Format Terkini Penggunaan Bahasa
Kandungan Kertas Pemahaman
Bagi menghadapi UPSR, murid-murid tahun lima sekarang seharusnya sudah mengetahui selok-belok kertas pemahaman ini. Bagi mereka yang kurang faham tentangnya, dijelaskan serba-sedikit tentang kertas itu.

Dalam kertas pemahaman, soalan-soalan yang dikemukakan boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu berdasarkan pemahaman teks dan tatabahasa atau penggunaan bahasa.
Jumlah soalan bagi pemahaman teks ialah 20 soalan. Setiap teks yang diberi diikuti lima soalan.
Jumlah soalan bagi tatabahasa pula ialah 30 soalan. Soalan tatabahasa ini merangkumi semua aspek penggunaan bahasa, termasuk penjodoh bilangan, sinonim dan antonim, ayat yang sama makna dan sebagainya.
Masa yang diperuntukkan untuk menjawab 50 soalan kertas pemahaman ini ialah satu jam.
Jawapan yang diberi, semuanya dalam bentuk aneka pilihan. Oleh itu, pilihlah jawapan yang paling sesuai.
Jawablah soalan-soalan yang lebih mudah dahulu, kemudian baru selesaikan soalan-soalan yang sukar.
Menyemak jawapan yang dipilih sebelum masa ujian berakhir adalah langkah bijak. Ini memberi peluang anda membaiki kesalahan

Soalan Penggunaan Bahasa untuk peperiksaan UPSR ialah 30 soalan .
• soalan berbentuk objektif
• empat pilihan jawapan A, B, C, dan D
 
penggolongan Kata
• kata nama
• kata ganti
• kata bilangan
• penjodoh bilangan
• kata sendi
• kata adjektif
• kata kerja
• kata keterangan
• kata hubung
• kata seru
• kata sandang
 
Antonim dan Sinonim
 
Pembentukan Kata
• pengimbuhan
• penggandaan
• pemajmukan
 
Ayat
• menentukan ayat yang sama maksudnya
• menentukan jawapan bagi ayat tanya
• menentukan ayat tanya bagi jawapan yang diberikan menentukan ayat yang betul penggunaan katanya
 
Peribahasa
• simpulan bahasa
• perumpamaan .
• bahasa kiasan
 
Kesalahan Umum Tatahasa
• penggunaan kata
• frasa
• pengimbuhan
• ayat
Oleh itu, peluang yang ada ini diharap tidak diabaikan dengan melakukan kegiatan yang tidak berfaedah.