Kata perintah

 

Kata perintah ialah perkataan yang digunakan untuk menunjukkan arahan. Kata perintah boleh ditambah partikel –lah di belakangnya.

 

 

 

contoh

 

Jangan

Sila

tolong

Harap

usah

jemput

Minta

 

 

 

Contoh ayat

 

1.        Jangan tolak meja itu ke situ.

2.        Silalah datang ke rumah saya jika ada masa lapang.

3.        Tolong buang sampah ke dalam tong sampah.