MOTIVASI
BERTERUSAN
Satu
Impian Lebih Baik Dari Seribu Mimpi, Satu Kesedaran Lebih Baik Dari Seribu
Impian,
Satu Tindakan Lebih Baik Dari Seribu Kesedaran, Satu Matlamat Lebih Baik Dari
Seribu Tindakan,
Satu Keihklasan Lebih Baik Dari Seribu Matlamat.
Mulakanlah Walaupun Sedikit, Melencong Seinci Rugi Seribu Batu '
KEAZAMAN UNTUK BERJAYA
di atas kegagalan anda semalam
binalah bangunan hidupmu buat hari esok
letakkan batu-bata tujuan yang teguh, dan
sediakan puing-puing raksasa dari kejatuhanmu yang silam,
ukirkan menara-menara yang hebat, bagi
membenam lembah-lembah air mata kehampaan.
Usahalah dengan sabar, walaupun usaha anda itu perlahan.
Namun dari hari ke sehari, binaan itu akan tumbuh cemerlang.
Percayalah kepada Tuhan, dan dengan penuh keyakinan,
Bahawa anda akan berjaya dari apa yang anda usahakan. (penulis)
Berjayalah
orang-orang beriman iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya dan mereka
yang menjauhkan diri daripada perbuatan dan perkataan yang sia-sia
( Al-Muminun :1-3 )
Allah
tidak melihat rupa dan kekayaan anda Allah melihat hati dan amal anda
(Hadis Nabi)
Penawar
yang paling mujarab ialah rajin
(Iman Ghazali 1058 - 1111)
Tiap-tiap
bertambah ilmuku akan bertambah pula keinsafan bahawa
terlalu banyak yang aku tidak tahu
(Iman Syafie 767 820 m )
Gantunglah
cita-citamu setinggi bintang di langit
(Soekarno 1901 1970)
Demi
kejayaan rebutlah
Mudamu sebelum tua,
Sihatmu sebelum sakit,
Kayamu sebelum fakir,
Lapangmu sebelum sibuk,
Hidupmu sebelum mati
(Hadis Nabi Riwayat AL-Bukhari 194 256 H)
Fikiran
hanya tumbuh kalau dipergunakan dan surut kalau dibiarkan menganggur
(Iman Syafie 767 820 M)
Tanpa
disiplin yang tinggi seseorang itu terdedah kepada penyimpangan matlamat
(Tun Hussein Onn 1922 1990 )
Rahsia
kejayaan ialah ketekalan tujuan
(Benjamin Disraeli 1804 1881)
Take
a moment now to dream and to think what you really want for your life
(Anthony Robbins 1986 - )
Tidak
ada yang mustahil bagi yang berani mencuba
(Iskandar Zulkarnain 356 323 sm)
Jika
matlamat anda jelas anda boleh mencapainya dengan mudah
(Lao Tzu 604 531 sm)
Belajar
tanpa berfikir adalah sia-sia ; berfikir tanpa belajar
adalah berbahaya
(Confucius 551-479 sm)
Orang
yang menyisihkan diri daripada pergaulan tidak akan mencapai kemajuan.
Pergaulan itu mencerdaskan dan menajamkan ingatan
(Aristotle)
Tidak
cukup mempunyai minda yang baik yang penting menggunakannya dengan baik
(Rene Descartes 1596 1650)
Tiada
hari yang terlalu panjang bagi mereka yang suka bekerja
( Seneca Pujangga Rom )
(Sir Richard Steele 1672 1729)
Jangan
biarkan ayam di kepuk mati kelaparan itik di air mati kehausan
( Aminuddin Baki )
Lebih
besar kesulitan yang kita alami lebih besarlah kejayaan yang akan
kita capai
(Marcus Tullius Cicero 106 42 sm)
Setiap
kerja yang besar itu pada mulanya adalah mustahil
(Thomas Carlyle)
Sesiapa yang membaca dan mengamalkan apa yang dibaca akan memerintah dunia (Napoleon Bonaparte 1769 1821)
Minda
yang kerdil umpama pokok yang kerdil tidak boleh berbuah dan berbunga
(Prof Diraja Ungku Aziz 1992 )
Lebih
baik mencucuh sebatang lilin daripada mengutuk kegelapan
(Peribahasa Cina)
Kejayaan
tidak boleh diukur dengan kedudukan yang dicapai seseorang tetapi melalui
halangan-halangan yang ditempuhi semasa mendaki tangga kejayaan
(Brooker T. Washington 1856 1915)
Kita
tidak boleh berjaya sekiranya kita mengatakan kita akan gagal
(Dr Mahathir Mohamad 1925 - )
Memulakan
sesuatu itu adalah hebat tetapi menyelesaikannya adalah lebih hebat
(H.W. Longfellow 1807 1882 )
Akar
pendidikan memang pahit tetapi buahnya manis
(Aristotle 384 322 sm)
Di
mana ada kemahuan di situ ada jalan
(Pepatah Melayu )
"Jangan berasa rugi hari ini kerana mengeluarkan sedikit modal tetapi anda pandanglah keuntungan besar yang anda akan kecapi esok hari "
"Setiap idea yang buruk akan menjadi terbaik jika diusahakan "
"
Kebanyakan orang gagal bukan disebabkan kegagalan itu sendiri tetapi disebabkan
mereka takut gagal "
Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir
Kemakmuran
dan kesejahteraan hidup akan tercapai apabila manusia
menggunakan
segala tenaga yang dibekalkan itu dengan niat yang betul dan dengan
cara yang tidak bertentangan dengan syariat, maka ianya menjadi ibadat.
Dengan demikian manusia bukan sahaja akan menikmati manfaat di dunia bahkan mendapat balasan yang
kekal di akhirat. Manusia seperti ini merupakan makhluk yang menghuni syurga
yang mendapat dua hasanah hasanah di dunia dan hasanah di akhirat