Make your own free website on Tripod.com
Membaca Menambah Ilmu.


Search the Web:

{ruangkiri}

Kata Sendi

 
1.         Kata sendi adalah kata yang digunakan untuk menyambungkan frasa nama dengan
            kata atau frasafrasa dalam ayat.
2.         Yang berikut ini adalah panduan tentang penggunaan kata sendi dalam ayat.
Kata Sendi Penggunaannya Ayat Contoh
akan/ kepada/ terhadap untuk menunjukkan emosi dan sikap

1. Adik sayang akan kucing.

2. Ya Allah, kepadaMu, aku berserah.

3. Dia mengambil berat terhadap pelajaran.

bagi/untuk untuk menentukan sesuatu yang dibezakan daripada yang lain
  1. Pen itu dibeli untuk anaknya.
  2. Jamuan itu bagi guruguru baru.
dari untuk menunjukkan tempat dan mass
  1. Mereka baru pulang dari Johor.
  2. Dia tidak sedar diri dari pagi tadi.
daripada untuk orang, perbandingan, asal kejadian, dan menunjukkan keanggotaan

1. Pasukan Kedah lebih hebat

daripada pasukan Johor.

2. Kuih itu dibuat daripada tepung sagu.

3. Anggota pancaragam itu terdiri

daripada muridmurid sekolah.

di untuk tempat Di dalam dompet itu ada wang.
dengan

untuk menyatakan makna

bersama-lama, bandingan

setara, keterangan cara,

dan penggunaan sesuatu

sebagai slat

1. Mak Jah ke klinik dengan anaknya.

2. Dia dapat melepaskan diri dengan

bersusah payah.

3. Adik menulis dengan pensel.

4. Markah saya sama dengan

markahnya.

hingga/

sampai

untuk menunjukkan

peringkat mass, tempat,

dan had tertentu

1. Dia bekerja hingga malam.

2. Dia berjalan kaki sampai Ipoh.

ke

untuk tempat dan benda

konkrit

1. Kereta api menuju ke Padang

Besar.

2. Cawan itu terhempas ke batu.

kepada

untuk menunjukkan orang

atau kata ganti diri

Kes itu diserahkan kepada pihak

pihak polis.

oleh

untuk menunjukkan

perlakuan pasif yang

berawalan di- dan ter-

1. Buku itu dibaca oleh Salmi.

2. Bukit yang tinggi itu terdaki

olehnya.

pada

untuk menunjukkan mass

dan tempat, manusia,

binatang, benda abstrak,

dan benda konkrit

tertentu

1. Kereta api tiba pada pukul lima

petang.

2. Novel itu ada pada Rahim.

3. Perkara itu benar pada pandangan

says.

4. Serikaya itu disapukan pada roti.

sejak

untuk menyatakan makna

suatu jangka masa

Dia tidak makan sejak semalam.

seperti/

umpama/bak

untuk menunjukkan

persamaan dengan yang

lain

1. Suasana dalam kelas itu bising

seperti keadaan di pasar.

2. Badannya besar umpama ahli

gusti.

3. Hidungnya mancung bak seludang.

tentang

untuk menyatakan makna

mengenai sesuatu

Beliau berucap tentang masalah

penagihan dadah.

Lihat Di Start Bar
HotBot
Search the Web:
©Campin Reka