Karangan
jenis Catatan atau Diari
1.
Ia merupakan karangan yang mencatatkan kegiatan harian atau peristiwa penting
yang berlaku kepada seseorang.
2.
Tarikh, hari atau masa peristiwa berlaku hendaklah dinyatakan. Ini berpandukan
kepada soalan. Lihat contoh soalan dibawah :
A]
Persatuan anda telah membuat lawatan ke Kuala Lumpur. Anda diminta menyediakan
catatan mengenai lawatan itu.
Berdasarkan soalan
, lawatan ke Kuala Lumpur biasanya mengambil masa beberapa hari . Oleh itu
format catatan mesti ditulis dalam hari.
B]
Kamu menyambut ketibaan Hari Raya Puasa dengan suasana meriah. Tuliskan cacatan
diari kamu bagaimana anda menyambut dan merayakan hari tersebut.
Berdasarkan soalan
ini format catatan ialah masa atau jam.
3.
Catatan hendaklah ringkas, tepat dan padat.
4.
Tulis catatan mengikut urutan peristiwa.
5.
Ayat-ayat seharusnya pendek dan mudah difahami.
6.
Hanya fakta-fakta penting sahaja yang perlu ditulis. Usahlah membuat huraian
pada sesuatu catatan.
7.
Antara contoh masa yang biasa digunakan
aktiviti
yang berlaku dalam sehari |
aktiviti
yang berlaku dalam beberapa hari |
Ahad -
10 April 1998 |
Selasa
|
9.00 pagi |
15 Januari
1997 |
|
|
10.30
pagi |
Rabu |
|
16 Januari
1997 |
12.30
tengah hari |
|
|
Khamis |
3.00 petang |
17 Januari
1997 |
CONTOH KARANGAN
Soalan
: Sediakan catatan diari untuk diri anda sebagai pelajar. Catatan hendaklah
dibuat berdasarkan jam bermula daripada anda bangun pagi hinggalah masuk tidur.
Pukul
6.00 - 7.00 pagi
Saya
bangun pagi dan terus mandi. Saya menunaikan solat Subuh berjemaah bersama-sama
dengan ayah. Setelah selesai berpakaian sekolah, saya bersarapan . Biasanya
saya bersarapan dua keping roti dan air milo. Kemudian saya ke sekolah dengan
dihantar oleh ibu saya. Saya ke sekolah menaiki kereta. Sekolah saya kira-kira
tiga kilometer dari rumah.
Pukul
7.45 pagi - 1.15 tengah hari
Perhimpunan
ramai diadakan setiap pagi Ahad. Guru Besar akan berucap. Kalau hari-hari
lain, saya dan kawan-kawan berbaris di hadapan kelas. Selepas itu barulah
kami masuk darjah. Saya bertugas sebagai Ketua darjah. Saya pastikan murid-murid
tenteram dan patuhi peraturan apabila guru-guru tidak ada di dalam kelas.
10.15 hingga 10.45 pagi kami berehat. Masing-masing bergegas ke kantin. Pelajaran
disambung semula sehinggalah jam 1.15 tengahari. Saya pulang dijemput oleh
ibu.
Pukul
2 - 6 petang
Selepas
makan tengahari, saya mengaji Al-Quran di surau. Biasanya, sebaik sahaja masuk
waktu Asar, barulah kelas ini selesai. Selepas itu barulah saya berpeluang
bermain dengan kawan-kawan. Ibu nasihati saya supaya pulang sebelum 6.00 petang.
Watu malam, saya buat kerja-kerja rumah. Tonton juga rancangan televisyen.
Biasanya saya masuk tidur pukul 10.00 malam.
Soalan
: Andaikan bahawa ibu anda sakit kuat . Ibu anda dimasukkan ke hospital . Tuliskan
suatu catatan selama ibu anda berada di hospital.
2
Januari
Ibu sakit kuat. Bapa menghantar ibu ke hospital Besar Kuala Terengganu.
Doktor yang merawat ibu memberitahu kami bahawa ibu menghidap penyakit barah.
Ibu terpaksa dirawat di hospital. Selepas pulang dari sekolah , aku dan bapa
melawat ibu. Aku berasa sedih melihat keadaan ibu.
3
Januari
Hari ini ibu akan dibedah. Menurut doktor , pembedahan hanya sebagai
pembedahan biasa dan tidak perlu dirisuakan. Di sekolah , aku tidak dapat
menumpukan perhatianku terhadap pelajaran. Cikgu Halim memujuk aku supaya
bersabar. Aku sentiasa berdoa agar ibu selamat.
4
Januari
Ibu selamat dibedah. Menurut doktor ibu akan dibenarkan pulang tidak
lama lagi. Datuk dan nenek dari kampung datang ke hospital untuk melawat ibu.
5
Januari
Selepas waktu sekolah , aku , Cikgu Halim dan tiga orang kawanku menziarahi
ibu. Aku mendapati ibu semakin pulih. Dari jauh ibu tersenyum menyambut kedatangan
kami. Aku bersyukur kepada Tuhan kerana telah memakbulkan doaku.
6
Januari
Aku membantu nenek mengemas rumah. Sebentar lagi ibu akan pulang bersama
dengan ayah dan datuk. Aku berasa tidak sabar untuk menyambut kepulanganya.
Hadiah istimewa telah kusediakan untuk ibu.