Karangan
Jenis Autobiografi
1.
Karangan
jenis ini biasanya memerlukan kamu membayangkan diri anda sebagai sesuatu benda
secara terperinci.
2.
Ada
yang mengisahkan riwayat hidup penulis sendiri dari awal hingga akhir.
3.
boleh
ditulis dalam bentuk cerita atau penerangan / rencana
4.
Aturan
membina karangan
·
tempat
asal - nama - dilahirkan dimana - proses pembuatan - dibungkus
·
perjalanan
dari kilang hingga ke tempat pameran - di mana dipamerkan - bertukar milik
·
proses
penggunaan dengan tuan baru - akhir hayat
·
perasaan
- sedih atau gembira
5.
boleh gunakan dialog untuk bercakap sesama rakan , bukan dengan
manusia.
6.
paparkan nilai-nilai murni
CONTOH
KARANGAN
Soalan
: Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk ‘Aku Sebuah Basikal’.
Pengenalan
-berasal dari Jepun
-dibuat di sebuah
kilang besi waja
-terdiri
daripada besi waja, getah dan plastik
Perenggan
ke-2
-disebut basikal
-dipamerkan
-berasa
sungguh gembira
Perenggan
ke-3
-menaiki sebuah kapal dagang
-berasa sungguh
bangga
Perenggan
ke-4 -nasib malang
-kapal karam
-dijumpai oleh
penyelam
-dijual sebagai
besi buruk
Penutup
-menjadi bahan terbuang
-kesal kerana
tidak dapat berbakti
Aku berasal dari
‘Negara Matahari Terbit’. Aku dibuat di sebuah kilang besi waja yang tidak
besar. Badanku terdiri daripada besi waja, getah asli, kaca dan pleastik.
Apabila badanku
telah siap dibuat, aku disebut basikal. Aku dan kawan-kawanku yang lain
dipamerkan di sebuah bilik pameran. Aku berasa sungguh gembira kerana ramai
orang memuji kecantikanku.
Tidak lama
kemudian aku dan kawan-kawanku menaiki sebuah kapal dagang. Aku berasa sungguh
seronok apabila mendapati kami akan dihantar ke Malaysia. Melalui perbualan
dua orang kelasi kapal itu, aku mendapati ramai kanak-kanak di Malaysia ingin
memilikiku. Aku semakin bangga.
Nasib kami
sungguh malang . Kapal kami karam. Aku dan kawan-kawanku lemas. Setahun
kemudian, aku dijumpai oleh seorang penyelam. Waktu itu badanku sudah
berkarat. Penyelam itu membawa aku dan kawan-kawanku ke kedai yang membeli
besi buruk. Aku dijual di situ.
Aku berasa
sungguh kesal kerana aku telah menjadi bahan terbuang sebelum sempat
mencurahkan baktiku kepada orang Malaysia.
Soalan
: Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk ‘Aku sehelai baju’
Aku dilahirkan
di sebuah butik terkenal di ibu kota. Selepas dilahirkan, aku dipakaikan pada
sebuah patungdan diletakkan di dalam cermin. Tanda harga yang terlekat di
badanku menunjukkan RM 350.
Setelah lima
hari berada di situ, aku telah dibeli oleh seorang gadia bernama Linda. Linda
memakaiku pada majlis hari jadinya. Sebaik sahaja kawan-kawan Linda melihat
diriku mereka semua memuji kecantikan yang aku miliki.
Selang beberapa
bula, Linda ingin memakaiku sekali lagi. Apabila melihat badanku berkedut, dia
mengambil seterika lalu menggosokku.
Ketika badanku
diseterika, telefon berdering. Linda berlari meninggalkan aku sehingga terlupa
untuk menutup suis seterika. Badanku mula terasa panas. Aku cuba menahan
keperitan, tetapi akhirnya aku hanya mampu menangis kerana terlampau sakit.
Lama-kelamaan sebahagian badanku terbakar.