Kata Penguat

 

1.        Kata Penguat ialah perkataan yang digunakan untuk menguatkan maksud kata adjektif.

2.        Kata penguat boleh hadir sebelum atau selepas kata adjektif.

3.         

Contoh

Paling

Agak

Sungguh

Amat

Terlalu

Nian

Benar

Paling

 

 

4.        Kata penguat seperti agak, pling, dan terlalu diletakkan sebelum kata adjektif.

5.        Kata penguat seperti sekali, benar, dan nian diletakkan selepas kata adjektif.

6.        Kata penguat seperti sangat, amat, dan sungguh bleh diletakkan sama ada sebelum atau selepas kata adjektif.

 

 

Contoh

1.        Murid yang paling pintar di sekolah ialah Latipah.

2.        Pemandangan di tepi pantai itu sungguh indah.

3.        Suhu di kawasan kutup amat sejuk.

4.        Kereta api itu sangat laju.

5.        Kereta itu laju sangat.