Kata Nama
Perkataan NAMA terbahagi kepada dua bahagian yang
besar iaitu NAMA BETUL dan GANTINAMA dan satu lagi dipanggil NAMA TERBITAN.
a) Kata Nama Am ( Betul atau Biasa )
b) Kata Nama Khas
c) Kata Ganti Nama
d) Kata Nama Terbitan
e) Kata bilangan
Nama Betul
Nama betul dibahagi kepada dua jenis iaitu Nama
Am dan Nama Khas.
Nama Am
Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk
menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesutu yang
tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya.
Dengan kata lain perkataan Nama Am digunakan bagi
menyebut sesuatu secara am atau umum.
Manusia , orang |
ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor,
askar dll |
binatang |
ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan
dll |
tumbuh- tumbuhan |
pokok, betik, rumput, lalang dll |
benda |
pasir, kayak, radio, rumah. Motorkar, pen,
buku, dll |
tempat |
pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar,
negeri dll |
3. Kata nama am dapat dibahagikan kepada kata
nama yang:
(a) konkrit,
iaitu nama sesuatu yang dapat dipegang, atau dapat dirasa, atau dapat dilihat
(b) abstrak,
iaitu nama sesuatu yang hanya dapat dibayangkan atau dikhayalkan.
4. Kata nama am konkrit dan abstrak boleh terdiri
daripada kata asal dan kata nama terbitan.
5. Berikut adalah beberapa contoh kata nama
terbitan:
buai ‑ buaian
tea ‑ ketua
raja ‑ kerajaan
tahu ‑
pengetahuan
Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan
huruf kecil melainkan pada awal ayat.
Contoh:
Dia sedang menjinakkan seekor gajah. |
Pada akhir ayat |
Gajah itu berbadan besar. |
Pada awal ayat |
Kata Nama Khas
1. Kata
nama khas ialah kata nama yang khasnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu
benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa.
2. Benda‑benda
yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang. Benda‑benda yang
tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya.
Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut
sesuatu yang tertentu, khusus atau khas.
a)
a)
benda; misalnya : Seri Aman, Volvo, Parker 45,
Hikayat Hang Tuah, dll
b)
b)
orang; misalnya : Cik Rafidah, Inspektor Azman,
Dr. Long dll
c)
c)
binatang ; misalnya : Blacky, Pak Belang, Sang
Kancil,dll
d)
d)
tempat ; misalnya : Kampung Bahru, Shah Alam,
Kuala Lumpur dll
Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini
hendaklah ditulis dengan huruf besar.
manusia |
Zaidi, Mei Fong, Subramaniam |
binatang |
Tompok (kucing), Jalak (ayam) |
tempat |
Muar (daerah), Seremban (bandar), Jepun (negara) |
bangunan |
Pudu Raya (perhentian bas dan teksi), Menara Tun Razak (pejabat) |
judul buku |
Keluarga (majalah), Rentong (novel), Kamus Dewan ( buku) |
benda |
Proton Perdana (kereta), Pilot (pen), Seiko (jam) |
Perbandingan Kata Nama Am dan Kata Nama Khas
Kegunaan |
Kata Nama Am |
Kata Nama Khas |
Benda |
bangunan kereta buku sekolah |
Bangunan Tabung Haji Proton Saga Bahasa Melayu S.K. Darau |
Orang |
doktor kerani guru budak lelaki |
Doktor Efendi Puan Zainun Cikgu Azmi Muhamad Fauzi |
Binatang |
kucing lembu katak ayam burung |
Si Tompok Lembu Sapi Katak Puru Ayam Belanda Burung Murai |
Tempat |
negeri bandar kampung tasek |
Terengganu Jerteh Kampung Pasir Akar Tasek Perdana |
Tumbuhan |
pisang cili jambu limau |
Pisang Emas Cili Padi Jambu Batu Limau Kasturi |
Kata nama Terbitan
Kata nama Terbitan wujud apabila kata nama am
diberi imbuhan.
Imbuhan yang membentuk kata nama terbitan boleh
diletakkan :
di
awal kata ( awalan )
di
akhir kata ( akhiran )
di
awal dan di akhir kata ( apitan )
Sila teliti contoh-contoh imbuhan :
di awal kata |
pe- , pem-, pen-, peng-, penge-, per-, dan ke- |
di akhir kata |
-ita, -man, -wati, -an, dan -wan |
di awal dan di akhir kata |
per- … -an, penge-…-an, peng-….-an, pen-…-an,
pem-….-an, pe-….-an, dan ke-…-an |
Kata dasar yang diberi imbuhan untuk dijadikan
kata nama terbitan terdiri daripada beberapa kelas iaitu :-
kelas kata |
kata dasr |
kata terbitan |
kata kerja |
peraga latih bawa lawan |
peragawati latihan pembawaan perlawanan |
kata sendi |
oleh untuk |
perolehan peruntukan |
kata nama |
lombong rumah guru |
perlonbongan perumahan perguruan |
kata adjektif |
cantik besar tinggi |
kecantikan pembesar ketinggian |
Ganti Nama
Perkataan Ganti Nama ialah perkataan yang
menggantikan perkataan NAMA. Perkataan Gantinama ini dibahagikan kepada lima
bahagian iaitu Gantinama Diri, Gantinama Umum, Gantinama Pertanyaan, Gantinama
Petunjuk dan Gantinama Sendi.
Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk
menggantikan kata nama orang
2. Kata
ganti diri terdiri daripada:
(a)kata ganti diri (pertama, kedua, dan ketiga);
(b)kata ganti diri singkat;
(c) kata ganti tanya;
(d) kata ganti tempat; dan
(e) kata ganti tak tentu.
Gantinama Diri
Kata Ganti Diri
Pertama
1. Kata
ganti diri pertama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan diri orang yang
bercakap.
2. Kata
ganti diri pertama terbahagi dua, iaitu yang berbentuk tunggal dan yang
berbentuk jamak.
Kata
Ganti Diri Pertama |
Penggunaannya |
aku
(tunggal) |
digunakan
apabila bercakap dengan kawan biasa atau dengan Tuhan |
saya
(tunggal) |
digunakan
apabila bercakap dengan seseorang yang baru dikenal atau dalam suasana rasmi |
hamba (tunggal) |
digunakan pada diri sendiri pada zaman dahulu |
patik (tunggal) |
digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan
raja atau sultan |
beta (tunggal) |
digunakan oleh raja atau sultan apabila
bertitah kepada rakyat |
kami (jamak) |
digunakan kepada diri orang yang berkata serta temannya apabila bercakap dengan orang kedua |
kita (jamak) |
digunakan kepada diri sendiri dan menyertakan
diri orang kedua |
Gantinama Diri Bilangan Tunggal dan Bilangan
Banyak
Bentuk |
contoh kata nama diri pertama |
tunggal |
beta, patik, aku, saya |
jamak |
kita, kami, kita orang |
Kata ganti nama Diri Kedua
Kata ganti diri kedua digunakan ketika kita
berbual dengan seseorang.
Kata ganti ini boleh dipecahkan kepada dua
bentuk, iaitu bentuk tunggal dan bentuk jamak seperti berikut :
Bentuk |
contoh kata Ganti Diri kedua |
|||
Tunggal |
tuanku, wak, kamu, anda, engkau |
|||
Jamak |
kalian |
|||
|
Kata Ganti Diri Kedua |
Penggunaannya |
|
|
|
anda (tunggal) |
digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak berhadapan dengan kita |
|
|
|
awak (tunggal) |
digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita |
|
|
|
engkau (tunggal) |
digunakan untuk diri orang kedua yang rapat
hubung- annya dengan kita dan dengan Tuhan juga |
|
|
|
tuanku (tunggal) |
digunakan apabila bercakap dengan sultan dan
raja |
|
|
|
kalian (jamak) |
digunakan untuk beberapa orang yang diajak
bercakap |
|
|
|
kamu (tunggal dan jamak) |
digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita |
|
|
Contoh ayat yang menggunkan kata ganti diri kedua
1. Awak pekerja yang patuh
2. Kamu semua adalah murid yang baik
3. Guru mencari engkau.
4. Anda semua dinasihati membaca soalan dengan
teliti
5. Tunku akan bersiram sekejab lagi.
Kata Ganti diri ketiga
kata ganti diri ketiga ialah bagi merujuk kepada
orang ketiga,kata-kata seperti mereka, beliau, baginda hendaklah digunakan.
Kata ganti diri ketiga boleh dipecahkan kepada
dua bentuk.
Bentuk |
Contoh kata ganti diri ketiga |
|||
tunggal |
ia, dia, beliau, baginda |
|||
jamak |
mereka |
|||
|
Katy Ganti Diri Ketiga |
Penggunaannya |
|
|
|
baginda (tunggal) |
digunakan untuk raja dan sultan |
|
|
|
beliau (tunggal |
digunakan untuk orang yang kita hormati,
misalnya ibu bapa, guru, dan pemimpin |
|
|
|
dia dan ia (tunggal) |
digunakan untuk orang yang umum seperti orang
biasa dan rakan |
|
|
|
mereka (jamak) |
digunakan untuk orang yang bilangannya lebih
daripada seorang |
|
|
Contoh ayat yang menggunakan kata ganti diri
ketiga.
1. Dia pegawai pendiaikan
2. Mereka itu orang India.
3. Beliau banyak membantu penduduk di situ.
4. Ia diburu oleh pihak polis.
5. Baginda sedang bertitah di atas singgahsana.
6. Dia menolong bapanya.
kata Sang Murba kepada Sang Samba.
7 "Sekiranya dada halangan, ……. akan
berangkat esok pagi ,” kepada bendahara.
8 "Sertailah peraduan ini. berpeluang
memenangi pelbagai hadiah yang lumayan," kata pengacara itu.
9 Wakil rakyat akan merasmikan mesyuarat itu. jam
lagi.
10 " tunggu di sini. Biar kusiasat perkara
itu dahulu," kata Bagok kepada pengikut‑pengikutnya.
Ringkasan
Kata
Ganti Nama Diri |
Tunggal |
Bilangan
Banyak / Jamak |
Diri Pertama ( Orang yang bercakap ) |
aku saya patik hamba |
kami kita |
Diri Kedua ( Orang yang dilawan bercakap ) |
awak kamu engkau encik cik saudara saudari tuan puan anda tuanku |
awak semua kamu semua saudara sekalian saudari sekalian encik-encik cik-cik tuan-tuan puan-puan anda semua kalian |
Diri Ketiga ( Orang yang diceritakan halnya) |
dia ia nya beliau baginda |
mereka |
Kata Ganti Tanya
1. Kata ganti tanya ialah perbuatan untuk
menggantikan nama benda, orang, tempat, masa, bilangan dan hal dengan maksud
pertanyaan.
2. Kata ganti nama pertanyaan ditambah “kah” dan
tanda soal.
3. Digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya.
Benda |
Orang |
Tempat |
Masa |
Hal |
Bilangan |
|||
apakah |
siapakah |
manakah |
bilakah |
bagaimanakah kenapakah mengapakah |
berapakah |
|||
|
Kata
Ganti Tanya |
Penggunaannya |
|
|||||
|
apa |
digunakan untuk menanyakan nama benda atau bilangan |
|
|||||
|
siapa |
digunakan untuk menanyakan orang atau nama
orang |
|
|||||
|
mana |
digunakan untuk menanyakan orang, binatang,
benda, dan tempat |
|
|||||
Contoh ayat
1. Bilakah engkau pergi ke bandar ?
2. Mengapakah kamu tidak datang semalam ?
3. Murid-murid di dewan itu berapa orang ?
4. Nama pokok itu apa ?
5. Pemuda kacak itu siapa ?
Kata Ganti Tempat
1. Kata ganti tempat digunakan untuk mengganti
nama tempat.
2. Contoh kata ganti tempat dan penggunaannya
adalah seperti yang berikut:
|
Kata Ganb Tempat |
Penggunaannya |
|
|
|
sana |
digunakan untuk tempat yang dianggap jauh |
|
|
|
sini |
digunakan untuk tempat yang dekat dengan orang yang bercakap |
|
|
|
situ |
digunakan untuk tempat yang agak jauh, tetapi
tidak sejauh sana |
|
|
Benda, orang, Binatang |
ini, itu |
|||
Tempat |
sini ( Digunakan bagi tempat yang hampir /
dekat dengan penutur) sana ( Digunakan bagi tempat yang dianggap
jauh.) situ ( Digunakan bagi tempat yang tidak begitu
jauh) |
|||
Keadaan |
begini, begitu, demikian |
|||
contoh ayat
1. Ini langsat.
2. Itu kucing.
3. Pokok itu rendah sahaja.
4. Kereta Proton Wira ini cantik.
Kata Ganti Umum / Tak Tentu
Kata ganti umum/ tak tentu ini wujud daripada
penggandaan kata ganti tanya seperti apa, siapa, dan mana. Siapa-siapa boleh
bertukar sesiapa.
Kata ganti umum ini digunakan dalam ayat penyata
dan ayat perintah sahaja.
Kata Ganti Nama Penunjuk
Perkataan yang digunakan untuk menunjuk sesuatu
benda, orang, tempat dan cara.
1.
1.
Kata itu dan ini disebut sebagai kata ganti
tunjuk
2. Fungsi kata ganti tunjuk adalah sebagai:
(a)
(a) subjek
dan letaknya di depan kata nama. Contohnya:
i.
i.
Ini komputer.
ii. ii.
ii. Itu
rumah Sally.
(b) penentu
dan letaknya di belakang kata nama. Contohnya:
i. Kotak ini berat. ii. Says belajar. di sekolah
itu.
2.8 Kata Ganti tak tentu.
1.
Kata ganti talk tentu menunjukkan
sesuatu
atau seseorang secara tidak tentu
2. Contoh
kata ganti tak tentu serta penggunaannya adalah seperti yang berikut:
Kata
Ganti Umum / Tak Tentu |
Ayat-ayat
contoh |
|||
apa-apa |
1. Entah apa-apa yang dibawanya 2. Azman tidak berkata apa-apa setelah dimarahi
gurunya. |
|||
Siapa-siapa |
1. Tidak ada siapa-siapa dalam bangunan itu. 2. Siapa-siapa saja boleh menjaksikan
pertunjukan itu. |
|||
Mana-mana |
1. Jangan ke mana-mana , duduklah di sini
sahaja. 2. Pilihlah mana-mana pakaian yang awak suka. |
|||
|
Kata
Ganti Tak Tentu |
Penggunaannya |
|
|
|
sapa-sapa |
digunakan untuk benda atau hal yang tidak tentu |
|
|
|
mana-mana, masing-masing, seseorang,dan sesuatu |
digunakan untuk tempat atau benda yang tidak
tentu |
|
|
|
siapa-siapa atau sesiapa |
digunakan untuk menggantikan orang yang tidak
tentu |
|
|