendidik tidak dikatakan oleh masyarakat sebagai pendidik tidak cemerlang.
21. Bukan guru tidak diberi peluang, guru itu sendiri yang tidak mahu merebut peluang. Kenaikan gaji adalah sangat wajar bagi guru ICT kerana dalam setahun mereka terpaksa menguasai segala pengetahuan berkaitan perkomputeran. Hai...kementerian kan bagi makmal kat sekolah, sapa lagi yang nak jaga kalau tak kelulusan ICT ?
22. Kalau nak naik gaji, naik gaji untuk semua ler. Bukan semua kerja cikgu guna ICT. Takkan nak main sukan dalam komputer kot? Nak bertanding bahas pun nak pakai komputer?
23. kite pun nak naik gaji juge le.
24. Betul juga sekurang kurang nya dapat juga ganjaran untuk masa dan wang ringgit yang banyak dihabiskan untuk belajar
25. bayangkan orang yg tidak menpunyai ICT tetapi meniliki sijil tertinggi yg bukan untuk menjadi pengajar menjadi cigku sudah tentu guru yg memiliki ICT kena potong gajinya untuk menbayar gaji mereka(Non ICT)
26. Mengajarlah dengan penuh keikhlasan, penuh taqwa, penuh redha...semuanya kerana Allah. Kita ada ICT peringkat Ph.D pun kalau tak ikhlas mengajar, tak berkat gaji berjuta-enam pun!
27. cikgu adalah segalanya.oleh itu berilah dianaik gaji
28. guru adalah pendidik anak bangsa.Mereka perlu dibei ganjaran yang setimpal.
29. Takkan guru yang ada ICT peringkat Phd.D je yang naik gaji kot.... Guru lain yang mengajar dengan penuh ikhlas tuuuuu apa cerita????? Yang memang nak gaji tu lain cerita laaaa... SELAMAT HARI GURU 16 MEI 2002
30. tak semestinya guru yang mempunyai sijil ICT perlu naik gaji asalkan ikhlas hati
31. saya tidak sangat setuju kerana kalau guru itu berlagak dapat sijil ICT macam mana??siapa nak jawab kalau bukan aku juga
32. saya tidak sangat setuju kerana kalau guru itu berlagak dapat sijil ICT macam mana??siapa nak jawab kalau bukan aku juga
33. saya rasa guru patut diberi layanan yang setimpal kerana tak semestinya guru ada sijil ict tu dapat mengajar dengan baik.
34. because hey pay for it
35. because they sengaja go for the course
36. kalau guru tak nak ajar siapa lagi nak ajar kita kat sekolah saya memang setuju
37. saya setuju kerana guru adalah pembimbing kita. Walaupun asyik kena marah and kena pukul tapi sebenarnya guru menyayangi kita
38. buang masa dan duit sahaja
39. Bukan semua guru yang mempunyai sijil ICI, oleh itu guru yang mempunyainya adalah satu kelebihan dan patut diiktiraf dengan menaikkan gajinya
40. saya sangat setuju guru dinaikkan kerana guru adalah pembimbing kita. Walaupun guru memberi kita banyak homework..
41. tidak semua guru yang mengajar mempunyai sijil ICT jadi saya sangat bersetuju agar gaji para guru dinaikkan sebagai satu tanda pengiktirafan kepada mereka,para guru barisan pendidik.
42. saya sangat setuju jika gaji guru dinaikkan kerana guru adalah pebimbing kita . Guru juga membantu di atas segala kejayaan kita. Guru adalah ibu bapa kita di sekolah. Tanpa guru siapalah kita di sekolah.
43. Cikgu yang mempunyai sijil ICT patut dinaikkan gaji kerana mereka lebih berpengetahuan berbanding dengan guru yang tiada sijil ICT
44. Walaupun mempunyai sijil guru juga perlu terus menambahkan ilmu melalui pembacaan supaya lebih berketrampilan dalam pelbagai bidang dan tidak jumud dengan satu bidang sahaja.
45. Walaupun mempunyai sijil, guru juga perlu terus menambahkan ilmu melalui pembacaan supaya lebih berketrampilan dalam pelbagai bidang dan tidak jumud dengan satu bidang sahaja.
46. saya sangat setuju guru seharusnya dinaikkan lagi gaji mereka.ini kerana mereka telah memberikan ilmu yang baik kepada kita dan sanggup mengorbankan nmasa,tenaga dan diri mereka semata-mata untuk mendidik kita menjadi insan yang berguna kepada masyarakat dan negara.namun begitu ,guru perlu maenambahkan lagi ilmu mereka dan melengkapkan diri dengan ilmu yang canggih untuk menghjadapi cabaran wawasan 2020.lagipun guru yang mempunyai sijil ICT lebih wajar diberikan gaji yang setimpal dengan kelaytakam mereka.
47. saya tidak setuju kerana dengan memiliki sijil guru akan dinaikkan gaji. Bagaimana dengan kemahiran yang diperolehi. Jika sijil itu betul betul membuktikan kemampuan seseorang guru dalam bidang ICT, saya akan sokong 100 % tetapi jika sijil itu hanya sekeping kertas yang menyatakan kehadiran tanpa penilaian daripada pihak kementerian sendiri, saya bangkang sepenuhnya.Mungkin pendapat saya tidak berasas tetapi sijil itu tidak sepatutnya dijadikan perkara utama dalam kenaikan gaji tetapi kemahiran yang penting. tiada sebab untuk menaikkan gaji guru dengan adanya sekeping sijil kemahiran sedangkan guru-guru sepatutnya bersedia dengan perkembangan ICT tersebut. Guru-guru sekalian, tepuk dada, tanya selera....jangan mementing gaji semata-mata......
48. Saya tidak setuju dengan cadangan di atas kerana guru asyik cerita pasal naik gaji sahaja takan adakah cerita lain. misalnya cerita bagaimana cara hendak mengajar murid supaya cepat pandai belajar bahasa Inggeris supaya murid terutamanya pelajar melayu tidak menghadapi masalah dengan b. inggeris. ini asyik cerita pasal gaji sahaja, mana boleh ' lain jabatan pun nak naik gaji juga .
49. Saya tidak setuju dengan cadangan di atas kerana guru asyik cerita pasal naik gaji sahaja tak ada adakah cerita lain. misalnya cerita bagaimana cara hendak mengajar murid supaya cepat pandai belajar bahasa Inggeris supaya murid terutamanya pelajar melayu tidak menghadapi masalah dengan bahasa inggeris. ini asyik cerita pasal naik gaji sahaja, mana boleh ' lain jabatan pun nak naik gaji juga, tak kiralah ada sijil ke tak ada sijil.saya rasa kerajaan ini terlalu memnjakan sangat dengan tuntutan dari guru, ini tidak adil, memang tidak adil, cuba fikir sikit bik
50. guru ialah pekerjaan untuk mengajar bukan untuk gaji . Guru sepatutnya mencurahkan ilmu kepada anak murid mereka.
51. Kenaikan gaji merupakan motivasi kepada guru untuk terus menuntut ilmu dan mengikuti perkembangan terkini. Jika tidak guru tidak bersemangat untuk mencuba sesuatu yang baru dan mengaplikasikan kepada anak didiknya. Walaupun guru perlu ikhlas untuk menyampaikan sesuatu ilmu, namun adakah ilmunya mencukupi untuk didedahkan jika tidak tahu mengenai IT.
52. sepatutnya guru telah mahir dan tidak memerlukan sijil lain kerana kerjayanya datang dalam satu package dan jika diambil kira kerjaya lain , sentiasa mengambill pelbagai kursus tanpa kenaikan gaji, shats so special about teachers
53. Teachers please, stop thinking about pay increase every time you learn something new, others go to courses, attend training in IT did not get pay inc. or anything still we manage to do our work well and committed. Shame on you, knowledge is something you cannot value in RM ..... it is something you carry along with you for the rest of you life. Do not bargain knowledge with money, you should know better.

Terima kasih di atas respon pengunjung,
Webmaster