{ruangkiri} |
-
Kata
Penguat
-
- 1.
Kata Penguat ialah perkataan yang digunakan untuk menguatkan
maksud kata adjektif.
- 2.
Kata penguat boleh hadir sebelum atau selepas kata adjektif.
- Contoh
-
Paling |
Agak |
Sungguh |
Amat |
Terlalu |
Nian |
Benar |
Paling |
- 3.
Kata penguat seperti agak, pling, dan terlalu diletakkan
sebelum kata adjektif.
- 4.
Kata penguat seperti sekali, benar, dan nian diletakkan
selepas kata adjektif.
- 5.
Kata penguat seperti sangat, amat, dan sungguh bleh diletakkan
sama ada sebelum atau selepas kata adjektif.
- Contoh
- 1.
Murid yang paling pintar di sekolah ialah Latipah.
- 2.
Pemandangan di tepi pantai itu sungguh indah.
- 3.
Suhu di kawasan kutup amat sejuk.
- 4.
Kereta api itu sangat laju.
- 5.
Kereta itu laju sangat.
- Kata
Penegas
- Kata
penegas ialah kata yang digunakan untuk memberikan penekanan atau
menegaskan bahagian-bahagian yang tertentu dalam ayat.
- Contoh
-
-kah |
-lah |
-tah |
jua |
Juga |
Sahaja |
Hanya |
Memang |
Lagi |
pun |
|
|
- Contoh
- 1.
Itulah rumah saya.
- 2.
Pernahkah awak makan sup daging arnab.
- 3.
Apatah dayaku untuk menolongnya.
- 4.
Kucing itu dibawa juga ke rumah neneknya.
- 5.
Hanya Kamal yang belum membayar yuran.
- 6.
Dia seorang sahaja yang berbaju Melayu.
- Kata
Nafi
- 1.
Kata nafi ialah perkataan yang digunakan untuk menafikan
sesuatu pernyataan.
- 2.
Terdapat dua kata nafi, iaitu bukan dan tidak.
- 3.
Kata nafi bukan digunakan untuk menafikan frasa nama dan
frasa sendi nama.
- Contoh
- a)
Lelaki yang berbaju merah itu bukan ayah saya.
- b)
Baju ini bukan untuk Suzi, tetapi untuk adik saya.
- 4.
Kata nafi tidak digunakan untuk menafikan frasa kerja dan
frasa adjektif.
- Contoh
- a)
Melepak di pusat membeli-belah tidak memberikan sebarang
faedah.
- b)
Sungai di belakang rumah saya tidak dalam sangat.
- 5.
Kata nafi bukan boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa
adjektif jika ayat itu tidak setara.
- Contoh
- a)
Budak itu bukan pandai sangat tetapi dia rajin belajar.
- b)
Anjing itu bukan garang tetapi suka bermanja.
- Kata
Pemeri
- 1.
Kata Pemeri ialah perkataan yang menghubungkan subjek dengan
frasa-frasa utama dalam prediket.
- 2.
Terdapat dua kata pemeri, iaitu ialah dan adalah.
- 3.
Kata pemeri ialah diletakkan di hadapan kata nama atau
kata frasa nama.
- 4.
Kata pemeri adalah diletakkan di hadapan frasa adjektif
dan frasa sendi nama.
- Contoh
- a)
Perempuan yang berambut panjang itu ialah kakak saya.
- b)
Hariza adalah antara pelajar yang cemerlang di sekolah
itu.
- c)
Tarikh tutup peraduan itu adalah pada hari Isnin.
-
|