Soalan Tahun 1987-1990

TAHUN

JENIS KARANGAN DAN SOALAN

 

 

 

 

 

 

1987

 

Soalan 1     - karangan jenis Ransangan Kata (Ucapan)

Kamu seorang Ketua Murid. Kamu dikehendaki berucap di Majlis Perpisahan Murid-murid Tahun Enam. Guru-guru akan hadir di majlis itu. Tuliskan ucapan tersebut. Kamu hendaklah menggunakan perkataan dan rangkai kata yang diberikan di bawah ini.

 

-terima kasih - dikenang - mengajar - jasa guru - minta maaf bagi pihak murid-murid Tahun Enam - jangan seperti kacang lupakan kulit - di sekolah yang baru nanti.

 

Soalan 2     - karangan jenis Dialog

Pagi itu hujan. Kamu hendak pergi ke sekolah. Kamu hendak menumpang kereta bapa kawan kamu. Tuliskan perbualan telefon mengenai perkara tersebut antara kamu dengan kawan kamu itu.

 

 

 

 

 

 

 

 

1988

 

Soalan 1     - karangan jenis Ransangan Kata (surat kiriman tidak rasmi)

Kamu tinggal bersama nenek di kampung kerana bapa kamu bekerja di tempat lain. Tuliskan sepucuk surat kepada bapa kamu meminta kebenaran daripadanya untuk menyertai rombongan sekolah melawat ke tempat-tempat menarik di negeri kamu.

Kamu bolehlah menulis surat itu berpandukan isi-isi penting di bawah ini.

a)      tarikh rombongan akan diadakan

b)      tujuan lawatan diadakan

c)      jumlah wang yang diperlukan

d)      tempat-tempat yang hendak dilawati

 

Soalan 2     - karangan jenis fakta /perbincangan

Murid-murid tidak digalakan tidur lewat malam. Berikan sebab-sebab mengapa murid-murid patut tidur awal.

 

 

 

 

 

 

1989

 

Soalan 1     - karangan jenis Temuramah / Dialog

Kamu telah dilantik untuk menemu ramah guru kelas kamu yang akan bertukar ke sekolah lain. Temu ramah tersebut akan disiarkan dalam mejalah sekolah. Tuliskan temu ramah tersebut.

 

Soalan 2    
- karangan jenis berpandukan
Ransangan Gambar Bersiri

Lihat gambar-gambar di bawah.
Tuliskan sebuah karangan
tentang gambar-gambar ini
mengikut urutan cerita.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

1990

 

Soalan 1(a)   - karangan jenis Melengkapkan Cerita

Lengkapkan cerita di bawah.

Pada petang itu aku tinggal seorang diri di rumah. Ayah dan emak masih belum pulang. Tiba-tiba kedengaran bunyi satu letupan yang begitu kuat. Aku segera……

 

ATAU

 

Soalan 1(b)   - karangan jenis Autobiografi

Saya sepasang kasut

 

Soalan 2    
- karangan jenis berpandukan gambar tunggal

Lihat gambar di bawah.
Tuliskan sebuah karangan tentang gambar itu.