Karangan Jenis Surat Tidak Rasmi ( biasa )

 

1.       Surat tidak rasmi ialah surat yang biasanya ditulis kepada ahli keluarga atau sahabat handai.

2.       Biasanya ditulis dengan tujuan unttuk memberitahu sesuatu perkara seperti antaranya ;

·         Surat ucap tahniah

·         Surat ucap takziah

·         Bertanya khabar berita

·         Menceritakan tempat-tempat menarik di Malaysia kepada sahabat

·         Pengalaman di tempat baru seperti di sekolah baru

·         Surat minta kebenaran ibu bapa / penjaga

·         Membalas surat yang dihantar oleh orang lain

dan sebagainya.

 

Tahukah kamu ?

Tarikh boleh ditulis dalam dua cara, iaitu

Cara A :      8 Februari 1998.

Cara B :      8 hb. Februari, 1998.

 

3.       Mulakan menulis surat dengan bertanyakan khabar dan menceritakan keadaan kesihatan penulis.

4.       Jika membalas surat, sebelum menanyakan sesuatu , terlebih dahulu jawab pertanyaan yang dikemukakan sebelum ini.

5.       Gunakan panggilan mengikut usia atau pangkat seperti :

nenda [datuk dan nenek] , ayahanda [ayah], ibunda / bonda [ibu], kekanda / kanda [abang dan kakak],

adinda [adik, baik lelaki mahupun perempuan] , anakanda [anak, baik lelaki atau perempuan], dan

cucunda [cucu].

6.       Jangan menggunakan ganti nama ‘aku’, ‘awak’, ataupun ‘kamu’.Sebaliknya gunakan ‘saudari’ atau ‘saudara’.

7.       Akhiri surat dengan salam, penghargaan, terima kasih dan keinginan untuk berutus surat lagi.

 

Format Surat Kiriman Tidak Rasmi

 

( Nama Penulis )............                  

( Alamat ).......................

.......................................

.......................................

Tarikh :

 

(Tertip menghadapkan surat kepada pihak yang menerima surat )   ..............................................................................................................................................................

.. ..............................................................................................................................................................

 

Saudara, (atau yang lain)

 

(Hal-hal yang ingin disampaikan / dinyatakan. Ada baiknya sesuatu isi disampaikan dalam perenggan yang berasingan)

..............................................................................................................................................................

..............................................................................................................................................................

.. ..............................................................................................................................................................

............................................................................................................................................................

................................................................................................................................................

 

Yang benar,

 

 

.................

( Nama Huruf Besar )

 

 

CONTOH KARANGAN

Soalan : Tulis sepucuk surat kepada seorang kawan kamu untuk mengajaknya datang ke rumah kamu pada hujung bulan ini kerana buah-buahan di kebun ayah kamu sedang berbuah.

 

1          Nama dan alamat pengirim (kanan)

2          Tarikh (kanan)

3          Kata hadap atau pembuka kata dan kata-kata pujian

4          Kata sapaan atau panggilan hormat (rapat ke garisan tepi dan koma)

5          Perenggan pertama        menyatakan tujuan surat itu ditulis

6          Perenggan ke-2 buah-buahan sedang masak

                                                ayah memajak sebahagian sahaja

                                                keluarga serta kawan-kawan dapat merasai

7          Perenggan ke-3 boleh ajak kelurga serta kawan-kawan bersama-sama

                                                terima kasih

8          Penutup

9          Tandatangan pengirim (kanan)

7          Perakuan diri (kanan)

 

                                                                                                                                               49, Kampung Darau,

              22000 Jerteh,

                                                                                                                                  Terengganu.

 

                                                                                                                                               2 Julai 1998.

 

Menemui sahabatku Noorhanim yang berada di Kampung Kuala Besut, semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera.

 

Saudari,

 

            Saya berharap saudari masih tidak melupai saya. Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk mengajak saudari datang ke rumah saya pada cuti hujung bulan nanti.

 

            Untuk pengetahuan saudari, buah-buahan di kebun ayah saya sedang masak. Buah-buahan pada musim ini sungguh menjadi, terutama manggis. Ayah saya memajakkan sebahagian sahaja. Selebihnya ditinggalkan supaya keluarga serta sahabat handai kami sama-sama dapat merasainya.

 

            Saya berharap Noor tidak keberatan untuk datang ke rumah saya. Kalau saudari suka , ajaklah keluarga serta kawan-kawan saudari datang bersama-sama. Boleh mereka sama-sama merasai keenekkan buah manggis, rambutan, langsat serta durian.

 

            Saya berharap saudari bersetuju dan memberitahu saya secepat mungkin. Saya akan menunggu kedatangan saudari itu.

 

            Sampai di sini sahaja yang sempat saya tuliskan. Akhir kata , sambutlah salam mesra daripada saya untuk saudari sekeluarga. Semoga kita dapat bertemu nanti.

 

Sekian , terima kasih.

                                                                                                                                      Yang benar,

                                                                                             Faridah

                                                                                                                                                ( FARIDAH OSMAN )

 

- mesti ditulis mengikut format ( jika tersalah format,         - tolak 3 markah )

a]       alamat  ( salah letak / jika tiada                                 - tolak 1 markah )

b]       tarikh  ( salah letak / jika tiada                                  - tolak 1 markah )

c]       kata sapaan             ( salah letak / jika tiada             - tolak 1 markah )

d]       tajuk / perkara  ( salah letak / jika tiada                      - tolak 1 markah )

e]       tanda tangan dan nama  ( salah letak / jika tiada        - tolak 1 markah )

 

Tahukah kamu ?

Tidak menjadi kesalahan jika tidak menulis nama selepas tandatangan jika kamu telah menulis nama penuh pada alamat di atasnya. Ada pendapat mengatakan, anda dianggap ‘ketinggalan zaman’ jika anda menulis nama pada alamat di atas sekali.

 

 

                                    PENGALAMAN  DI SEKOLAH BARU

 

294 , Kampung Darau,

Jalan Awek,

22000 Jerteh,

Besut,

Terengganu.

 

17 September 1997.

Assalamualaikum.

           

            Menemui sahabatku, Suzilaini yang kini berada di Kampung Minangkabau semoga berada di dalam situasi yang meyakinkan. Apa khabar saudari?

 

Saudari,

            Tujuan saya mengutus warkah yang tidak seberapa ini adalah untuk menceritakan tentang pengalaman saya di sekolah baru saya iaitu Sekolah Kebangsaan Darau.

 

            Pada hari pertama di sini, saya didaftarkan. Saya berkenalan dengan rakan-rakan sekelas. Mereka sungguh baik hati dan bersopan santun. Mereka juga selalu menolong saya ketika dalam kesusahan.

 

            Pada waktu rehat saya memerhati kawasan sekeliling sekolah  itu. Ia bersih dan kemas. Disiplin di sekolah itu juga ketat. Saya lihat, semua pelajar di sekolah berkenaan begitu mematuhi peraturan.

 

            Setakat ini sahaja yang dapat saya coretkan. Semoga bersua lagi di lain lembaran.

 

            Sekian, terima kasih.

 

Sahabatmu,

 

Yusni

(YUSNI AMRAN)

 

SURAT  MINTA  KEBENARAN

 

Dorm C,

Asrama Perkaya,

22300 Dungun,

Terengganu.

14 Mei 1997.

 

Assalamualaikum.        

 

            Menemui ayahanda yang dikasihi, semoga berada di dalam lindungan rahmat Ilahi.

 

Ayahanda,

            Apa khabar keluarga di sana? Anakanda berharap agar semuanya berada dalam keadaan sihat. Anakanda di asrama sihat sejahtera.

 

            Tujuan anakanda menulis surat ini ialah untuk meminta kebenaran ayahanda untuk menyertai  rombongan yang diadakan oleh sekolah anakanda. Rombongan ini akan melawat beberapa tempat  yang  menarik di sekitar Kuala Lumpur. Lawatan tersebut akan diadakan pada 13 Mei 1997.

 

            Untuk tujuan tersebut, anakanda memerlukan wang sebanyak RM 100.00 sebagai bayaran  tambang , penginapan,dan selebihnya sebagai wang saku.

 

            Akhir kata, sambutlah salam rindu daripada anakanda khas untuk ayahanda dan keluarga di sana.

 

            Sekian ,terima kasih.

                                                                                                                       

Anakanda yang jauh,

 

Saiful

(SAIFUL   ANWAR)

 

Soalan : Kamu mempunyai seorang sahabat yang bakal menduduki peperiksaan UPSR. Tuliskan sepucuk surat kepada sahabat kamu itu. Tanyakan tentang persediaannya dan seterusnya usaha-usaha yang kamu berdua lakukan untuk lebih berjaya dalam peperiksaan itu kelak.

 

127, Simpang Tiga Mawar,

22000 Jerteh,

Terengganu Darul Iman.

 

24 Mac 1997

 

            Ke hadapan sahabatku Halim yang berada di Kuantan, semoga di dalam keadaan sihat sejahtera.

 

Saudara,

 

            Kira-kira dua bulan lagi kita akan menghadapi peperiksaan UPSR. Mungkin ketika ini saudara telah bersedia. Saya beranggapan begitu kerana sajak dari dahulu lagi saudara mengamalkan prinsip iaitu belajar bersungguh-sungguh bagaikan esok hari peperiksaan.

            Saya juga berusaha mengamalakan prinsip saudara. Tetapi, saya ingin menambah, mungkin saudara bersetuju bahawa pembelajaran di kelas sahaja tidak mencukupi. Kita juga perlu rajin membaca surat khabar atau majalah untuk mempertingkatkan Bahasa Melayu. Bagi pelajaran lain seperti Matemtik, kita hendaklah rajin membuat latihan sendiri.

            Guru saya selalu menasihati agar kita jangan mudah berasa puas hati dengan ilmu di dada. Rajin-rajinlah membuat rujukan. Sehubungan dengan itu bersama-sama ini saya sertakan contoh-contoh soalan peperiksaan sekolah saya untuk rujukan saudara.

            Semoga kita sama-sama berjaya mendapatkan lima ‘A’ dalam peperiksaan UPSR kelak. Untuk mengakhiri lembaran ini , saya mengucapkan selamat maju jaya.

            Sekian sahaja. Terima kasih.

 

Sahabatmu,

 

Abdullah

( ABDULLAH