*Rima bermaksud "Suku Kata terakhir dalam sesuatu baris.
PantunPantunPantunPantunPantun
Contoh Pantun 1:
Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji diatas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.
Contoh 2
Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Kami murid baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.
Contoh 3
Pulau Pandan jauh le temgah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.
Pada kebiasaannya Rima pantun adalah "abab".
Baris dalam setiap rangkap ialah empat atau enam atau lapan.
Catatan: "abab" bermaksud Rima akhir pada baris pertama adalah sama dengan baris ketiga. Manakala Rima akhir pada baris kedua adalah sama pada baris keempat.
*Rima bermaksud "Suku Kata terakhir dalam sesuatu baris.
Catatan:
Berdasarkan puisi ini (contoh 1), Rima akhir dalam dalam baris pertama ialah "yar", sama seperti dalam baris ke tiga iaitu "yar". Manakala Rima akhir dalam baris kedua ialah "ti", juga sama dalam baris keempat iaitu "ti" .
Puisi ini mengandungi empat baris dalam satu rangkap.
Oleh itu, kita dapat membuat kesimpulan
bahawa puisi ini adalah jenis PANTUN
( berdasarkan kepada rima akhir dan bilangan baris dalam satu rangkap)
Bincangkan pula rima akhir dalam contoh 2 dan contoh 3....