Soalan Tahun 1996-2000

 

 

 

 

 

 

 

1996

 

Soalan 1(a)   - karangan jenis Fakta / Pendapat

Kita perlu menjaga kebersihan diri dan kawasan tempat tinggal kita setiap masa.

Tuliskan cara-cara kamu menjaga kebersihan diri dan kawasan tinggal kamu.

 

ATAU

 

Soalan 1(b)   - karangan jenis Fakta

Kita semua digalakkan membaca.

Tuliskan faedah-faedah yang boleh kamu dapati daripada membaca.

 

Soalan 2     - karangan jenis Perbualan / Dialog

Rakan kamu telah terpilih sebagai murid cemerlang. Kamu telah berbual dengan dia tentang kejayaannya itu.

Tuliskan perbualan kamu dengan kawan kamu itu.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

1997

 

Soalan 1(a)   - karangan jenis Ucapan

Sekolah kamu telah mengadakan majlis bagi mengenang  jasa ibu bapa yang telah mendidik dan mengasuh kamu.

Majlis tersebut dinamakan, “Majlis Mengenang Jasa”.

Sebagai ketua murid, kamu diminta memberi ucapan pada majlis tersebut.

Sediakan ucapan kamu selengkapnya.

 

ATAU

 

Soalan 1(b)   - karangan jenis Syarahan

Kamu ingin mengambil bahagian dalam pertandingan syarahan yang akan diadakan di sekolah kamu. Tajuk syarahan ialah “Pentingnya kerjasama di Kalangan Murid”.

Tuliskan syarahan tersebut selengkapnya.

 

Soalan 2     - karangan jenis Situasi

Kamu telah terlewat untuk pergi ke sekolah. Kamu masih mahu pergi ke sekolah pada hari itu kerana ada ujian.

Ceritakan bagaimana cara kamu pergi ke sekolah dan apa yang kamu lakukan setelah sampai di sekolah.

 

 

1998

Soalan 1a   - karangan jenis

Soalan 1b   - karangan jenis

Soalan 2     - karangan jenis

 

1999

 

Soalan 1a   - karangan jenis

Soalan 1b   - karangan jenis

Soalan 2     - karangan jenis

 

2000

Soalan 1a   - karangan jenis -Laporan

Pada hari Sabtu yang lepas, kamu telah menyertai gotong-royong membersihkan kawasan sekolah.Gotomg-royong itu dianjurkan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah kamu. Kamu telah ditugaskan oleh guru kelas kamu menulis laporan gotong-royong tersebut.
Tuliskan laporan kamu itu selengkapnya.

Soalan 1b   - karangan jenis -Surat Rasmi

Persatuan Matematik sekolah kamu akan menganjurkan kuiz Matematik peringkat sekolah. Selaku setiausaha, kamu dikehendaki menulis sepucuk surat kepada guru besar sekolah kamu untuk memohon kebenaran menggunakan dewan dan peralatan sekolah.
Tuliskan surat itu sepenuhnya.

Soalan 2     - karangan jenis -Situasi

Kkamu dan beberapa orang kawan kamu sedang bermain di padang permainan. tiba-tiba kedengaran suara jeritan orang meminta tolong.

Ceritakan tindakan-tindakan yang kamu dan kawan-kawan kamu ambil ketika itu.