Karangan Jenis Biografi

 

1. Karangan jenis ini mengisahkan perihal riwayat hidup orang lain dari mula hingga ke akhir antaranya :

·         tokoh-tokoh sejarah

·         pemimpin tanahair

·         tokoh sukan

·         dan lain-lain

2. Dalam menulis karangan jenis ini, aspek latar belakang, riwayat hidup, pendidikan, sumbangan, kejayaan dan jasa-jasa seseorang itu diambilkira sebagai isi karangan.

3. Anda harus tahu benar tentang watak yang hendak ditulis itu dari awal hingga ke akhir.

4. Kamu tidak digalakkan menulis perkara-perkara yang sensitif sehingga boleh menimbulkan keaiban atau menjatuhkan maruah orang yang ditulis.

·         Siapakah tokohnya

·         Asal kelahirannya

·         Pendidikannya

·         Kepentingannya kepada anda

·         Apakah sumbanganya

·         Bagaimanakah dia memberi sumbangan itu

·         Perihal sifat luaran dan dalaman

·         Peristiwa yang tidak dapat dilupakan oleh tokoh

·         Masa depan tokoh

 

CONTOH KARANGAN

Soalan : Pada cuti semester yang lalu anda telah tinggal bersama-sama pakcik anda. Pakcik anda itu penoreh getah. Ceritakan kehidupan seharian pakcik anda itu dalam bentuk karangan.

 

Pengenalan                   -rumah pakcik tidak jauh dari kebun getah

                                    -kepunyaan sendiri

Perenggan ke-2 -keluar dari rumah awal pagi

                                    -menunggang basikal

Perenggan ke-3 -memakai topi berlampu suluh

                                    -kerana masih gelap

                                    -menoreh dari sebatang pokok ke sebatang pokok

Perenggan ke-4 -susu getah dikumpul

                                    -dimasukkan ke dalam baldi kecil

                                    -dipindahkan ke sebuah tangki besar

Penutup                        -kerja siap pada pukul 12.00

                                    -hantar susu getah ke pusat penjualan

 

            Pakcik saya penoreh getah. Rumahnya tidak jauh dari sebuah kebun getah. Kebun getah itu kepunyaan dirinya sendiri.

            Setiap hari, pagi-pagi lagi dia sudah keluar dari rumahnya untuk pergi menoreh. Dia menunggang sebuah basikal.

            Pakcik saya memakai topi yang berlampu suluh di kepalanya. Tujuannya supaya kerja-kerja menoreh getah dapat dilakukan walaupun keadaan masih gelap. Dia menoreh getah dari sebatang pokok ke sebatang pokok getah yang lain sehinggalah kerja-kerja menoreh itu selesai dijalankan.

            Sejam kemudian, pakcik saya akan mengumpul susu getah yang telah bertakung di dalam sebuah mangkuk setiap pokok getah yang ditorehnya tadi. Susu getah dikumpul ke dalam sebuah baldi kecil. Apabila baldi kecil itu penuh, dia akan memindahkan susu getah itu ke dalam sebuah takungan besar.

            Lebih kurang pukul 12.00 tengah hari, pekerjaan itu pun selesai. Pakcik saya akan menghantar susu getah yang telah terkumpul itu ke pusat penjualan.

 

Sediakan sebuah karangan mengenai tajuk “Dia Ibuku”

 

            Uban sudah memutih di kepala. Sungguhpun begitu wajahnya sentiasa tenang. Mukanya berbentuk bujur sirih. Ada tahi lalat di sebelah kiri pipinya. Itulah ibuku. Dia dilahirkan 43 tahun yang lampau. Waktu itu, kalau ikut cerita bapa, negara tidak tenteram. Orang Inggeris datang. Mereka hendak memperkenalkan Malayan Union.

            Jasa ibu kepadaku sungguh besar. Mula-mula sebagai pendidik tidak rasmi. Menurut cerita ibu lagi, ibulah yang membacakan cerita kuat-kuat. Daripada sinilah timbul minatku hendak membaca. Setiap buku yang kubaca akan diberi hadiah oleh ibu.

            Aku lahir ketika negara tidak aman juga. Peristiwa 13 Mei 1969 berlaku. Kami tinggal jiran dengan orang Cina. Waktu itu perintah berkurung. Jiran inilah yang banyak menolong ,ibu dan bapa. Hendak membeli makanan tidak ada peluang. Kedai tutup. Aku pula suka minum susu. Peristiwa inilah yang tidak dapat dilupai oleh ibu.

            Ibu juga sebagi penyelamat kepada diriku. Suatu hari kami pulang ke kampung berjumpa dengan datuk dan nenek. Aku terjatuh ke dalam parit. Kalau tidak kerana jasa ibu, aku sudah mati. Aku hampir mati lemas. Peritiwa ini tidak dapat aku lupai.

            Jasa-jasa ibu kepadaku begitu banyak. Aku berjanji akan membalas jasa ibu apabila ibu sudah tua nanti. Sekarang aku mesti belajar rajin-rajin. Setiap ibu memang berjasa dan setiap anak haruslah membalasnya.