Karangan
Jenis Surat Rasmi
Surat
rasmi ditulis untuk tujuan-tujuan seperti yang berikut antaranya :
a.
memohon pekerjaan
b.
membuat aduan / bantahan / cadangan
c.
membuat rayuan
d.
membuat jemputan rasmi
e.
menempah barangan
f.
meminta kebenaran
g.
atau apa-apa yang melibatkan urusan rasmi
1.
Surat rasmi adalah salah satu karangan yang memerlukan kita sensitif
dengan penggunaan tanda baca seperti penggunaan huruf besar dan huruf kecil.
( Anda boleh dapatkan bantuan daripada guru. )
2.
Karangan ini juga merupakan karangan yang penuh dengan format tersendiri
yang mesti kamu ikuti. Ini memudahkan anda melakukan kesalahan serta mudahlah
markah anda melayang. Ia juga memudahkan anda mendapat markah jika anda mahir
dengan formatnya.
3.
Perhatikan format di bawah.
Alamat
Penulis
______________
______________
______________
________________________________________(
garisan panjang )__________________________
Jawatan
/ penerima
Alamat
(pejabat, sekolah, dsb)
Tarikh : (selari dengan nama negeri)
Tuan
/ Puan,
Tajuk
/Perkara / Hal (Permulaan Perkataan Huruf Besar Dan Gariskan)
Menyatakan
tujuan ( perenggan tiada nombor dan rapat disebelah kiri)
2.
( Menyatakan isi -isi atau hal-hal
lain yang berkaitan dengan tajuk. cuba sampaiakn sekurang-kurangnya tiga isi
penting yang berkaitan antara satu sama lain)
3.
( Menyatakan hal-hal lain yang
ada hubungannya dengan hal yang kita kemukakan , misalnya alasan yang boleh
memungkinkan permohonan kita dipertimbangkan.)
(Penutup)
Yang
benar, ( perhatikan penggunaan huruf
yang digunakan)
__________
Nama
Penuh ( HURUF BESAR)
Jawatan
( Huruf Kecil )
CONTOH
KARANGAN
Soalan
: Tuliskan sepucuk surat kepada Setiausaha Sukan sekolah kamu untuk memberitahunya
bahawa Pasukan Bola Jaring sekolah kamu memerlukan sebiji bola baru bagi mengantikan
bola yang telah rosak.
Rangka
1.
alamat pengirim ( permulaan perkataan
dalam huruf besar ) ( jangan lupa tanda koma dihujungnya ) kemudian selang
satu baris
2.
buat satu baris panjang melintang kemudian selang satu baris
3.
nama ( jawatan ) serta alamat penerima (
permulaan perkataan dalam huruf besar )( alamat yang terakhir digariskan )
4.
tarikh ( selari dengan alamat terakhir
penerima ) ( bulan ditulis dalam huruf besar )
5.
kata ganti diri penerima ( Tuan, )
6.
perkara / tajuk ( permulaan perkataan
dalam huruf besar dan digariskan )
7.
perenggan pertama
tujuan menulis surat ini ( tiada
jarak perenggan, lihat contoh )
8.
perenggan ke-2
- bola lama tidak dapat digunakan lagi
-
memerlukan bola baru
(
bagi perenggan kedua dan seterusnya mempunyai nombor serta tanda noktah. Jarakkan
sedikit
sebelum menulis )
9.
perenggan ke-3
berharap agar permohonan diluluskan
supaya latihan tidak terganggu
10.
perenggan
ke-4
mempunyai masa yang singkat sebelum hari perlawanan
11.
penutup
terima kasih
12.
tandatangan
pengirim ( boleh ditulis nama secara bersambung atau tidak )
13.
nama
penuh ( huruf besar ) dalam kurungan
14.
jawatan
jika ada ( permulaan perkataan dalam huruf
besar )
15.
berhati-hati
dalam penggunaan tanda baca seperti huruf besar , tanda noktah dan koma.
Pasukan
Bola Jaring,
Sek.
Keb. Seri Kenangan Darau,
22000
Jerteh.
Encik
Musa Bin Hassan,
Setiausaha
Sukan,
Sek.
Keb. Seri Kenangan Darau,
22000
Jerteh.
24 APRIL 1998.
Tuan,
Memohon
Sebiji Bola Baru Bagi Menggantikan Bola Lama
Saya
sebagai Ketua Pasukan, Pasukan Bola Jaring Sek. Keb. Seri Kenangan Darau ingin
memohon sebiji bola yang baru bagi menggantikan yang lama.
2.
Bola yang sedia ada itu telah rosak dan tidak dapat digunakan lagi.
Kami memohon bola baru itu melicinkan lagi latihan yang sedang kami jalankan
sebagai persediaan untuk menghadapi perlawanan yang akan datang.
3.
Kami berharap permohonan kami ini akan segera diluluskan. Dengan ini
latihan yang kami adakan setiap hari itu tidak tergendala.
4.
Untuk pengetahuan tuan, kami hanya mempunyai masa dua minggu lagi untuk
berlatih sebelum turun ke padang untuk menghadapi perlawanan.
Sekian,
terima kasih.
Yang
benar,
Widyawati
…………………
(
WIDYAWATI BINTI HUSAIN )
Ketua
Pasukan,
Pasukan
Bola Jaring,
Sek.
Keb. Seri Kenangan Darau.
Tip
:
-
mesti ditulis mengikut format ( jika tersalah format,
- tolak 3 markah )
a]
alamat ( salah letak / jika
tiada
- tolak 1 markah )
b]
tarikh ( salah letak / jika
tiada
- tolak 1 markah )
c]
panggilan hormat ( salah
letak / jika tiada
- tolak 1 markah )
d]
tajuk / perkara ( salah
letak / jika tiada
- tolak 1 markah )
e]
tanda tangan dan nama (
salah letak / jika tiada
- tolak 1 markah )
-
isi mengikut perenggan biasa
Soalan
: Persatuan Bahasa Melayu sekolah anda akan mengadakan lawatan sambil belajar
ke Unit Akhbar Dalam Darjah, Berita Harian. Tuliskan sepucuk surat permohonan
kepada akhbar tersebut.
Persatuan
Bahasa Melayu,
Sekolah
Kebangsaan Darau,
22000
Jerteh,
Terengganu.
_______________________________________________________________________________________
Ketua
Pengarang,
Unit
Akhbar Dalam Darjah ( ADD ) ,
Berita
Harian Sendirian Berhad,
31,
Jalan Riong,
59100
Kuala Lumpur.
10
JANUARI 1997.
Tuan,
Permohonan
Mengadakan Lawatan Sambil Belajar
Saya
bagi pihak Persatuan Bahasa Melayu sekolah ini ingin memaklumkan bahawa persatuan
kami bercadang untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Unit Akhbar Dalam
Darjah ( ADD ) pada 27 Januari 1997, jam 9.30 pagi.
2.
Rombongan
kami terdiri daripada 30 pelajar dan tiga guru pengiring. Tujuan kami mengadakan
lawatan ini adalah untuk mengetahui matlamat unit ADD ditubuhkan dan bagaimana
mengendalikannya.
3.
Oleh itu, saya berharap permohonan ini akan diluluskan oleh pihak tuan.
4.
Segala kerjasama tuan, saya ucapkan terima kasih.
Sekian.
Yang
benar,
Nazimah
…………………..
(
NAZIMAH NAZIM )
Setiausaha
Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah
Kebangsaan Darau,
22000
Jerteh,
Terengganu.