Make your own free website on Tripod.com
Petikan


         Tersebutlah kisah satu cerita,
         Seorang anak yang telah berjaya,
         Hidupnya senang lagi bahagia,
         Kerana kecilnya gigih berusaha.

         Datang sekolah tiadalah jemu,
         Walaupun kurang pensel dan buku,
         Hasratnya gigih menuntut ilmu,
         Kelak membantu ayah dan ibu.

         Disematnya azam di dlam hati,
         Kepada keluarga mahu berbakti,
         Adik-beradik pun ramai lagi,
         Dia mesti hidup berdikari.

         Siang dan malam membaca buku,
         Menulis mengira satu persatu,
         Membuang masa tiadalah mahu,
         Agar dadanya dipenuhi ilmu.

         Penat berusaha bertungkus lumus,
         Setiap ujian semuanya lulus,
         Bekerja dan belajar hendaklah terus,
         Mohon petunjuk Tuhan yang kudus.

         Demikian coretan sebuah kisah,
         Menjadi senang sesudah susah,
         Janganlah kita mudah menyerah,
         Gigih berusaha membawa tuah.