Karangan
Jenis Dialog / Temuramah / Perbualan / Wawancara
1.
terbahagi kepada dua jenis
i. dialog dan perbualan ( lebih berkisar
kepada persoalan biasa seperti bertanya khabar dan
perbualan
menerusi telefon.)
ii. wawancara dan temuramah (
lebih kepada perbualan rasmi, pertanyaan kepada orang yang
lebih
dihormati , atau ingin tahu tahu sesuatu perkara )
2.
seperti jenis karangan lain, karangan jenis ini juga mempunyai tajuk
/ topik yang utama
3.
setiap karangan ini mempunyai sekurang-kurangnya dua watak atau lebih
4.
sebelum memulakan karangan boleh disertakan keterangan tetapi janganlah
terlalu panjang. Lihat contoh :
Abu
diminta oleh guru kelas menemu ramah Guru Besar sebelum beliau bersara. Hasil
temu ramah itu akan dimuatkan di dalam majalah sekolah. Berikut merupakan hasil
temu ramah tersebut.
Format karangan ini
·
nama watak ditulis
selari di sebelah kiri
·
selepas nama watak
dibubuh tanda titik bertindih ( : ) juga dalam keadaan selari
contoh
:
Ahmad
:
Assalamualaikum, Makcik.
Makcik
:
Waalaikummussalam
Ahmad
: Apa khabar Makcik
?
Makcik
:
·
Mulakan perbualan
dengan salam sejahtera atau kata-kata ucap selamat.
·
anda perlu menggunakan
kata ganti nama diri yang sesuai. Jika orang yang dibawa berbual itu berumur
gunakan panggilan “Encik”, “Tuan”, ataupun “Makcik”
·
pastikan anda tahu
tentang hal atau perkara yang akan kita tulis untuk bahan temuramah / dialog.
·
boleh gunakan bahasa
kiasan atau peribahasa dan kata singkatan seperti ‘tak’ , ‘dah’
·
soalan yang dikemukakan
adalah ringkas , tidak rumit dan berbelit-belit. Dalam dialog itu, kedua-dua
pihak harus bertanya, memberi pendapat atau pandangan.
·
Jawapan yang diberi
kepada soalan adalah panjang lebar.
·
elakkan penggunaan
soalan yang cuma memerlukan jawapan “ya” atau “tidak”.
·
soalan-soalan disusun
dengan baik supaya terus berkesinambungan.
·
kawal jumlah perkataan
yang digunakan ( lebih kurang 80 patah perkataan )
·
tanda baca yang digunakan
harus sesuai dengan nada percakapan. Hati-hati dengan ayat tanya kerana ia berakhir
dengan tanda tanya ( ? ).
·
mesti di tulis mengikut
format ( terpesong format , tolak 3 markah )
·
soalan yang diikuti
dengan jawapan lengkap di beri markah penuh
·
Akhiri perbualan
dengan mengucapkan terima kasih atau salam kepada yang ditemuramah.
Tip
: Karangan jenis ini tidak semestinya hanya seorang bertanya dan seorang lagi
menjawab soalan. Tiap-tiap watak sebaiknya saling bertanya dan memberi pandangan.
CONTOH
KARANGAN
Soalan
: Andaikan bahawa anda menyertai pertandingan syarahan.Dalam pertandingan itu
anda telah mendapat tempat kedua.Anda telah dikalahkan oleh peserta bukan melayu.Anda
ingin mengucapkan tahniah dan menyatakan perasaan kagum anda akan kebolehannya.Tulislah
dialog anda selengkapnya.
Rangka
Pendahuluan
- mengucapkan tahniah
Isi
a)
Siva berharap agar kejayaannya memberi semangat kepada pelajar bukan
melayu yang
lain untuk
mempelajari Bahasa Melayu.
b) menyatakan perasaan kagum
-bertanya tentang cara dia mempelajari bahasa melayu
c) Siva menyatakan cara dia
mempelajari bahasa melayu.
Penutup
Siva memberikan dorongan agar sama-sama menguasai bahasa kebangsaan
(
Siva sedang asyik membaca sebuah buku cerita di perpustakaan sekolah )
Azman
: Tahniah,Siva,kerana
kamu berjaya dalam pertandingan syarahan itu.
Siva
: Terima kasih.Saya berharap
supaya kejayaan ini akan menaikkan semangat pelajar-pelajar bukan
Melayu yang lain untuk mempelajari Bahasa Melayu.
Azman
: Saya kagum melihat kamu
bersyarah pada hari ini.Setiap perkataan yang awak ucapkan jelas dan
lancar.Bagaimanakah cara
kamu mempelajari bahasa melayu ?
Siva
: Keluarga saya menggalakkan
saya membaca buku-buku bahasa melayu yang bermutu .Di
samping itu,saya mempelajari
tatabahasa dengan baik.Saya selalu membuka kamus
untuk
mempelajari ejaan dan makna kata-kata yang saya baca. Saya melatih
diri saya menggunakan
bahasa baku apabila membaca atau bercakap
Azman
: Kalau begitu ,tidak
hairanlah saya apabila kamu berjaya mengalahkan saya dan beberapa pelajar
Melayu yang lain dalam pertandingan itu.Saya malu,Siva.
Siva
: Mengapa ?
Azman
: Selama ini saya menganggap
Bahasa Melayu sebagai bahasa yang mudah kerana itu
adalah
bahasa ibunda saya.Rupa-rupanya saya silap.
Siva
: Baguslah,Azman,kalau
kamu sudah sedar.Sama-samalah kita belajar menguasai bahasa
kebangsaan negara kita
Azman
: Ya,baiklah ,Siva...
Soalan
: Kawan kamu telah kehilangan duit. Dia suka menuduh orang lain tanpa usul periksa.
Bagaimanakah cara kamu menasihatinya ? Tuliskan perbualan di antara kamu berdua.
(
Kamu dan Azma berada di sudut kantin sekolah )
Malim
: Mengapa kamu bermuram
saja, Azma ? Apakah kamu ada masalah ?
Azma
: Duit saya sebanyak sepuluh
ringgit telah hilang Malim.
Malim
:
Macam mana boleh hilang ?
Azma
: Saya letakkan dalam
beg. Balik dari rehat sahaja duit dah tak ada. Saya syak Tahir yang
curi,sebab waktu rehat dia tak keluar.
Malim
:
Bukankah cikgu selalu menasihati agar duit jangan ditinggalkan dalam
beg. Sekarang sudah
hilang, mengapa pula menuduh tanpa usul periksa ?
Azma
: Jika bukan Tahir, siapa
lagi ? Saya pasti memang Tahir ! Dia dengkikan saya
!
Malim
:
Jangan sesekali serkap jarang. Jika bukan dia, bagaimana kita mahu
tutup muka kita ? Baik kita
jumpa Cikgu Zaidi. Guru disiplin itu boleh membantu kita.
Azma
: Betul juga kata kamu,
Malim. Saya berasa bangga mendapat kawan
macam kamu.
Soalan
: Kamu berpeluang menemuramah seorang bapa kepada sepasang anak kembar yang
telah berjaya menjadi doktor perubatan , semasa majlis penyampaian ijazah di
Universiti Malaya. Cuba buat satu temuramah itu dengan bertanyakan hal-hal yang
berkaitan.
(
Setelah memperkenalkan diri kamu , maka kamu mengemukan soalan-soalan kepada
Encik Karim )
Murid
: Encik, sebenarnya bagaimana encik mengasuh kedua-dua anak kembar
encik Faizul dan
Faizal hingga berjaya menjadi doktor ?
En.
Karim
: Oh ! Saya pun tidak tahu bagaiman hendak menceritakannya. Hanya saya
kira Tuhan
merestui kami sekeluarga.
Murid
: Boleh saya tahu bagaimana anak-anak encik ini belajar ?
En.
Karim
: Mmmmmmm, kalau fasal belajar , mereka memang sungguh berusaha. Hampir
sepanjang
waktu
mereka asyik dengan buku sahaja. Kalau menonton televisyen itu jarang sekali.
Kerap kali kalau menonton pun mereka menonton siaran berita sahaja.
Murid
: Di mana mereka bersekolah ?
En.
Karim
: Kesemuanya bersekolah di Sekoleh Kebangsaan Darau. Kemudian bersekolah
menengah
di Sek. Men. Seri Nering, Jerteh. Semuanya mendapat pangkat satu di
peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia. Semasa itulah mereka mendapat tawaran dan meneruskan
pelajaran
di Tingkatan Enam iaitu di Sekolah Tinggi, Jerteh. Apabila mereka lulus
mereka belajar di
Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Nah ! Sekarang mereka sudah lulus
dan menjadi doktor.
Murid
: Apakah perasaan encik sekarang ?
En.
Karim
: Sudah tentu gembira sekali. Kami sekeluarga bersyukur di atas kejayaan
gemilang itu.
Murid
: Baiklah encik , saya berterima kasih kerana sudi melapangkan masa
untuk ditemubual.
En.
Karim
: Terima kasih kembali.
( Berjabat tangan
dengan murid )
Tip
: Sediakan LIMA SOALAN terbaik. Setiap soalan diikuti oleh jawapan dan huraian
sebanyak 20 patah perkataan KECUALI pendahuluan.