Kata Bilangan
1. Perkataan yang digunakan untuk menyatakan
banyak atau bilangan sesuatu.
2. Kata bilangan ada tujuh jenis, iaitu:
Jenis
Kata Bilangan |
contohnya |
kata bilangan tentu |
satu, dua, tiga, dan seterusnya |
kata bilangan talk tentu |
beberapa, segala, seluruh, sekalian, setengah- setengah, dan sebagainya |
kata bilangan pecahan |
suku, setengah, separuh, tiga suku, dan
sebagainya |
kata bilangan pisahan |
setiap dan tiap-tiap |
kata bilangan himpunan |
kedua-dua, ketiga-tiga, berpuluh-puluh,
berminggu-minggu, berbulan-bulan, ribuan, dan sebagainya |
kata bilangan tingkat |
pertama, kedua, ketiga, dan seterusnya |
kata bilangan tanya |
berapa |
Jenis
Kata Bilangan |
contoh |
Kata bilangan himpunan 1. Menunjukkan bilangan yang tertentu. 2. Boleh diikuti dengan penjodoh bilangan. 3. Menunjukkan sesuatu bilangan secara
himpunan. |
1. satu,dua tiga, sepuluh 2. Dua ekor kambing. 3. keempat-empat, berpuluh-puluh, berjuta-juta,
berabad-abad 4. Kebun Pak Abu menghasilkan berbakul-bakul
durian setiap tahun. |
Kata bilangan tak tentu 1. Menunjukan bilangan yang tidak tentu. |
1. segala, semua, para, beberapa, seluruh 2. Segala maklumat akan dikumpulkan. |
Kata bilangan tingkat 1. menunjukkan giliran atau urutan dalam
sesuatu jumlah. |
1. pertama, kedua, ketiga 2. Abu mendapat tempat ketiga sahaja dalam
peraduan melukis. |
Kata bilangan pecahan 1. Menunjukkan bilangan berbentuk pecahan. |
1. setengah. sepertiga, dua pertiga, seratus
peratus 2. Hanya sepertiga ibu bapa murid Tahun Enam
yang hadir ke majlis itu. |
Kata bilangan pisahan |
1. Masing-masing, tiap-tiap, setiap 2. Setiap orang dikehendaki membayar yuran
sekolah dengan segera. |