Karangan
Jenis Peribahasa
1.
Peribahasa merangkumi simpulan bahasa , perumpamaan , pepatah , dan bidalan.
2.
Sebelum menulis karangan jenis ini, anda perlu memahami maksud peribahasa
itu sejelas-jelasnya.
3.
Kalau karangan ini ditulis dalam bentuk cerita, cerita itu hendaklah
mempunyai pertalian dengan peribahasa itu. Sebaik-baiknya, cerita mengandungi
nilai-nilai murni.
4.
Kalau karangan ini ditulis dalam bentuk penerangan , maksud peribahasa
itu perlu dihuraikan terlebih dahulu. Kemudian jelaskan fungsi dan kepentingannya
di dalam masyarakat.
Soalan
: Biar Lambat Asalkan Selamat
Pengenalan
-maksud peribahasa
Perenggan
ke-2
-sesetengah orang tidak sabar dalam sebarang pekerjaan
Perenggan ke-3
-contoh seorang pemandu kenderaan
-pandu laju kerana mahu cepat sampai ke destinasinya
Perenggan ke-4
-berlaku perkara yang tidak diingini
-menyesal
Penutup
-peribahasa ini merupakan contoh yang baik dalam kehidupan seharian
-sentiasa selamat kalau mengamalkan peribahasa ini
Peribahasa ‘Biar Lambat Asal Selamat’ membawa maksud sesuatu pekerjaan
yang hendak dibuat biarlah dibuat dengan cermat dan berhati-hati supaya pekerjaan
itu berhasil dengan baiknya.
Ada setengah-setengah orang tidak mahu sabar dalam membuat sebarang
pekerjaan. Mereka mahu segera menyiapkan pekerjaan itu tanpa menghiraukan
akibatnya.
Sebagai menghuraikan peribahasa di atas , saya akan mengambil contoh
seorang pemandu kenderaan. Pemandu itu memandu kenderaannya dengan laju kerana
dia ingin segera sampai ke tempat yang hendak ditujuinya. Tanpa disedarinya,
perbuatannya itu berbahaya kepada dirinya sendiri dan juga orang lain.
Sekiranya dalam perjalanan itu, sesuatu perkara yang tidak baik berlaku
ke atas dirinya misalnya kemalangan , pemandu itu akan menyesal kerana perbuatannya
itu. Ketika itulah dia akan terfikir perkara itu tidak akan terjadi jika dia
sabar dan cermat ketika memandu.
Peribahasa di atas adalah satu contoh yang paling baik dalam kehidupan
kita seharian. Orang yang selalu mengamalkan peribahasa ini akan sentiasa
selamat dalam setiap pekerjaan yang dilakukannya.