Karangan
Jenis Ucapan
1.
ucapan dibuat untuk majlis perasmian, perpisahan, meraikan seseorang,
atau mengingati hari tertentu.
2.
mulakan karangan ucapan dengan kata-kata alu-aluan dan mengakhirinya
dengan ucapan penutup.
3.
nyatakan tujuan ucapan.
4.
Ucapan biasanya lebih kepada tertumpu kepada penerangan, pujian, atau
penghargaan.
5.
pastikan isi-isi yang hendak disampaikan itu menyakinkan dan dapat menarik
perhatian para hadirin.
6.
bayangkan seolah-olah kamu sedang memberi ucapan dalam satu majlis yang
sebenar.
7.
Kamu boleh menyelitkan pantun, ungkapan atau peribahasa untuk menyedapkan
ucapan sama ada pada permulaan atau penutupnya.
8.
mesti di tulis mengikut format ( terpesong format , tolak 3 markah )
a] kata - kata aluan ( jika tidak ada , tolak 1 markah )
b] kata penegasan contoh Tuan-tuan dan puan-puan sekalian dan sebagainya
( jika tiada tolak 1 markah )
Soalan
: Anda telah terpilih untuk mewakili rakan-rakan anda untuk memberi ucapan dalam
perhimpunan sempena sambutan ‘Hari Guru’ di sekolah anda. Tuliskan ucapan tersebut.
Pengenalan
:
-kata-kata aluan kepada hadirin
-terima kasih kerana diberi peluang berucap
Perenggan
ke-2 -tujuan diadakan perayaan itu
-jasa dan bakti guru
Perenggan
ke-3 -pengorbanan guru besar sekali
-tanpa guru , pengajaran dan pelajaran tidak sempurna
-guru patut dikenang dan disanjung tinggi
Perenggan
ke-4 -guru membimbing dan mendidik kita
-kita mesti belajar bersungguh-sungguh agar tidak menghampakan harapan
mereka
Penutup
-ucapan terima kasih kepada semua guru
-ucapan selamat menyambut ‘Hari Guru’
UCAPAN
HARI GURU
Assalamualaikum.
Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, Yang dihormati Tuan Guru Besar, guru-guru dan seterusnya rakan-rakan sekalian.
Terlebih dahulu saya berterima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis kerana
memberi peluang kepada saya untuk berucap dalam majlis yang mulia ini.
Hadirin
sekalian,
Sebagaimana yang kita maklum Hari Guru disambut pada
16 Mei 1997 Perayaan yang seumpama ini disambut setiap tahun. Tujuan
perayaan ini adalah untuk mengenang dan
menghargai jasa serta bakti guru-guru selama ini.
Pengorbanan guru terhadap kita besar sekali. Tanpa guru , kita sudah
tentu susah untuk mendapatkan pelajran dan pengajaran dengan sempurna. Guru
ibaratkan sebagai sebatang lilin yang sanggup membakar diri demi murid-muridnya.
Oleh itu jasa guru patutlah dikenang dan disanjung tinggi.
Guru adalah seperti ibu bapa kita sendiri . Mereka membimbing dan mendidik
kita supaya menjadi orang yang berguna. Oleh itu marilah kita semua belajar
dengan bersungguh-sungguh agar tidak menghampakan harapan mereka.
Hadirin
sekalian
Terima kasih saya ucapkan kepada guru-guru yang telah mengajar , mengasuh
dan mendidik kami tanpa jemu. Akhir sekali, kami meminta ampun di atas segala
kesilapan yang dilakukan oleh kami selama ini. Sekali lagi saya ucapkan selamat
menyambut Hari Guru.
Sekian, terima kasih.
Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar,
Yang Diraikan guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Saya mengucapkan terima
kasih kerana diberi peluang berucap di majlis ini.
Saya berasa bangga dan gembira kerana dapat menyambut Hari Guru pada
hari ini. Kita semua patut bersyukur kerana dapat bertemu pada hari yang mulia
ini. Saya mengucapkan Selamat Hari Guru kepada guru-guru.
Rakan-rakan
sekalian,
Kita semua harus berterima kasih di atas segala jasa yang guru kita
berikan. Jasa mereka terlalu banyak. Kita haruslah menghargainya dengan sebaik-baiknya.
Kami doakan supaya guru-guru dirahmati Allah s.w.t. Semoga dipanjangkan
umur dan sentiasa berada dalam keadaan bahagia selalu.
Kami juga ingin meminta maaf di atas segala kesilapan yang dilakukan.
semua orang yang pernah melakukan kesalahan. Kami harap guru-guru dapat memaafkan
kami. Kami berjanji akan patuh kepada semua arahan guru.
Akhir kata , saya ingin sekali lagi mengucapkan selamat Hari Guru.
semoga kita dapat berjumpa lagi di majlis seperti ini di tahun-tahun akan
datang. Sekian, terima kasih.
UCAPAN
PELAJAR CEMERLANG
Assalamualaikum,
Yang
Mulia Tuan Pengerusi Majlis,Yang Berusaha Tuan Haji Nawi Jaafar, guru-guru
dan rakan -rakan sekalian.
Saya
ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis kerana
sanggup memberi peluang kepada saya untuk berucap dalam majlis yang
mulia ini.
Rakan-rakan
sekalian,
Saya
berasa terharu dan ingin mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa pemilihan
kerana memilih saya sebagai pelajar cemerlang Sekolah Kebangsaan Darau pada
tahun ini.
Guru-guru
sekalian,
Terima
kasih juga saya ucapkan kepada
guru-guru kerana telah mengajar dan mendidik saya sehingga berjaya dalam UPSR
dan di pilih pula sebagai pelajar cemerlang.Sebenarnya kejayaan saya ini bukanlah
hasil saya seorang tapi dengan adanya usaha guru saya berjaya.
Tidak
lupa juga kepada ibu bapa yang selalu mendorong saya sehingga mencapai kejayaan
seperti hari ini.Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka.
Tidak
lupa juga kepada rakan-rakan kerana selalu bekerja sama membantu dalam pelajaran
dan bertukar pendapat.
Akhir
sekali, kepada adik-adik, saya doakan supaya adik-adik berjaya dan belajarlah
bersungguh-sungguh dan janganlah berputus asa.
Sekian, terima kasih.
UCAPAN
TAHNIAH
Assalamualaikum.
Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, Yang Beruasaha Tuan Guru Besar, guru-guru,
yang diraikan Nor Azlina Binti Ahmad dan rakan-rakan sekalian.
Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Pengerusi
Majlis kerana memberi peluang untuk saya berucap di majlis yang mulia ini.
Rakan-rakan
sekalian,
Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah atas kejayaan yang dimiliki
oleh beliau. Saya berharap agar beliau bersyukur atas kejayaan ini.
Hadirin
sekalian,
Kita
semua ingin mengetahui bagaimanakah caranya beliau
membahagikan masa untuk belajar dan bermain. Saya berharap dengan cara
yang akan beliau berikan nanti, rakan-rakan akan meraih kejayaan yang cemerlang
seperti beliau.
Selama
ini beliau berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan seperti hari
ini. Hari ini beliau telah mencapai kejayaan dengan usaha gigih dan berkat
doa beliau sendiri berserta ibu bapanya.
Akhir
sekali, sebelum saya mengundur diri sekali lagi saya mengucapkan tahniah kepada
beliau. Teruskan usaha anda dan capailah kejayaan yang lebih cemerlang.
Sekian,
terima kasih.
UCAPAN
TAKZIAH
Assalamualaikum
.
Yang
Mulia Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berbahagia Tuan Guru Besar, guru-guru dan
rakan- rakan yang dikasihi sekalian.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis kerana
memberi peluang kepada saya untuk
berucap di pagi yang mulia ini .
Hadirin
sekalian,
Saya ingin mengucapkan takziah kepada Nurul Nadia binti Abdul Ghani
yang telah terlibat dalam kebakaran
baru-baru ini.
Saya berharap agar Nurul tidak terlalu sedih dan bersabar atas apa
yang menimpa diri Nurul. Sebenarnya ini adalah dugaan dari Yang Maha Esa.
Mungkin disebalik peristiwa ini ada hikmah yang
tersembunyi .
Kami sedia menghulurkan bantuan serta sumbangan jikalau Nurul memerlukan
apa- apa pertolongan. Saya bagi
pihak murid Tahun Enam menghulurkan bantuan sebanyak RM 100.00.
Untuk mengakhiri ucapan ini, sekali lagi saya ucapkan takziah.
Sekian, terima kasih.
Tip
Karangan
jenis ucapan tidak dipertandingkan. Elakkan daripada menyebut para hakim dalam
kata aluan.
Semua
karangan jenis ucapan dan syarahan mempunyai kata aluan yang hampir sama. Lihat
contoh di bawah. Cuba kamu perhatikan penggunaan huruf besar pada tempat yang
tertentu. Lihat juga penggunaan kata penegasan.
Contoh
:
Yang
Mulia Tuan Pengerusi Majlis, Yang Dihormati Tuan Guru Besar…………….
Contoh
:
Assalamualaikum.
Selamat pagi dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi
Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, guru-guru khususnya guru-guru Tahun Enam
dan pelajar sekalian.
Hadirin
yang saya hormati sekalian,
Tujuan saya berdiri di sini adalah untuk menyampaikan satu ucapan sempena
majlis perpisahan murid-murid Tahun Enam. Saya ingin mengucapakan ribuan terima
kasih kerana diberi peluang berucap di majlis ini.
Sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa tanpa kita sedari sudah enam
tahun masa berlalu dan sudah…..