Karangan
Jenis Berita
1.Perlu
memahami betul-betul kehendak soalan.
2.Berita
mesti menjawab soalan Apa ? Siapa ? Bila ? Mengapa ? Di Mana ? dan Bagaimana?
3.Apa
?
menerangkan peristiwa yang berlaku dan menjadi persoalan berita
memberi maklumat kepada keseluruhan berita
4.Siapa
?
nama
yang terlibat perlu penjelasan lengkap
jika perlu sertakan usia pelaku
5. Bila ?
menerangkan masa peristiwa itu berlaku
tarikh yang tepat
untuk kejadian jenayah staupun kemalangan perlu letakkan waktu’
1.Mengapa
?
sebab-sebab peristiwa berlaku
jika sebab-sebab belum diketahui , nyatakan “belum diketahui” atau “pihak
polis belum mendapat bukti”
2.Di
mana ?
tempat kejadian peristiwa
jika nama tempat kurang diketahui umum sebagai contoh, daerah yang terpencil,
letakkan sekali nama negeri
Bagaimana ?
menerangkan cara peristiwa itu berlaku dan urutan perkembangannya.
3.Mulakan
penulisan dengan mencatatkan ‘tempat’ (huruf besar) diikuti dengan tarikh peristiwa
itu berlaku.
Contoh : JERTEH, 24 Disember -
Tulis secara ringkas tentang saripati peristiwa yang berkenaan termasuk
tarikh dan masa peristiwa itu berlaku. (Sebaik-baik tulis saripati kepada peritiwa
yang berkenaan dalam satu perenggan sahaja.)
4.Pastikan
agar pengenalan kamu dapat menarik perhatian pembaca.
5.Gunakan
bahasa yang ringkas tetapi padat.
6.Perenggan
yang berikutnya ialah tentang huraian-huraian yang lebih ‘panjang-lebar’.
7.Nyatakan
bahagian penutup secara ringkas
CONTOH
KARANGAN BERITA
Soalan
: Sepasukan polis telah berjaya menumpaskan satu sindiket mencuri kereta di
Kuala lumpur.Andaikan bahawa anda seorang pemberita,tuliskan berita tentang
kejadian tersebut.Panjang karangan berita anda hendaklah tidak kurang daripada
80 patah perkataan.
Pendahuluan:
Sepasukan
polis berjaya menumpaskan sindiket mencuri kereta -sekitar bandar raya.
Isi
a)
berjaya mengesan beberapa kereta curi-siasatan dibuat beberapa minggu lalu-beberapa
orang ditahan.
b)
membuat serbuan di sebuah bengkel membaiki kereta - di Jalan Ipoh - lima
orang ditahan -salah seorang ialah pakar mekanik.
c)
polis menjumpai kepingan-kepingan pintu kereta -beberapa plat nombor palsu dijumpai
di bengkel tersebut.
Penutup
seorang
lelaki dicari -dapat membantu polis-orang ramai diminta memberikan maklumat
tentang lelaki
berkenaan.
KUALA
LUMPUR , 24 Mac - Sepasukan polis telah berjaya menumpaskan satu sindiket
mencuri kereta di sekitar bandar raya.Pihak polis berjaya mengesan beberapa
kereta curi hasil daripada serbuan tersebut.
Jurucakap polis menyatakan bahawa siasatan mengenai sindiket itu dibuat
beberapa minggu yang lalu.Menurut jurucakap itu lagi,beberapa orang telah
ditahan untuk siasatan lanjut.
Hasil daripada maklumat orang ramai,pasukan polis telah membuat serbuan
di sebuah bengkel membaiki kereta di Jalan Ipoh.Lima orang ditahan dalam serbuan
itu. Seorang daripadanya dipercayai pakar mekanik
Polis menjumpai kepingan-kepingan pintu yang dicuri .beberapa plat
nombor kereta palsu dijumpai juga di bengkel tersebut.