Make your own free website on Tripod.com

 

 Karangan Jenis Bergambar

 

Satu set gambar disediakan

sesuatu set gambar mengandungi kisah

Kisah haruslah menarik dan masuk akal

Tulislah tempat dan bilakah peristiwa dalam gambar itu berlaku

Kalau dapat tulis cerita yang menimbulkan ketegangan (ada kemuncaknya dan akhir kesudahannya)

Kalau dapat beri nama watak-watak terlibat

 

A] Karangan Gambar Tunggal

 

 

 

 

         Karangan yang hendak ditulis itu hendaklah berpandukan gambar yang telah disediakan.

         Setiap gambar perlu dipastikan bila , di mana dan waktu supaya penulisan lebih jelas

         Perlu meneliti seluruh gambar dengan mendalam . Pastikan apa yang berlaku, apa yang dikerjakan, dan suasana.

         Sewaktu menulis , pastikan diri terlibat di dalam di dalam gambar, bukan sebagai pencerita dari luar atau dijadikan karangan penerangan.

         Ceritakan peristiwa yang ada di dalam gambar tersebut dalam bentuk karangan.

 

 Karangan Gambar Bersiri

i

         Karangan hendak berpandukan gambar-gambar yang telah disediakan.

         Sebaik-baiknya jadikan diri kamu terlibat sama dengan cerita yang hendak ditulis.

         Setiap perenggan berdasarkan sekeping gambar. Biasanya setiap gambar mempunyai isinya yang tersendiri.

         Karangan yang hendak ditulis itu hendaklah berpandukan peristiwa-peristiwa yang terdapat di dalam gambar-gambar tersebut mengikut urutan atau susunan.

         Boleh menyertakan tajuk , tetapi tidak menjadi kemestian.