Karangan
Jenis Fakta / Rencana
·
ditulis dalam bentuk
format biasa
·
karangan ini memerlukan
kita mempunyai pengetahuan yang luas.
·
jadi perlu banyak
membaca buku, majalah, surat khabar dan sebagainya
·
fahamkan kehendak
soalan . Contohnya karangan yang bertajuk “Tuliskan apa yang kamu tahu tentang
burung”. Karangan ini mungkin disalah tasirkan sebagai burung yang murid sukai
atau burung peliharaan murid.
·
pastikan anda benar-benar
tahu dan mempunyai fakta yang betul tentang tajuk.
·
senaraikan fakta-fakta
/ isi yang diketahui dan susun mengikut kepentingannya.
·
setelah mengemukakan
pengenalan , tulis bahagian isi
·
pastikan anda dapat
menyediakan 4 isi
·
kamu harus mampu
mengembangkan sesuatu isi
·
setiap isi haruslah
dihuraikan berserta contoh yang sesuai dengan menggunakan ayat dan kata yang
mudah difahami. Jika boleh sertakan kesannya.
·
masukkan perangkaan
atau peristiwa untuk menguatkan kenyataan.
·
setelah siap mengembangkan
isi kemukakan bahagian penutup.
·
gunakan bahasa yang
tepat, usah leret-leret.
·
elakkan daripada
menggunakan ayat dalam format cerita. Sebaliknya gunakan ayat penerangan.
CONTOH
KARANGAN
Soalan
: Tuliskan sebuah karangan tentang ‘Penggunaan Komputer’.
Rangka
Karangan :
Pendahuluan
- alat komunikasi rekaan sains
-
penggunaannya meluas
Perenggan
ke-2
- digunakan di pejabat-pejabat
- menyimpan data-data
- menjalankan tugas dengan cepat
Perenggan
ke-3
- pengunaan komputer di pusat-pusat perubatan
-
mengesan penyakit
- membantu mengesan penyakit
Perenggan
ke-4 - pengunaan komputer dalam pelajaran
- mengajar Matematik, Sains dan Bahasa
Penutup
- keuntungan menggunakan komputer
- jimat masa dan wang
- bantu manusia menyelesaikan masalah yang sukar
Komputer merupakan salah satu alat komunikasi rekaan sinas. Penggunaannya
begitu meluas dewasa ini. Komputer digunakan dalam pelbagai bidang.
Komputer sering digunakan di pejabat-pejabat kerajaan atau swasta.
Ia berfungsi sebagai alat untuk menyimpan data-data. Dengan penggunaan komputer
, kakitangan pejabat dapat menjalankan tugas dengan cepat dan tepat.
Pusat-pusat perubatan juga menggunakan komputer bagi mengesan sesuatu
penyakit. Dengan penggunaan komputer juga , ia dapat mengatasi kekurangan
tenaga pekarja. Komputer dapat membantu menyelesaikan kes-kes atau pembedahan
yang rumit.
Komputer turut digunakan dalam bidang pelajaran. Kebanyakan sekolah
menggunakan komputer untuk mengajar mata pelajran Matematik , Sains , Fizik
dan sebagainya.
Pendek kata penggunaan komputer banyak mendatangkan keuntungan. Ia
dapat menjimatkan masa dan wang serta membantu menyelesaikan masalah yang
sukar diselesaikan oleh akal manusia.
Soalan
: Banjir
Banjir adalah bencana alam yang sering melanda negara kita terutamanya
negeri-negeri Pantai Timur. Bajir berlaku setelah hujan lebat tidak berhenti-henti
selama beberapa hari.
Biasanya banjir melanda kawasan-kawasan yang rendah dan berhampiran
sungai. Apabila najir melanda, banyak harta benda akan musnah. Binatang ternakan
dan tanaman akan mati. Para petani akan mengalami kerugian besar.
Banjir juga mengancam manusia. Kita tidak boleh bermain dengan air
banjir kerana alirannya yang deras dan dalam akan menghanyutkan kita. Jika
tidak tahu berenang , kita akan mati lemas.
Oleh itu, apabila tiba musim hujan kita mestilah berhati-hati. Adalah
lebih baik jika kita berpindah ke tempat yang lebih selamat sebelum air naik.
Soalan
: “ Kepentingan Kenderaan ”
Setiap hari kita dapat melihat pelbagai jenis kenderaan. Ada kenderaan
yang bergerak di air. Ada pula yang dapat bergerak di udara dan ada yang bergerak
di darat. Kenderaan ini digerakkan oleh enjin yang direka khas. Kenderaan
amat penting dalam kehidupan manusia.
Sejak zaman dulu lagi manusia menggunakan kenderaan untuk tujuan pengangkutan
. Ini termasuklah mengangkut barang-barang dari satu tempat ke satu tempat
yang lain. Kenderaan yang digunakan bagi tujuan pengangkutan ini termasuklah
kenderaan darat seperti lori, van, keretapi, motorsikal dan kereta. Kapal
laut, feri perahu dan sebagainya adalah contoh pengangkutan air. Kapal terbang
dan helikopter pula adalah pengangkutan jenis udara.
Kenderaan mambolehkan kita pergi ke mana-mana destinasi yang kita sukai.
Kita tidak perlu memikirkan cara mana untuk sampai ke satu-satu tempat. Kenderaan
yang ada membolehkan ianya membawa penumpang. Contohnya, dengan hanya membayar
sejumlah wang yang tertentu, kita boleh pergi ke mana-mana destinasi yang
ingin ditujui.
Perniagaan pada hari ini amat memerlukan kenderaan. Syarikat-syarikat
perniagaan amat bergantung sepenuhnya kepada kenderaan untuk memasarkan barangan
keluaran mereka. Dengan adanya kenderaan ini hasil-hasil pertanian dan barang-barang
perindusrian dapat diproses. Oleh itu, kegiatan ekonomi akan berjalan dengan
lancar dan kesannya wujudlah pembangunan.
Untuk sampai ke satu-satu tempat yang jauh memerlukan jarak masa yang
sangat lama. Dengan menaiki kenderaan, masa yang panjang dapat dikurangkan.
Contohnya apabila kita menaiki kapal terbang dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang.
Masa yang diambil untuk sampai ke sana hanyalah empat puluh lima minit. Ini
amat menjimatkan masa serta tenaga.
Jadi jelaslah bahawa kenderaan adalah agen pengangkutan yang amat penting.
Dengan adanya kenderaan semua kerja dapat dilakukan dengan mudah, cepat tepat
dan cepat.
Tip
:
Isi
karangan berbentuk fakta adalah senang dicari secara peta minda.